Bukan mudah bergelar jurusolek diraja kerana gaya solekannya ada cara tersendiri selain terikat dengan protokol. Selalunya kita akan melihat golongan bangsawan atau kerabat tampil dengan solekan ringkas dan sederhana namun tetap terserlah serinya.

Kenali Jurusolek Pengantin Diraja, DATIN SAIDATULNISA Yang Terkenal Dengan Solekan ‘Evergreen’
Datin Saidatulnisa bersama Sultanah Nur Zahirah.

Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin yang juga kakak kepada ratu rock Ella. Beliau sering menjadi pilihan golongan ternama mahupun kerabat Diraja. Berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia solekan meletakkan wanita berusia 57 tahun ini pada kedudukannya yang tersendiri.

Kenali Jurusolek Pengantin Diraja, DATIN SAIDATULNISA Yang Terkenal Dengan Solekan ‘Evergreen’
Datin Saidatulnisa yang merupakan kakak kepada ratu rock negara, Ella.
Kenali Jurusolek Pengantin Diraja, DATIN SAIDATULNISA Yang Terkenal Dengan Solekan ‘Evergreen’
Datin Saidatulnisa (kiri) bersama Sultanah Nur Zahirah dan Datuk Radzuan Radziwill.

Kenali Jurusolek Pengantin Diraja, DATIN SAIDATULNISA Yang Terkenal Dengan Solekan ‘Evergreen’“Saya masih berpegang teguh kepada solekan yang tidak keterlaluan, tidak makan dek zaman atau evergreen. Lebih-lebih lagi solekan untuk perkahwinan yang akan terpahat pada gambar kenangan sampai bila-bila. Jadi, solekan yang viral ini selalunya bersifat unik dan hanyalah trend pada saat itu sahaja.

Kenali Jurusolek Pengantin Diraja, DATIN SAIDATULNISA Yang Terkenal Dengan Solekan ‘Evergreen’Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri. Mungkin kita perlu memberi ruang kepada semua orang untuk berkarya. Saya percaya masing-masing ada rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya, namun saya juga berpendapat pelanggan di luar sana tahu kelebihan solekan serta jurusolek yang mereka pilih.

Ads
Kenali Jurusolek Pengantin Diraja, DATIN SAIDATULNISA Yang Terkenal Dengan Solekan ‘Evergreen’
Datin Saidatulnisa juga tersohor di kalangan pengantin Brunei.

Kenali Jurusolek Pengantin Diraja, DATIN SAIDATULNISA Yang Terkenal Dengan Solekan ‘Evergreen’Saya tidak memilih, cuma mengekalkan polisi confidentiality sesama pelanggan lebih-lebih lagi selebriti, VVIP dan golongan ternama. Saya cukup menghormati pelanggan dan tidak akan melangkaui batas antara kami. Berpengalaman dalam protokol istana sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak merasa kekok ketika bersama mereka.

Kenali Jurusolek Pengantin Diraja, DATIN SAIDATULNISA Yang Terkenal Dengan Solekan ‘Evergreen’
Bersama suami tercinta.
Kenali Jurusolek Pengantin Diraja, DATIN SAIDATULNISA Yang Terkenal Dengan Solekan ‘Evergreen’
Adik beradik Datin Saidatulnisa. Cantik dan awet muda semuanya!

Saya mewarisi bakat ini daripada Nenda yang sememangnya pakar dalam solekan pengantin dan golongan diraja zaman dulu. Saya banyak belajar sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa. Alhamdulillah kini ia menjadi minat dan salah satu sumber rezeki saya.

Ads

Kenali Jurusolek Pengantin Diraja, DATIN SAIDATULNISA Yang Terkenal Dengan Solekan ‘Evergreen’RAHSIA SOLEKAN YANG DIAMALKAN

Ads

Tiada sebarang rahsia mahupun pantang cuma saya masih mengekalkan tip daripada Nenda saya. Selalunya sebelum menyolek saya terlebih dahulu akan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW sambil berpegang teguh kepada prinsip ‘less is more’.

Kenali Jurusolek Pengantin Diraja, DATIN SAIDATULNISA Yang Terkenal Dengan Solekan ‘Evergreen’Dunia solekan akan sentiasa berevolusi tetapi bagi saya kita tetap perlukan solekan yang evergreen (malar segar). Sejauh mana transformasi solekan itu berlaku pastikan ia tidak melampaui agama dan budaya kita.

Kenali Jurusolek Pengantin Diraja, DATIN SAIDATULNISA Yang Terkenal Dengan Solekan ‘Evergreen’Kredit Foto: Instagram @saidatulnisaaminuddin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI