Gambar Sekadar Hiasan

Tidak dapat dinafikan bahawa perempuan merupakan antara individu yang tidak pernah lupa tentang tarikh-tarikh penting yang berlaku dalam kehidupan mereka seperti tarikh perkahwinan, tarikh hari lahir dan sebagainya.

Namun, ramai kaum lelaki mengambil mudah tentang hal ini. Ramai yang menganggap itu hanyalah hal remeh yang tidak perlu difikirkan. Akhirnya, berlaku sedikit perselisihan faham hanya kerana anda terlupa tarikh-tarikh ini.

Tetapi, kenapa wanita amat mementingkan tarikh-tarikh penting yang terjadi dalam hidup mereka? Jika tidak, mereka akan merajuk. Oleh itu, kami senaraikan antara sebab kenapa tarikh-tarikh ini amat penting pada wanita.

Ads

1. Rasa Dihargai

Wanita memang sentiasa ingin dihargai oleh insan yang mereka cintai. Jika suami mengucapkan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan, itu sudah cukup membuktikan bahawa hanya dia yang berada di dalam hati anda.

2. Yakin Pasangannya Setia

Wanita adalah seorang individu yang suka berfikir. Dengan ucapan itu, sudah cukup membuktikan bahawa anda adalah pasangan yang setia.

Ads

3. Rasa Diberi Perhatian

Sebagai seorang isteri, hari-hari yang dijalani tentunya cukup memenatkan. Jika anda memberi ucapan kepada mereka, pastinya mereka terasa diberi perhatian dan terus hilang segala penat lelahnya.

Ads

4. Pengukur Kasih Sayang

Ucapan dan ingatan itu ibarat kayu pengukur yang pasangan masih mencintai dirinya. Orang yang mencintainya adalah orang yang tahu segala-galanya tentang dirinya.

5. Inginkan Kejutan

Setiap wanita pastinya impikan kejutan di hari yang bermakna ini. Walaupun dengan sekuntum bunga, kejutan di hari penting itu mampu membuatnya tersenyum lebar sepanjang hari.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI