Pasti ramai yang ingin kenali siapa pilihan hati Putera Diraja Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah iaitu Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.
Seperti yang dinanti, istiadat perkahwinan pasangan ini bakal berlangsung selama tiga hari pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan.
Majlis Istiadat Perkahwinan Berlangsung 3 Hari
Menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang, majlis putera kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu akan dimulakan dengan Istiadat Meletak Kerja di Istana Abdulaziz.
Istiadat Letak Kerja dimulakan dengan doa selamat dan majlis tahlil dengan seterusnya Istiadat Bernikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan.
Pasangan Pengantin Diraja bakal dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24 Oktober ini di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz.
Seterusnya, istiadat akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada 25 Oktober dan Istiadat Persandingan Diraja pada 27 Oktober.
Ads
Semua istiadat ini akan berlangsung di Istana Abdulaziz pada pukul 8 malam.
Istiadat Akad Nikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan akan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Muzium Diraja, Pekan, Pahang.
Pelbagai acara menarik akan diadakan di kedua-dua lokasi iaitu di Dataran MBK dan di Dataran Muzium Diraja sepanjang tarikh Istiadat Perkahwinan Putera Diraja berlangsung.
Istiadat Menutup Kerja Istiadat Perkahwinan Putera Diraja akan diadakan pada Isnin, 28 Oktober.
Ads
Kenali Tengku Natasya Adnan
Tengku Natasya Adnan, yang dilahirkan pada tahun 1995, kini memasuki usia 29 tahun dengan penuh keanggunan. Manakala, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Bin Tengku Abdullah dilahirkan pada 3 Ogos 1997 (27 tahun).
Tengku Natasya merupakan anak kepada Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, seorang tokoh politik terkemuka Malaysia.
Ads
Bapanya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, lebih dikenali sebagai Ku Nan, merupakan seorang figura politik berpengaruh di Malaysia. Dilahirkan pada 20 Disember 1950, Tengku Adnan telah memainkan peranan penting dalam politik negara, termasuk sebagai anggota Dewan Rakyat Putrajaya sejak 2004. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pelancongan Malaysia dari 2006 hingga 2008 dan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia dari 16 Mei 2013 hingga kejatuhan pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2018.
Ibunya yang dilahirkan pada 23 Mei 1966, adalah seorang pelakon terkenal dari Indonesia yang dikenali sebagai bintang besar perfilman Indonesia pada tahun 1980-an.
Kecantikan Tengku Natasya Adnan tidak hanya terletak pada penampilannya tetapi juga pada darah kacukan Indonesia yang mengalir dalam dirinya. Gabungan warisan Melayu dan Indonesia memberikan wanita hebat ini aura keunikan dan keanggunan yang memikat, menambah pesona dan karisma yang dimilikinya.
Untuk rekod, ini merupakan istiadat perkahwinan diraja kedua pada tahun ini selepas Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar pada Ogos lalu.
Team Pesona Pengantin ingin mengucapkan tahniah buat pelawak dan penyampai radio Era FM, Danial Zaini selamat bergelar suami kepada Yasmine Umaira Yahya yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah di Timorra Avenue, Kuantan, Pahang semalam.
Dengan sekali lafaz, Danial yang dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Yahya Abdul Rashid telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 beserta wang hantaran berjumlah RM17,777.77. Selain wang hantaran, Danial turut menghadiahkan seutas rantai emas dan sebentuk cincin kepada Yasmine sebagai hantaran iringan.
Tidak berniat menyorokkan kisah pernikahannya, Danial menzahirkan rasa syukur kerana niat memperisterikan Yasmine akhirnya terlaksana.
“Pelbagai dugaan telah kami hadapi sepanjang tempoh pertunangan dan Alhamdulillah kami berjaya hadapi segala dugaaan.” katanya memetik portal MStar.
Pada majlis tersebut, Danial turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.
Untuk pengetahuan, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 25 Disember tahun lalu namun mengambil keputusan merahsiakan pertunangan tersebut dari pengetahuan umum demi menjaga privasi Yasmine serta keluarganya.
Pada majlis akad nikah, pasangan mempelai menggayakan busana hasil rekaan Amzar Atelier manakala busana songket mewah rekaan Man Kajang dan solekan oleh Ayang Kamel.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular sebentar tentang kisah seorang pengantin yang menghilangkan diri seketika sewaktu majlis persandingan kerana tidak mampu menahan malu akibat solekan diwajahnya rosak berikutan tersilap percaturan memilih jurusolek yang tidak mahir.
Solekan pada hari persandingannya 20 April yang lalu, bukan sahaja tidak kemas, malah kelihatan bercapuk dan seakan luntur tidak sampai sejam dirias. Malah, jika diperhatikan wajah aslinya lebih cantik daripada wajahnya selepas dirias jurusolek berkenaan.
Pengantin baru terbabit, Nurul Hidayah memuat naik status di Facebooknya yang berbunyi, “Saya ingin memohon maaf sekiranya pada hari Sabtu lepas ketika majlis perkahwinan saya sedang berlangsung, saya hilang sekejap kerana disebabkan malu untuk berjumpa dengan sahabat berkaitan dengan solekan di muka saya, katanya.
Nasib menyebelahinya apabila solekan yang rosak tersebut telah berjaya dipulihkan dengan bantuan beberapa rakan yang menatarias kembali wajahnya .
“Saya tidak mahu mendedahkan mana-mana pihak, cukuplah sekadar memberikan peringatan kepada anda semua agar bertindak memilih wedding planner yang terbaik untuk hari bahagia anda nanti. Sekiranya kita ambil yang murah, boleh, tetapi harus dipastikan akan kualiti kerana hari bersejarah ini hanya sekali dalam seumur hidup.”
Dalam status terbarunya menyatakan isu antara dia dan jurusolek tersebut sudah pun selesai dan berharap agar kisahnya menjadi pengajaran kepada bakal pengantin lain.
Hasil makeup MUA
Wajah selepas touch up
Ucapan terima kasih pada yang prihatin
Mari Pesona Pengantin kongsikan beberapa tip buat bakal pengantin sebelum memilih jurusolek untuk majlis bahagia anda.
1. Melihat portfolio jurusolek
Pastikan anda melihat dan meneliti terlebih dahulu hasil kerja atau portfolionya. Ini penting untuk untuk anda mengetahui sejauh manakah kemampuannya untuk merias wajah di hari perkahwinan anda.
2. Mencuba solekan
Sekiranya perlu, anda boleh mencuba solekan jurusolek pilihan anda sebulan lebih awal dari tarikh perkahwinan anda. Ini penting agar tema atau ciri-ciri solekan yang anda inginkan boleh dilakukan olehnya
3. Jangan pilih MUA yang makeup tebal sangat
Ini kerana tak sampai 2 jam kebiasaannya, make up tebal akan menyebabkan solekan merekah atau bercapuk.
4. Foundation flawless/sesuai dengan tone kulit
Cuba tengok testimoni yang ada pada MUA tersebut. MUA yang hebat dia tahu bagaimana nak menyolek wajah anda mengikut jenis kulit. Kebiasaanya, untuk kulit wajah yang berminyak MUA akan makeup dengan foundation yang water based untuk solekan tahan lama.
Masih tak jemu melihat air wajah pempengaruh terkenal, Farah Lee jadi pengantin lagi. Berita bahagia itu tular selepas dia berkongsi sekeping gambar perkahwinan menerusi akaun media sosial miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu memuat naik gambar memegang jambangan bunga tangan sambil merangkul lengan suaminya bernama Fuad Hashim.
Farah Lee Jadi Pengantin Lagi
Tampil manis dalam busana pengantin rona hitam dan biru, penampilannya menarik perhatian apabila memilih sneakers sebagai pelengkap busana pada hari tersebut.
Bekas isteri kepada hos terkenal, Ally Iskandar itu bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut berkenaan majlis pernikahannya.
“Okay done kahwin lagi sekali,”demikian kapsyen yang dimuat naik ibu kepada Maream Esabel itu.
Dalam Diam Kahwin
Perkongsian tersebut meraih perhatian selebriti dan pengikutnya. Rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan pasangan tersebut kekal ke akhir hayat.
Untuk rekod, Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012. Walau bagiamanapun mereka bercerai pada 17 Ogos 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!