Bukan sahaja wanita yang dikenali melihat diri dalam cermin lama-lama, malah lelaki juga mungkin pernah melakukannya. Kita berulang kali memastikan bahawa rupa diri kita cukup untuk kelihatan cantik atau kacak di hadapan cermin.
Tetapi peliknya, ia berubah serta-merta dengan apa yang ada dalam foto pada kamera atau telefon apabila anda cuba mengambil gambar pada masa yang sama. Ini adalah satu soalan besar yang bermain di minda ramai orang, apa yang sebenarnya mempengaruhi perubahan penampilan apabila dilihat dari alat yang berbeza.
Memetik dari carian pelbagai sumber internet, ada beberapa penjelasan berikut ini yang mungkin anda fahami. Bermula dari tabiat kita sendiri yang kerap melihat diri sendiri dalam cermin dan apa yang dipanggil ‘Mere Exposure Effect’. Hampir semua manusia di bumi terbiasa melihat diri mereka sendiri melalui cermin. Ketahuilah, cermin sebenarnya tidak jujur dalam memberitahu rupa anda.
Pandangan muka kita yang dilihat di dalam cermin, membuatkan kita percaya bahawa itu adalah wajah sebenar kita. Sebenarnya, gambar wajah yang kita lihat adalah secara terbalik daripada apa yang biasa kita lihat di dalam cermin, jadi kita rasa agak pelik mengenainya. Di samping itu, ahli psikologi bernama Robert Zajonc juga menemui satu teori, yang dinamakan Mere Exposure Effect. Di mana, seseorang akan rasa lebih baik pada sesuatu yang kerap dilihatnya. Oleh itu, apabila kita diminta untuk melihat potret diri sendiri dari kedudukan yang sebenar, kita rasa ada sesuatu yang aneh.
Ads
1. Kamera Juga Mengubah Penampilan Diri
Cuba ingat sekali lagi, tanpa kita sedari ada satu gambar yang mungkin menunjukkan bahagian tubuh badan yang berlainan dengan keadaan sebenar. Tidak, anda tidak salah. Ini disebabkan oleh peranan kamera, terutamanya jika gambar anda diambil dengan kamera selfie.
Memetik laman IDNTimes, ada beberapa jurugambar menyatakan bahawa hampir 90% pelanggan mereka rasa lebih puas, apabila hasil foto mereka diputar secara mendatar seperti di dalam cermin. Di samping itu, jenis lensa yang digunakan untuk mengambil gambar juga mempengaruhi perbezaan yang sering kita lihat. Katakanlah lensa wide angle yang terdapat pada telefon, yang jelas menjadikan semuanya kelihatan lebih besar daripada yang asal.
Ads
2. Sudut dan pencahayaan adalah dua perkara yang turut mempengaruhi
Anda mungkin pernah mendengar istilah fotogenik, yang sering digunakan untuk seseorang yang kelihatan menarik apabila di dalam foto. Dalam erti kata lain, anda juga perlu memahami bahawa tidak semua orang berbakat dengan keupayaan ini. Anda mungkin mempunyai hidung yang lebih tajam berbanding yang lain, leher panjang dengan rambut panjang, mahupun kerinting.
Tetapi peliknya, setiap kali anda mengambil gambar, gambar kawan yang wajahnya normal, kelihatan lebih cantik daripada anda. Bagaimana, faham tak? Selain itu, sumber pencahayaan semasa proses mengambil foto juga menjadi perkara yang mempengaruhinya. Dikatakan bahawa setiap cahaya, mempunyai suhu tersendiri. Tetapi apabila kita melihat di cermin, kita tidak menumpukan pada itu.
Kita biasanya hanya memberi pandangan tentang apa yang dipaparkan kepada kita. Manakala, di dalam foto yang diambil, dengan butiran dan ketelitian, kita akan benar-benar melihat semua sisi yang mungkin berbeza.
Ads
3.Fokus pada objek tertentu
Apabila melihat wajah sendiri dalam cermin, biasanya hanya satu bahagian tertentu yang kita perhatikan dengan cara sedemikian rupa. Walau bagaimanapun, hasil foto biasanya akan membuat kita melihat gambar diri di semua sisi. Jadi jangan terkejut, jika apabila kita berada di cermin, kita rasa diri kita cantik atau kacak. Itu kerana hanya sebahagian badan yang kita fokuskan. Sebaliknya, apabila mengambil gambar potret, ada sesuatu yang rasa kurang sempurna dan kelihatan berbeza dari yang asal.
4. Refleksi mata yang berbeza
Percaya atau tidak, setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza mengenai sesuatu perkara.
Anda boleh mengatakan bahawa potret bunga matahari lebih indah daripada potret bunga mawar, tetapi sebaliknya ada orang yang berfikir bahawa bunga mawar lebih indah daripada bunga matahari.
Ya, refleksi pandangan kita menunjukkan imej gambaran dari diri kita sendiri dan dari mata kita sendiri. Dalam erti kata lain, hasil sebenar foto menjadi gambaran yang sebenarnya lebih dekat dengan keadaan dan imej diri kita sebenar. Akhir kata, apa pendapat anda? Anda cantik di dalam cermin atau gambar foto?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejutan menghadapi budaya hidup keluarga mertua sering berlaku kepada pasangan yang baru berkahwin, sehingga kadang-kadang jika tidak ditangani dengan baik, boleh menyebabkan krisis dalam rumah tangga.
Perbezaan ini memerlukan penyesuaian kerana walaupun berbeza status tanggungjawab menghormati dan melayan ibu bapa mertua dan keluarganya adalah sama seperti kita menghormati dan melayan ibu bapa kandung dan kaum kerabat sendiri.
Hubungan dan komunikasi dengan keluarga mertua perlu dikendalikan secara hormat dan hikmah malah bersama ipar duai juga perlu dipelihara kerana perkahwinan bukan sahaja membina hubungan suami isteri, ia juga menghubungkan tali silaturrahim dan persaudaraan antara dua buah keluarga yang sebelum ini mungkin belum pernah mengenali antara satu sama lain.
Panduan mengelakkan masalah hubungan dan komunikasi:
1. Bersifat terbuka dan bersangka baik kepada keluarga mertua walaupun mempunyai pendapat yang berlainan. Pasangan kita mungkin boleh menjadi perantara untuk menyatukan dua pendapat yang berbeza. Elakkan buruk sangka bagi mengelakkan pertengkaran yang boleh menjejaskan lagi hubungan anda dengan keluarga mertua.
2. Menunjukkan kegembiraan apabila mereka berkunjung ke rumah anda melalui huluran salam, layanan mesra dan menyediakan hidangan yang enak mengikut kemampuan.
3. Apabila keluarga mertua membuat aktiviti atau program maka anda sebagai menantu perlulah memberi kerjasama dan komitmen dalam aktiviti atau program yang dirancang, jika tidak dapat menghadirkan diri berilah alasan secara baik agar tidak menyinggung perasaan pihak mertua.
4. Jika anda mempunyai masalah dalam rumah tangga, mereka juga boleh menjadi tempat untuk anda meminta nasihat dan bimbingan. Jangan sesekali abaikan mereka dalam membuat sesuatu keputusan.
Kredit: Made By Lat
5. Sentiasa ingat bahawa pengorbanan kita memendam rasa akibat rasa kurang senang atau tidak puas hati terhadap keluarga mertua atau ipar duai mungkin terlalu kecil jika dibandingkan dengan doa dan restu mereka untuk kesejahteraan hidup kita sepanjang hayat. Mereka juga sama seperti ibu bapa kandung kita mendoakan yang terbaik dan tidak ada ibu bapa yang sanggup mendoakan sesuatu yang buruk terjadi pada anak menantu mereka.
6. Tidak mencampuri urusan keluarga mertua terutama dalam soal pengurusan harta atau kewangan melainkan diminta pandangan atau nasihat. Jangan cuba berlagak pandai dalam menguruskan hal-hal keluarga mertua jika pandangan anda tidak diperlukan. Anda bukan akan menyelesaikan masalah tetapi akan lebih menambahkan masalah. Lebih berhati-hati bila bercakap jika melibatkan sesuatu yang sensitif tentang keluarga mertua anda.
7. Memberi respon positif terhadap sebarang kenyataan dan tidak menggunakan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka. Jangan sesekali gunakan bahasa yang kasar yang boleh menampakkan sikap kurang ajar anda.
8. Berbuat baik dengan kawan-kawan dan adik beradik pasangan merupakan salah satu cara suami atau isteri menzahirkan rasa kasih sayang kepada pasangan. Hormatilah juga saudara mara yang lain seperti mana anda menghormati suami anda.
Tonton juga video di bawah:
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya mampu serah kepada takdir, pelakon Riena Diana reda jika sudah tertulis dia perlu hidup bermadu.
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, bagaimanapun menyatakan menerusi portal mStar yang dia akan cuba untuk mengelakkan diri daripada terjebak hubungan itu dan berusaha mencari pasangan yang masih bujang.
Riena Diana Akan Elak Bermadu Tapi Reda Jika Ditakdirkan
“Saya tidak rela bermadu cumanya kalau ditakdirkan, itu jalan tertulis saya terima dengan hati terbuka.
“Saya tahu madu itu susah. Kalau betul ditakdirkan, kita reda. Kalau ada jodoh kita teruskan, kalau tiada jodoh kita berpisah.
Minta Doa Orang Ramai
“Kalau boleh saya tidak mahu jadi yang pertama atau pun yang kedua sebab saya belum kahwinkan, jadi saya minta doa kalian semua,” jelas Riena.
Ya, kita hanya mampu merancang tetapi jika ditakdirkan berkongsi hidup dan bermadu, hanya mampu reda. Jauh lagi perjalanan dan sungguh kehidupan di dunia ini hanya sekadar persinggahan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rupanya tak susah mana pun nak buat isteri langsing dan dalam masa yang sama bahagia dalam rumah tangga. Caranya suami kena banyak berikan pelukan hangat kepada isteri setiap masa.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Personality and Social Psychology Bulletin, interaksi positif dengan memeluk pasangan walaupun sekejap dikatakan penting dalam mencambahkan kebahagiaan sesebuah hubungan.
Ini kerana ekspresi kasih sayang menerusi pelukan boleh memberi semangat serta meningkatkan mood agar tubuh isteri menjadi lebih bertenaga dan semakin baik.
Perkara ini turut dibuktikan oleh Times of India menerusi tinjauan terhadap 2000 responden wanita yang mengatakan bahawa perasaan mereka menjadi lebih baik setelah mendapat pelukan hangat.
Pelukan ini tidak hanya diperlukan saat wanita mengalami kesedihan sahaja, sebaliknya pelukan setiap hari dengan pertanyaan, “Bagaimana awak hari ini?” akan memberi lebih erti bagi wanita.
Dr Elizabeth Lawson, Pembantu Profesor Jabatan Kedoktoran di Harvard Medical School, Boston mengatakan hormon cinta atau oxytocin yang terhasil saat tubuh bersentuhan dengan orang yang dicintai boleh mengurangkan jumlah makanan seseorang lantas meningkatkan sistem tubuh dalam menjaga kadar gula darah.
Selain itu, memeluk pasangan secara teratur juga dapat meningkatkan komunikasi non-verbal kerana ia mampu membuatkan anda semakin mengenali bahasa tubuh pasangan dengan lebih baik.
Ini dapat dibuktikan menerusi kajian dari University of Wisconsin-Madison School of Medicine dengan mengatakan bahawa pelukan mampu menurunkan jumlah hormon stres iaitu kortisol menjadi tubuh menjadi lebih relaks dan tenang.
Rasa relaks dan tenang ini merupakan tanda bahawa ketegangan dan tekanan yang ada pada tubuh sedikit demi sedikit mulai berkurangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!