
TAHUKAH ANDA?
Ya, bagi mereka yang baru sahaja berkahwin, tingkap waktu atau “window period” untuk mereka menderma kembali adalah selama 1 TAHUN .

KENAPA?
Tingkap waktu ini adalah untuk memastikan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga bebas daripada sebarang jangkitan penyakit terutamanya virus HIV atau penyakit-penyakit berjangkit yang lain.
Pasangan suami isteri juga hendaklah mengambil tahu sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga yang mempunyai penyakit seperti Hepatatis A, B atau C.
Ini adalah untuk memastikan pasangan suami isteri bebas daripada jangkitan penyakit-penyakit yang dinyatakan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.
Selepas 1 tahun barulah anda boleh menderma darah kembali seperti biasa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Timbul Masalah Kewangan, Pengantin Baru Jangan Buat 5 Kesilapan Ini Selepas Kahwin!

Kewangan adalah salah satu hal penting yang perlu dibahas secara mendalam bersama pasangan untuk pengelolaan kewangan yang efektif. Bukan menjadi perkara yang luar biasa jika pasangan bertengkar ketika masalah kewangan mulai muncul dalam rumah tangga yang baharu sahaja dibina.
Semak beberapa kesalahan yang umumnya dilakukan oleh pasangan yang baharu berkahwin sebagai panduan bagi anda dan pasangan mengatur masalah kewangan.
1. Rahsiakan situasi kewangan dengan pasangan
Merahsiakan keadaan kewangan peribadi daripada pasangan bahkan setelah berkahwin ialah kesalahan besar yang umum dilakukan oleh pasangan baharu berkahwin. Terapkanlah sistem keterbukaan dalam rumah tangga anda, khususnya mengenai keadaan kewangan masing-masing. Beritahukan pasangan anda mulai dari gaji bulan, jumlah hutang, jumlah tabungan, hutang kad kredit dan lain-lain. Selain belajar untuk jujur dan menaruh kepercayaan kepada pasangan, adanya transparansi kewangan juga akan membantu anda untuk menentukan cara terbaik untuk mengatur kewangan selepas berkahwin.
2. Elak berbicara dengan pasangan tentang kewangan
Kesalahan lain yang dilakukan oleh pasangan newlyweds adalah menghindari perbincangan mengenai kewangan kerana menganggap hal tersebut tidak menarik dan tidak perlu untuk dibicarakan. Ada banyak topik kewangan yang dapat anda bincangkan bersama pasangan sewaktu sedang santai mahupun dalam bicara yang lebih serius. Bagaimana sudut pandang pasangan dalam mengelola kewangan, bagaimana dia mengatur kewangan peribadinya selama ini, dan bagaimana pemikiran satu sama lain mengenai rancangan kewangan jangka panjang dalam membina rumah tangga. Dengan berdiskusi hal-hal tersebut, anda dapat mengenal sifat dan karakter pasangan dalam masalah kewangan.
3. Perbezaan latar belakang pasangan
Perkahwinan adalah tentang menyatukan dua orang yang berasal daripada latar belakang yang berbeza, sehingga adanya perbezaan antara anda dan pasangan dalam cara mengendalikan wang adalah hal yang wajar yang harus anda sedari. Misalnya ternyata pasangan anda adalah orang yang mudah meminjamkan wang kepada orang lain tanpa pemikiran yang panjang terlebih dahulu, apalagi jika peminjam tersebut ialah teman-teman atau keluarganya sendiri. Jangan terus marah, tapi cubalah fahami pemikirannya dan cari satu solusi, seperti menetapkan peraturan tentang sejauh mana batasan anda dan pasangan dapat menggunakan wang.
4. Tidak membantu untuk kekal dengan bajet yang ditetapkan
Katakan anda dan pasangan sudah membicarakan masalah kewangan secara selalu, hal selanjutnya yang perlu anda berdua lakukan adalah menentukan anggaran dan mematuhinya. Kebiasaan yang boros boleh menjadi punca pertengkaran banyak pasangan. Oleh itu, tetapkan anggaran perbelanjaan rumah tangga anda untuk setiap bulan, dan ingatkan satu sama lain agar tidak membuat pengeluaran yang lebih besar daripada anggaran tersebut. Jika ada suatu keperluan yang memerlukan dana yang besar, maka anda atau pasangan perlu menekan pengeluaran pada aspek lain agar tidak terjadi over budget. Cara lain untuk menghindari over budget adalah menetapkan keutamaan pengeluaran. Apakah membeli tiket percutian adalah keperluan yang mendesak? Atau membayar wang sekolah anak yang lebih penting? Dan fikirkan apakah suatu pengeluaran boleh ditunda sampai tiga bulan berikutnya?
5. Fikir terlalu awal untuk bincang soal anak
Kerana kehadiran seorang anak belum dinantikan dalam waktu yang dekat ini, banyak pasangan yang mengabaikan perancangan kewangan untuk anak-anak mereka nanti. Namun jika anak-anak tetap ada dalam rancangan di masa depan anda berdua, maka tidak ada kata terlalu awal untuk membincangkannya, kerana kehadiran anak-anak memberikan pengaruh yang besar bagi kewangan rumah tangga anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Fitting Baju Kahwin Untuk Bersanding atau Bertandang

Buat bakal pengantin yang bakal berkahwin seminggu atau dua minggu lagi tentunya banyak persediaan diri yang sudah sempurna. Ingat jangan buat saat akhir, kelam kabut nanti. Silap langkah bakal pengantin demam pula menjelang hari kahwin akibat banyak memikir.
Sebagai panduan kepada bakal pengantin perempuan baca perkongsian oleh Dian tentang pengalaman fitting baju pengantin. Cuba tip yang Dian sediakan untuk mudahkan proses memilih baju pengantin nanti.
- Pakai jubah atau dress. Jubah atau dress sangat menyenangkan proses menyalin baju. Dian suka pakai jubah yang berzip. Senang bila nak buka, salin baju dan menjimatkan masa. Jika anda memakai seluar atau skirt dan blouse, anda melambatkan proses fitting. Bila baju pertama tak kena, anda kena pakai semula baju, dan pilih baju baru. Jika anda pakai jubah, tak sampai 1 minit, anda boleh keluar dengan selesa.
- Pakai tudung yang senang disarung. Sekiranya anda pakai tudung yang lilit dan memerlukan banyak pin, anda menyukarkan proses nak salin baju. Anda kena buang pin-pin dahulu dan bila anda habis fitting, anda kena pakai semula. Jadi, untuk menjimatkan masa dan menyenangkan diri, pakai tudung instant.
- Jangan bawa ramai pengikut untuk fitting baju. Bila terlalu ramai pengikut, banyak pendapat yang akan disuarakan bila anda ingin memilih baju sanding. Bawa orang yang boleh dipercayai macam mak anda sendiri, ayah dan bakal suami. Kadang-kadang bakal pengantin tak dapat pakai baju yang diidamkan disebabkan pendapat orang lain.
- Pakai corset. Korset penting untuk memadatkan badan anda kalau badan anda jenis berisi. Kalau badan kurus, tak perlulah. Tip ni penting hanya bila anda ingin pakai korset pada majlis anda nanti. Senang nak tengok baju muat atau tak.
- Pakai pakaian dalam yang cantik dan pakai inner. Tip ni pun memang penting sebab selalunya, bila anda fitting baju, orang kedai akan tolong anda pakaikan baju pengantin. Jadi anda akan salin baju di hadapan dia. Kalau anda tak nak malu, pakailah yang cantik mata memandang dan kalau malu,pakai inner. Kalau boleh inner yang ada tangan panjang dan berwarna putih supaya senang untuk fitting baju yang jarang.
- Bawa kasut nikah,sanding atau bertandang anda. Bila anda fitting baju, pakai sekali kasut anda supaya anda boleh lihat dan adjust labuh kain anda.
- Kuruskan badan sebelum fitting. Hihi ni sangat penting supaya anda puas hati dengan pakaian pilihan anda. Susah untuk cari pakaian pengantin plus size. Selalunya, orang yang mempunyai tubuh plus size kena buat baju baru. Jadi kos akan bertambah banyak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Inspirasi Bunga Tangan Anda Boleh Fikirkan Untuk Hari Bahagia

Bunga tangan telah menjadi benda wajib ada dalam setiap pernikahan. Bakal pengantin perempuan perlu memegang bunga tangan ini untuk menghilangkan rasa gugup mereka.
Namun, pemilihan bunga tangan juga sangat penting kerana anda perlu melihat dari segi size dan warnanya. Jika anda masih tiada idea dan masih mencari, di sini kami akan kongsikan kepada anda antara bunga tangan yang meletop!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI