Replika Cek Perkahwinan atau Mock-up Cheque banyak digunakan zaman sekarang ini sebagai hantaran perkahwinan. Ianya bukanlah Cek sebenar tetapi ia dicetak dengan mengikut spesifikasi cek yang sebenar. Tujuan Mock-Up Cheque dicetak sebagai hantaran ialah sebagai langkah keselamatan kepada kedua pihak keluarga pengantin.

Cek yang sebenar memiliki nilai yang dikeluarkan oleh yang empunya cek atau telahpun di bank-in kan kepada penerima cek lebih awal dari tarikh majlis pernikahan atau perkahwinan. Mock-up cheque ini hanyalah sebagai bukti bahawa wang hantaran telah diserahkan kepada pihak pengantin perempuan. Ramai pasangan yang menggunakan replika mock-up cheque ini sebagai hantaran kerana ia lebih menarik dan unik.

Walaupun wang hantaran yang diserahkan adalah dalam bentuk tunai tetapi sebagai langkah keselamatan wang hantaran dalam bentuk tunai seeloknya tidak diserahkan semasa majlis berlangsung. Ini bakal mengundang kepada risiko kehilangan atau kecurian semasa sibuk mengendalikan majlis.

IKLAN
Kenapa Mock-up Cheque Menjadi Pilihan Bakal Pengantin?
Foto : IG Replika cek viral

 

IKLAN
Kenapa Mock-up Cheque Menjadi Pilihan Bakal Pengantin?
Foto : IG Replika cek viral

Semestinya replika mock-up cheque seperti telah menjadi pilihan pada pasangan yang ingin berkahwin kerana mengikuti peredaran zaman dan trend terkini.

Kenapa Mock-up Cheque Menjadi Pilihan Bakal Pengantin?
Foto : IG acrylic.my

 

IKLAN
Kenapa Mock-up Cheque Menjadi Pilihan Bakal Pengantin?
Foto : IG acrylic.my

Harga mock-up cheque ini pula bergantung kepada corak dan bahan yang anda pilih. Ia sangat berpatutan kepada bakal pengantin di luar sana. 

Kenapa Mock-up Cheque Menjadi Pilihan Bakal Pengantin?
Foto : IG dz_dlaila

 

Sumber : rekaprintblog

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI