KEROPOK LEKOR KASIH SAYANG
Anak beranak teringin nak makan keropok lekor waktu macam ni, rasanya inilah cara termudah untuk anda realisasikan tekak keluarga anda yang sedang mengidam ini.
Ikuti perkongsian Siti Noor Rohaida Shuib
Asingkan isi ikan sahaja (Ikan kembung @ selayang) & cuci …cara nak mudah utk ambik isi Ikan tu ,Guna pisau yg Tajam tau …
(Ikan dalam 25-30 ekoq )
Blender isi Ikan …ikut suka nak halus @ kasar2…
**media[170633,170635]**
Masuk
Tepung gandum 1cawan
Tepung ubi kayu 2 cawan
Garam 2 sudu teh (klu suka masin tambah lagi )
Minyak masak 2 sudu
Soda bikarbonat 2 sudu teh
Perasa cukup rasa @ hilal @ aji
Gaul smpi jadi mcm ni …kalau terlalu lembek blh ja tambah tepung gandum & ubi
Uli & Bentuk kan ikut suka …lumur sikit dgn tepung gandum supaya senang nk bentuk
Panas kan air ..bila mendidih masukkan
Dah timbul ke atas ,boleh toskan
Tunggu sejuk ,boleh potong dan goreng
Khasiat Keropok Lekor
1. Sumber protein
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas.
2. Sebagai penambah selera makan
Ada sesetengah orang menjadikan keropok lekor sebagai lauk tambahan di dalam menu makanan mereka dan dijadikan lauk sampingan yang boleh menambah selera. Tak percaya? Boleh dicuba…
3. Sebagai alternatif makanan ringan yang berkhasiat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak juga menggemari keropok lekor terutamanya apabila dipotong kecil dan dijadikan seperti makanan ringan atau snack dan disiram dengan sedikit sos cili. Daripada mereka membeli makanan ringan yang mengandungi perwarna dan perisa tambahan, lebih baik membiarkan mereka makan keropok lekor yang terbukti khasiatnya.
Jenis-jenis keropok lekor
Keropok lekor ada bermacam jenis dan perisa bergantung dengan jenis ikan yang digunakan. Terdapat beberapa jenis keropok ikan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan seperti keropok kering, keropok lekor (basah) dan keropok bersira.
Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk.
Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng. Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.
Cara simpan keropok lekor supaya tahan lama
Sebenarnya keropok lekor boleh di simpan lama apabila dibuka dari bungkusannya dan diletakkan di dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan kelembutannya, rebus keropok lekor terlebih dahulu selepas dikeluarkan dari peti ais.
SUMBER FACEBOOK Siti Noor Rohaida Shuib
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI