Perasan atau tidak, perkahwinan orang dulu-dulu ternyata tahan lebih lama berbanding perkahwinan zaman sekarang. Jika kita lihat pada zaman sekarang, isu penceraian seakan perkara biasa yang terjadi dalam kehidupan seharian.
Pelik kan? Mesti anda juga tertanya-tanya bagaimana ibu bapa kita mampu bertahan tetapi pasangan muda zaman sekarang tidak cukup kuat untuk mengharungi dugaan rumah tangga.
Kami kongsikan lima sebab utama perkahwinan orang zaman dahulu mampu bertahan. Buat pasangan yang baru berkahwin, renung-renungkanlah. Perkahwinan memerlukan kesetiaan, kesabaran dan tolak-ansur.
Ramai yang mudah jemu bila bercinta. Kebanyakan anak muda sekarang memilih untuk bercinta dahulu sebelum kahwin. Jadi, perasaan bosan itu mudah timbul. Sebenarnya, bercinta selepas kahwin lebih indah dan rasa cinta lebih kuat.
Nak rumah tangga yang bahagia, tambat hati keluarga pasangan anda terlebih dahulu. Barulah aman hingga ke akhir hayat. Pasangan sekarang lepas kenduri terus pergi honeymoon sampai saudara belah pasangan sendiri pun tak kenal.
Nak cari bahagia tidak mudah, perlu ada tiga perkara ini iaitu sakinah (ketenteraman), mawaddah (cinta) dan wa rahmah (kasih sayang). Kalau ada tiga perkara ini, insyaAllah rumah tangga aman.
Anak muda zaman sekarang lebih mengejar dunia berbanding akhirat. Jangan sesekali lupakan Allah kerana Dia yang beri kebahagiaan itu. Kalau dah bahagia, jangan abaikan. Rumah tangga kita, jagalah sebaik-baiknya.
Zaman sekarang ni ramai ibu bapa yang menjadi penasihat rumah tangga anak-anak. Kalau boleh, tak perlu masuk campur urusan rumah tangga anak-anak. Ia hanya memburukkan keadaan dan boleh menyebabkan terjadinya penceraian.