Kebaikan Sauna Atau Mandi Wap
Kata orang, sauna boleh menguruskan badan, betul ke? Setakat menguruskan badan sahaja, banyak cara lagi yang boleh kita lakukan. Sebenarnya, sauna bukan sahaja menguruskan badan, tetapi terdapat banyak kebaikan sauna atau mandi wap yang bakal mengejutkan anda!
1. Proses Detoksifikasi
Tahukah anda, sauna juga dapat mengeluarkan toksin dari tubuh badan anda? Kebaikan sauna yang ramai tak tahu adalah ia merupakan satu proses detoksifikasi tubuh badan. Detoks akan mengeluarkan racun badan melalui peluh yang mengalir di tubuh badan anda.
2. Membakar Kalori Dan Lemak Berlebihan Tubuh Badan
Ramai tak percaya, kebaikan sauna juga adalah dapat membakar lemak tubuh badan anda dan membakar kalori. Anda tak perlu berlari dan bersukan dengan kerap, tetapi buatlah sauna setiap minggu atau bulan. Lemak-lemak akan dibakar justeru berat badan anda juga akan menurun.
3. Melegakan Otot Dan Urat
Otot dan urat tidak selalunya akan berada dalam keadaan yang betul, namun dengan sauna ia mendapat kedudukannya yang betul. Kebaikan sauna juga dapat mengeluarkan angin dari urat-urat tubuh badan anda. Otot yang sakit dan lenguh juga terasa lega setelah bersauna.
4. Merehatkan Minda Dan Emosi
Kebaikan sauna dari segi mental adalah ia dapat merehatkan minda dan emosi anda. Anda akan lebih tenang dan rileks sepanjang hari sewaktu bersauna atau selepas sauna. Apabila tubuh badan terasa segar, minda dan emosi juga terasa amat tenang.
5. Menyihat Dan Menganjalkan Kulit
Kulit sihat dan lebih anjal setelah toksin peluh keluar dari tubuh badan anda. Sekiranya anda sudah lama tidak memanjakan diri mencantikkan kulit, sauna adalah perkara pertama wajib anda cuba. Kemudian, anda akan terasa kulit lebih anjal dan sihat.
6. Mencantikkan Kulit
Percaya atau tidak, kulit bukan sahaja sihat tetapi lebih cantik, licin dan gebu semulajadi. Kulit anda akan lebih cantik dan lembut seperti anda menggunakan scrub. Sedangkan anda baru sahaja bersauna. Kebaikan sauna dari segi cantikkan kulit tidak dapat disangkal lagi.
7. Menyembuhkan Pelbagai Penyakit
Apabila racun dan toksin badan sudah keluar, penyakit dapat dicegah dan disembuhkan sedikit demi sedikit. Sebab itulah, selepas bersauna, demam akan kebah, selsema juga turut hilang. Begitu juga dengan penyakit dalaman yang melibatkan rahim, perut, pencernaan dan lain-lain.