Fesyen

Kesalahan Pemilihan Fabrik Menjadikan Pengantin Berisi ‘Kurang Menyengat’. Ini 5 Fabrik Ideal Buat Anda!

Share

Seringkali wanita yang mempunyai bentuk badan yang agak besar runsing untuk mencari busana yang tepat untuk disarungkan di hari bahagia.

Namun kesalahan pemilihan fabrik boleh menjadikan anda tampak ‘kurang menyengat’ dan pelik. Pilihan fabrik yang tepat amat penting agar keseluruhan gaya anda tampak seimbang.

Jom kita lihat, fabrik apakah yang sesuai dan ideal buat anda yang berbadan comel!

Pilih Material Jenis Sifon

Tahukah anda bahawa material sifon memberikan impak yang cantik apabila disarungkan pada tubuh anda? Ini  Kerana material sifon akan lebih terletak kerana sifatnya yang mengikut tubuh dan berat. Anda boleh memilih material sifon yang agak berat supaya ia lebih indah apabila dipakai untuk majlis raikan cinta.

Elak Dari Memakai Busana Terlalu Ketat

Sesetengah wanita berpendapat bahawasanya pakaian yang mengikut tubuh itu tampak lebih kemas dan cantik. Namun, bagi mereka yang mempunyai badan yang besar, anda dinasihatkan supaya memilih bentuk pakaian yang sedikit longgar dan tidak terlalu ketat. Busana yang terlalu ketat menyukarkan anda untuk bernafas dan akan memperlihatkan dengan lebih jelas tubuh anda yang besar itu.

Elak Memilih Fabrik Elastik

Jangan sesekali memilih busana yang diperbuat daripada fabrik elastik atau getah. Mungkin bagi anda ia tampak mudah kerana sifatnya yang ‘stretchable’, namun sebenarnya ia akan lebih menampakkan lemak pada tubuh anda. Perkara ini adalah sangat tidak bagus dan menjadi mimpi ngeri bagi semua wanita.

Satin Melembutkan Gaya

Material dari satin juga sama sifatnya seperti sifon tetapi satin mempunyai ciri kelembutan yang tersendiri. Satin juga menjadi salah satu fabrik yang boleh digunakan oleh pengantin bertubuh gempal. Ia mempunyai sifat berat dan jatuh yang cantik kerana kainnya yang berat. Namun, anda dinasihatkan agar bijak memilih rekaan apabila memilih satin sebagai pilihan. Potongan yang tidak sesuai akan menjadikan penampilan anda tidak menawan.

Minimumkan Penggunaan ‘Lace’

Penggunaan lace memang sinonim dengan busana ratu sehari. Namun begitu, bagi bakal pengantin yang mempunyai bentuk badan yang besar, lebih baik sekiranya meminumumkan penggunaan lace itu. Penggunaan lace yang berlebihan memberi biasan yang lebih besar buat bentuk badan anda. Anda boleh menggunakan dibahagian tertentu agar penampilan anda tampak seimbang.

 

 

Published by
Fadhli Ismail