Tulang tunggak tubuh manusia memerlukan kalsium mencukupi bagi membolehkannya terus kekal sihat untuk berfungsi dengan sempurna.
Proses pembentukan tulang sumsum boleh diperoleh dengan melakukan aktiviti ringkas iaitu berlari berganding berenang mahupun mengayuh basikal.
Ini kerana tulang tulang sumsum, tisu semisolid terletak pada bahagian tulang lembut yang menghasilkan sel darah.
Hasil kajian Institut Kegiatan Fizikal dan Pemakanan Universiti Deakin Australia terhadap 101 lelaki dan wanita berusia 25 hingga 35 tahun, mendapati mereka yang berlari lebih 20 kilometer (km) seminggu mempunyai tulang sumsum lapan tahun lebih muda.
Laman sesawang kesihatan Healthline.com, pula melaporkan hasil kajian saintis diketuai Dr Daniel Belavy, mendapati setiap individu yang berlari kira-kira lapan kilometer seminggu mempunyai tulang sumsum berusia setahun lebih muda.
Katanya, setiap individu berupaya memiliki tulang sumsum lebih muda tetapi perlu melakukan sedikit aktiviti berlari secara konsisten.
“Setiap manusia dilahirkan dengan tulang sumsum yang berfungsi menghasilkan sel darah merah. Namun disebabkan peningkatan usia, fungsinya berubah menjadi sumsum yang berlemak kuning.
Ads
“Lantaran itu, perubahan memberi kesan buruk kepada sistem metabolisme dalam darah dan tulang pada bahagian pelvis, vertebra, paha dan pinggul.
“Perubahan itu menyumbang kepada risiko penyakit seperti diabetes dan masalah osteoporosis,” katanya.
Penyelidikan menunjukkan terdapat hubung kait antara jenis senaman dengan sumsum lemak kuning atau dikenali sebagai tisu adipose sumsum (MAT). Bagaimanapun senaman yang dilakukan tidak mudah membakar kalori dalam tubuh.
Dr Belavy berkata, kajian membuktikan tiada sebarang manfaat MAT apabila individu menunggang basikal sehingga kira-kira 150 km seminggu.
Beliau berkata, fakta menyatakan MAT dikawal oleh lemak yang terkandung di bawah kulit, bukan hanya proses pembakaran kalori.
Ads
Selain mengkaji pelari jarak jauh, beliau berkata pasukan penyelidik turut melakukan kajian terhadap mereka yang berjoging sejauh antara 19 hingga 40 km seminggu. Walaupun responden setakat berlari anak, kajian menunjukkan mereka memiliki MAT jauh lebih muda.
“Sukan yang menanggung beban mungkin akan memberi impak termasuklah bola sepak, tenis dan bola keranjang. Data menunjukkan aktiviti berdampak tinggi seperti berlari dan melompat memberi kesan positif kepada MAT.
Pakar Ortopedik Pediatrik Universiti California San Fransisco (UCSF), Dr Nirav Pandya, berkata senaman larian memberi kebaikan serta kesihatan ekstrim kepada keseluruhan badan.
Aktiviti itu bukan sekadar mengurangkan risiko penyakit kronik tetapi mempertingkatkan ketumpatan tulang, ketajaman mental malah memberi impak kepada kebahagiaan serta kesihatan mental individu.
Ads
Beliau berkata, aktiviti sedemikian wajar dilakukan pada jarak dekat secara konsisten berbanding berlari jauh pada tempoh lama.
Penyelidikan sekumpulan pakar Institut kesihatan awam utama di Amerika Syarikat, Centers for Disease Control and Prevention (CDC) antara 2011 hingga 2014, melaporkan sejumlah 475,000 kecederaan berkaitan aktiviti berlari atau berjoging dilaporkan berlaku setiap tahun.
Justeru, Dr Pandya mencadangkan cara terbaik mengelakkan daripada berlaku kecederaan dengan merujuk pakar perubatan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang larian.
Pakar boleh memeriksa tahap kesihatan individu secara keseluruhan selain menilai keupayaan sistem badan sebelum melakukan aktiviti fizikal.
“Anda boleh melihat kesan kepada kesihatan selepas mengambil keputusan menyertai sukan berlari sebagai proses rawatan untuk beberapa bulan. ” katanya.
“Keuntungan berlari melebihi potensi risiko kecederaan, jika seseorang meningkatkan aktiviti joging dan berlari dengan disertai jurulatih berkemungkinan berlaku insiden boleh dikurangkan.
Sumber : Berita Harian
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin lama anda dan pasangan hidup bersama, seharusnya anda bijak dan kreatif untuk menyemarakkan suasana harmoni rumah tangga tersebut. Begitu juga bagi pasangan bercinta. Akan tetapi, lumrah manusia kadang kala alpa dengan tuntutan tersebut dek kerana urusan seharian. Kali ini Pesona Pengantin tampilkan tiga perkara yang didambakan oleh lelaki terhadap wanita dan dambaan wanita terhadap lelaki. Baca dan praktikkannya segera.
Tuntutan Lelaki Terhadap Wanita:
Pelukan dan Godaan Mata
Anda tersenyum dengan tuntutan ini? Sedarlah wahai wanita bahawa kaum lelaki ni nampak sahaja gagah luarannya tetapi apabila berdua dengan anda mereka boleh bertukar menjadi insan yang paling manja dengan pasangannya. Jika boleh setiap hari mereka ingin dimanja dengan pelukan isteri atau pasangan. Siapa sangka perlakuan remeh seperti jelingan menggoda juga boleh menaikkan semangat mereka. Jika tidak percaya, cuba peluk si suami nanti secara tiba-tiba, lihat apa reaksi mereka.
Jangan mudah menepis pelukan dari suami/isteri hanya kerana alasan; malu dan takut anak-anak nampak. Bukankah anda pasangan sah berkahwin? Jika terlihat, si anak mungkin bakal meniru hubungan romantik ayah dan ibu mereka apabila berumahtangga kelak. Apa yang mahu dimalukan? Kadang kala perlakuan romantik pasangan barat yang begitu menghargai pasangan harus dicontohi walaupun sudah beranak pinak.
Isteri/teman wanita yang adventure
Pernahkah anda terlibat dengan situasi tayar pancit? Jika ya, apa tindakan anda? Adalah hanya duduk mengomel di dalam kereta atau turut sama membantunya menukar tayar walaupun hanya membantu menghulurkan nat tayar.
Seharusnya anda tahu, lelaki amat gemar jika pasangannya sedikit lasak. Mungkin suami atau teman lelaki tidak merasa terlalu ‘beban’ untuk menguruskan kehidupan pasangannya siang dan malam. Setidaknya beban tersebut dapat dipikul bersama.
Tahukah anda bahawa lelaki lebih mudah menghargai pasangan yang pandai memandu kereta berbanding yang hanya mengharapkan pasangan menjemput dan menghantarnya pulang dari suatu lokasi.
Jangan Kerap Aju Soalan “Saya gemuk ke?”
Dalam sehari, kerapkah anda bertanya kepada suami atau pasangan dengan soalan “saya gemuk ya?”, “awak cinta saya atau tidak?”. Oh, setahun dua mungkin lelaki boleh masih boleh melayan anda. Selepas itu acuh tidak acuh sahaja jawapannya. Silap hari bulan, pasangan anda menyuruh anda berdiri pada cermin dan dapatkan jawapan sendiri.
Kebiasaannya lelaki akan menegur wanita jika dia merasakan perbezaan yang ketara. Suatu hari jika anda ditegur si suami kerana perubahan bentuk tubuh anda, ia anda semakin gemuk atau mengalami penurunan berat badan. Masa itu, anda harus bertindak. Mudahkan dunia lelaki!
Tuntutan Wanita Terhadap Lelaki:
Pelukan
Wanita juga seperti lelaki. Memerlukan pelukan. Secara sedar ataupun sewaktu menggodanya. Tuntutan ini menjadi tuntutan pertama dari lelaki terhadap wanita dan dari wanita terhadap lelaki.
Seperti yang pernah dibincangkan, jangan menepis pelukan pasangan dan memberi alasan malu. Perkara itu harus dibuang jauh-jauh.
Say It With Flower
Kata-kata manis seharusnya datang dengan sejambak bunga tanda kasih wanita dihargai. Satu dunia tahu yang wanita menggemari bunga. Hati wanita begitu lembut dan kerana itu golongan ini mudah memaafkan pasangan walaupun perbuatan tersebut akan kekal dalam sanubarinya.
Telefon / Whatssapp
Wanita gemarkan perhatian. Walaupun mesej tersebut ringkas (kerana lelaki terkenal ayat short font mereka) setidaknya boleh membahagiakan. Rajinkan diri bertanya perkhabaran mereka. Apa yang mereka lakukan dan ingatkan pasangan tentang perkara-perkara yang penting. Perhatian anda itu seakan moment romantik bagi wanita.
Follow Pesona Pengantin di Instagram
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila kasih sudah diikat dengan perkahwinan, tentunya soal zuriat datang selepas itu. Ada yang dipermudahkan Allah untuk hamil hanya beberapa bulan selepas berkahwin tetapi ada juga yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun dan melalui pelbagai rawatan demi mendapatkan zuriat. Selain berdoa dan tawakal, pasangan juga boleh berusaha dengan segala jalan yang ada untuk menikmati saat memiliki zuriat sendiri.
Perkongsian daripada Ustaz Hanafiah, petua untuk mendapat zuriat dengan mengamalkan susu kambing dan kurma. Petua ini dikongsi oleh salah seorang sahabatnya iaitu seorang ulama’ di Yaman. Menurutnya, seorang wanita berusia 52 tahun telah melahirkan zuriat sungguhpun pasangan suami isteri ini kedua-duanya mandul!
Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk menjadi amalan pasangan suami isteri:
1 liter susu kambing
1 kg kurma jenis liat dan kering
Cara-caranya:
Suami mengambil segenggam kurma
Isteri juga mengambil segenggam kurma
Buang bijinya dan kisar di dalam pengisar bersama 1 liter susu kambing
Bahagi dua bahagian susu kurma kepada suami dan isteri
Minum dan habiskan dalam masa sehari
Selesai hari pertama, pasangan suami isteri boleh amalkan 7 biji kurma sehari dan segelas susu kambing pada hari-hari berikutnya selama setahun.
“Amalkan juga membaca surah Maryam ayat 1 hinigga 12. Biasanya selepas tiga atau empat bulan pasangan akan mendapat khabar gembira, InsyaAllah.”
Surah Maryam ayat 1 hingga 12
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita yang bertubuh kecil, rendah dan genit sangat beruntung kerana menjadi dambaan ramai lelaki. Alasannya kerana korang mudah untuk ‘diurus.’ Buat wanita yang memiliki tubuh kecil molek, korang memang bertuah!
Ramai lelaki di luar sana suka pada wanita yang bertubuh genit atau rendah. Jadi buat anda yang boleh dikatakan kecil dan comel ni, jom lihat sebab utama lelaki suka pada wanita yang lebih rendah.
1. TETAP COMEL
Tak dinafikan wanita rendah ini comel dan kelihatan awet muda. Walaupun umur dah masuk 30an tetap nampak seperti sweet 18.
2. MUDAH PILIH PAKAIAN
Sangat senang untuk dapatkan saiz baju atau seluar dan pakaian lain termasuk kasut sebab saiz mereka sentiasa ada. Silap-silap boleh ‘shopping’ kat area pakaian kanak-kanak (yang ni kena ambil saiz kanak-kanak yang paling besar).
3. KEKAL DENGAN PASANGAN
Kajian mengatakan orang rendah ni akan setia pada cintanya.
4. JIMAT MASA
Suami boleh kongsi cermin untuk bersiap, tak perlu la nak tunggu turn kan?
5. BOLEH PAKAI KASUT TUMIT TINGGI TANPA RASA BERSALAH
Wanita yang tinggi tidak digalakkan pakai ‘high heels’? sebab nanti terlebih tinggi dari suami pula kan. Perempuan rendah tak ada masalah, boleh pakai ‘high heels’ dengan yakinnya.
6. SENANG NAK DIDUKUNG SUAMI
Mereka ni ringan, jadi kalau dia merajuk suami boleh terus dukung saja.
7. SANGAT ‘AWESOME’ UNTUK DIPELUK
Suami senang peluk, paras dagu je betul tak? Senang nak cium dahi. Dan mereka ni pun sentiasa rasa selamat sebab seolah-olah dilindungi bila kedudukannya paras-paras ketiak suami sahaja.
8. SELERA BESAR
Rata-rata wanita kecil Ini tak makan banyak. Selera je besar, jadi pasangan kena ‘standby’ la perabiskan makanan yang ada.
Bila sudah berumah tangga, urusan rumah tangga kena ambil peduli. Kena tahu tolong mana yang patut. Jangan bagi alasan tak pandai sebab benda boleh belajar.