Kalau dah jodoh, jumpa kat mana pun tetap ‘menjadi’. Dari hobi, akhirnya pasangan Mohammad Jazlan Nangar, 34 bertemu dengan surihati Lidia Haron, 38. Paling comel. Perkenalan di media sosial menjadi titik pertemuan mereka dan topi keledar tembikai yang membuatkan pasangan ini akhirnya disatukan. 

 

Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat! 

 

12 Oktober 2021 menjadi tarikh paling membahagiakan buat Jazlan dan Lidia. Pernikahan di Jabatan Agama Islam Negeri Selangor itu diadakan secara sederhana memandangkan negara masih berada dalam fasa PKP. 

 

“Kami kenal di Facebook. Itu pun kerana kami mempunyai minat sama iaitu basikal lipat. Ketika itu, Lidia mengeluarkan baju untuk pengayuh basikal lipat atas jenamanya sendiri iaitu FOLDIE (Geng Foldie) dan saya adalah salah seorang pembelinya. Kebetulan, Lidia pula penonton setia Youtube channel saya, Geng Basikal Lipat, dari sebelum kenal lagi sampailah sekarang.” 

 

Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat!  Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat! 

 

“Kebetulan juga, nama Geng Foldie dan Geng Basikal Lipat lebih kurang sama pula. Kali pertama berjumpa adalah ketika saya dalam perjalanan balik ke Shah Alam sesudah selesai kayuhan di Klang. Ketika itu, Lidia sedang berbasikal bersama kumpulannya.  

 

Trademark  topi keledar corak tembikai hijau yang Lidia pakai tu yang buat saya kenal itu adalah dia. Saya terus berhenti dibahu jalan untuk menegurnya. Bermula dari situlah kami mulai rapat.”kata Jazlan. 

 

Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat! 

 

Siapa agaknya yang mengorak langkah dulu? 

 

Ads

“Dalam masa enam bulan perkenalan dan percintaan, kami banyak meluangkan masa dengan berbasikal santai dan ‘coffee hunt’ kerana Lidia peminat kopi. Kerana sering bersama membuatkan saya terfikir untuk membawa hubungan ini ke tahap seterusnya. Alhamdulillah keputusan saya direstui kedua belah pihak. Segala urusan dipermudahkan walaupun ketika itu kita masih dalam fasa PKP dan banyak SOP perlu dipatuhi.” 

 

Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat!  Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat! 

 

Apa yang membuatkan anda tertarik pada pasangan?  

“Lidia cantik dan comel. Sikapnya yang happy go lucky dan sporting membuatkan saya terus jatuh hati. Dia juga adalah orang yang selalu menceriakan hari-hari saya dengan telatah dan kasih sayangnya. Dia juga pandai menyesuaikan diri bersama keluarga dan sahabat-sahabat saya sejak dari awal perkenalan sehinggalah sekarang. Satu lagi, Lidia juga meminati irama lagu rock 90an dan dia adalah ‘cikgu’ saya kalau saya salah lirik!” kata Jazlan. 

 

Bagi Lidia pula, kesungguhan suaminya untuk menjadikan dia isteri sudah cukup menjadikan itu satu tarikan utama. 

 

Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat!  Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat! 

 

Ads

“Bagi saya, Jaz adalah lelaki yang sangat gentleman dan stylo. Semua perbuatannya adalah ikhlas. Sangat penyayang dan menghormati semua orang yang lebih berusia darinya. Dia juga melayani  keluarga dan sahabat-sahabat saya dengan sangat baik. Manja pun ya juga!” 

 

Pasangan yang sudah dikurniakan seorang cahaya mata, Aliya, 3 bulan, ini masih tetap aktif berbasikal. Selepas kahwin rutin berbasikal sedikit berbeza namun masih menyeronokkan.  

Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat!  

“Sebelum kahwin, kami berkayuh dengan geng-geng. Tapi bila dah kahwin, kami lebih teruja dan seronok kerana dapat kayuh bersama tidak mengira masa dan dimana sahaja. Ada masanya kami hanya kayuh berdua sahaja. Sahabat – sahabat dia adalah sahabat – sahabat saya juga.  

 

Yang syoknya, sebelum ini bergambar dengan basikal, tapi sekarang dah ada partner di sebelah. Persedian sebelum berkayuh pun dah berbeza. Sebagai suami, kenalah pastikan segala kelengkapan termasuk memastikan basikal isteri dalam keadaan baik dan susun atur basikal di dalam kereta.  

 

Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat!  

Dan Lidia pula, sebagai isteri biasanya dia akan sediakan bekalan makanan dan minuman, pakaian yang siap digosok untuk dipakai ketika kayuhan. Inilah kami…” 

  

Ads

“Buat masa ni, kami masih belum dapat membuat kayuhan berdua untuk jarak yang jauh. Kebanyakkan kayuhan kami berkonsepkan kayuhan santai antara 30km ke 40km sahaja. Kami sempat menyertai kayuhan sambil berkelah bersama sahabat-sahabat lain dari Kapar ke Pantai Remis Jeram, Selangor dalam 40km sebelum Lidia hamil.” 

 

Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat! 

Masih banyak lagi destinasi yang belum diterokai pasangan Jazlan dan Lidia. Namun, mereka menyimpan hasrat untuk menakluki Singapura, Pantai Merdeka dan Pantai Timur untuk destinasi kayuhan santai seterusnya atau lebih dikenali sebagai kayuhan pelancongan sambil bercuti. 

 

“Kami pun berhasrat nak bawa anak kami, Aliya, untuk bersama-sama kami mengayuh. Bukan itu sahaja, saya juga bercadang untuk mempelbagaikan lagi content menarik dalam Youtube Geng Basikal Lipat. Yang penting, bila suami isteri ada hobi yang sama, inilah tip yang kami nak kongsikan… 

 

Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat! 

  1. Keizinan dari suami/isteri adalah sangat penting dari segi apa sekalipun. 

2. Jadikan sahabat-sahabat basikal pasangan kita sebagai sahabat kita juga. 

3. Membahagikan masa sebaiknya antara hobi, anak dan keluarga. 

4. Sentiasa memberikan galakkan yang positif kepada suami/isteri. 

5. Membatasi pergaulan antara satu sama lain ketika berbasikal di dalam kumpulan. 

6. Mengekalkan hubungan mesra rumahtangga dengan memanfaatkan masa diluar ketika berbasikal sebagai hobi dan senaman dalam merpatkan hubungan kekeluargaan. 

 

Kerana TOPI TEMBIKAI, Geng Basikal Lipat Jumpa Jodoh. Sweet Betul Moment Mengorat! 

KELEBIHAN KONGSI HOBI BERSAMA ISTERI 

  • Dapat memanfaatkan masa hujung minggu kami bersama-sama 
  • Berkongsi idea dan pendapat atau cadangan dari basikal lipat 
  • Saling mengenali sahabat-sahabat sehobi yang sama 
  • Mencipta dan mengabadikan kenangan bersama. 
  • Nak pergi jalan-jalan di bandar-bandar sesak, kami kayuh basikal je senang. Jimat segalanya. 
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI