Hari raya dah nak tiba, kalau kita balik kampung mesti ada perabot lama yang masih boleh diubahsuai dan dijadikan sebagai perhiasan yang lebih elegan. Siapa kata perabot lama tiada nilainya, bila kita melihat kreativiti yang dilakukan oleh Fithry Anaqi dalam mengubahsuai kerusi lama ini membuatkan ramai terpersona dengan gaya moden yang ditnjolkan. Lebih menarik kusyen juga turut diubah dengan stail classy dan sesuai dengan mood perayaan.
**media[175481,175482,175488,175490]**
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keropok Lekor Ikan Kembung Kasih Sayang
KEROPOK LEKOR KASIH SAYANG
Anak beranak teringin nak makan keropok lekor waktu macam ni, rasanya inilah cara termudah untuk anda realisasikan tekak keluarga anda yang sedang mengidam ini.
Ikuti perkongsian Siti Noor Rohaida Shuib
Asingkan isi ikan sahaja (Ikan kembung @ selayang) & cuci …cara nak mudah utk ambik isi Ikan tu ,Guna pisau yg Tajam tau …
(Ikan dalam 25-30 ekoq )
Blender isi Ikan …ikut suka nak halus @ kasar2…
**media[170633,170635]**
Masuk
Tepung gandum 1cawan
Tepung ubi kayu 2 cawan
Garam 2 sudu teh (klu suka masin tambah lagi )
Minyak masak 2 sudu
Soda bikarbonat 2 sudu teh
Perasa cukup rasa @ hilal @ aji
Gaul smpi jadi mcm ni …kalau terlalu lembek blh ja tambah tepung gandum & ubi
Uli & Bentuk kan ikut suka …lumur sikit dgn tepung gandum supaya senang nk bentuk
Panas kan air ..bila mendidih masukkan
Dah timbul ke atas ,boleh toskan
Tunggu sejuk ,boleh potong dan goreng
Khasiat Keropok Lekor
1. Sumber protein
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas.
2. Sebagai penambah selera makan
Ada sesetengah orang menjadikan keropok lekor sebagai lauk tambahan di dalam menu makanan mereka dan dijadikan lauk sampingan yang boleh menambah selera. Tak percaya? Boleh dicuba…
3. Sebagai alternatif makanan ringan yang berkhasiat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak juga menggemari keropok lekor terutamanya apabila dipotong kecil dan dijadikan seperti makanan ringan atau snack dan disiram dengan sedikit sos cili. Daripada mereka membeli makanan ringan yang mengandungi perwarna dan perisa tambahan, lebih baik membiarkan mereka makan keropok lekor yang terbukti khasiatnya.
Jenis-jenis keropok lekor
Keropok lekor ada bermacam jenis dan perisa bergantung dengan jenis ikan yang digunakan. Terdapat beberapa jenis keropok ikan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan seperti keropok kering, keropok lekor (basah) dan keropok bersira.
Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk.
Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng. Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.
Cara simpan keropok lekor supaya tahan lama
Sebenarnya keropok lekor boleh di simpan lama apabila dibuka dari bungkusannya dan diletakkan di dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan kelembutannya, rebus keropok lekor terlebih dahulu selepas dikeluarkan dari peti ais.
SUMBER FACEBOOK Siti Noor Rohaida Shuib
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Air Kelapa Muda Lemon Madu, Hilang Dahaga Bila Minum, Tubuh Rasa Segar
Air kelapa muda antara minuman yang menjadi ‘buruan’ ramai ketika di bulan Ramadan. Banyak khasiat air kelapa muda. Minuman ini bukan sahaja sedap diminum tetapi rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral.
Khasiat lain air kelapa ialah mampu menurunkan tekanan darah, sakit kepala atau pening. Buah lemon pula kaya dengan Vitamin C, sejenis antioksidan yang boleh membantu tubuh badan untuk melawan penyakit. Madu pula menguatkan sistem imun badan.
Jom kita cuba resipi Air Kelapa Muda Lemon Madu seperti yang dikongsikan oleh Mohamad Arymin
RESIPI AIR KELAPA MUDA LEMON MADU
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa muda (tak kisah ada isi ke tak)
3-4 hiris lemon
2 sudu madu asli
Ais batu secukupnya
Boleh tambah ½ sudu kecil garam (kalau suka)
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan madu, lemon, garam ke dalam air kelapa. Kacau biar sebati.
2. Kalau ada isi kelapa yang lembut boleh campur sekali.
3. Masukkan beberapa ketul ais batu. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Mohamad Arymin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedapnya Kentang Putar Versi Keledek Manis, Rasa Lebih Lemak & Berkhasiat Dimakan
Bila membuat kentang putar, kita biasanya menggunakan kentang putih sebagai bahan utama. Kali ini kita ubah pula penggunaan kentang putih dengan keledek manis. Bukan sahaja rasanya lebih enak tetapi lebih sihat dan berkhasiat.
Bahan utamanya keledek manis dan susu kambing. Rasanya tetap sama namun lebis manis dan sedap. Rasa manis semula jadi datangnya daripada keledek.
Keledek termasuk dalam kategori ‘superfood’. Pengambilan keledek bagus untuk otak dan mencantikkan kulit. Keledek oren dan ungu terutamanya tinggi kandungan antioksidan.
Di dalam keledek juga ada banyak vitamin. Ia juga turut membantu penghasilan kolagen. Kulit akan menjadi lebih anjal dan susah berkedut.
Jika anda penggemar kentang putar, bolehlah cuba resipi kentang putar cara sihat ini. Selamat mencuba!
RESIPI KENTANG PUTAR:
BAHAN-BAHAN:
4 biji keledek manis
1/4 cawan campuran kekacang (supernuts) yang dicincang halus
1/2 cawan susu kambing
2 sudu makan mentega susu kambing (atau mentega tanpa garam)
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh garam
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Kukus keledek dalam pengukus selama 10-15 minit (sehingga lembut).
2. Toskan. Masukkan keledek ke dalam mangkuk.
3. Campurkan susu kambing, mentega, serbuk kayu manis, dan garam.
4. Campurkan sekali dengan keledek. Hancurkan guna garpu. Sebatikan.
Sajian ini sesuai dihidangkan untuk dinikmati seisi keluarga. Siapa kata makanan yang sihat tidak sedap? Asalkan kita pandai mengolah bahan-bahannya, pasti enak dinikmati bersama keluarga.
Kredit: Dr Rizal Abu Bakar Kredit foto (top image): Racool_studio Freepik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI