Sejak PKP sehingga hari ini ramai yang terkesan dengan pandemik dunia Covid-19. Yang buat bisnes, terpaksa gulung tikar, ada yang dibuang kerja dek kerana syarikat perlu kurangkan kakitangan demi kelangsungan syarikat dan ada yang baru nak mula kerja, terpaksa tunggu begitu lama untuk diterima bekerja.
Perkongsian dari
Maryam Elyas menerusi postingnya di laman Facebook adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Dan sangat bernas untuk dikongsikan bersama.
Tak pernah terbayang nak jadi surirumah. Dah biasa keje sejak memuda dulu. Dah biasa ada duit sendiri. Dah biasa ada duit masuk tiap hujung bulan. Dah biasa hadap bos, assistant bos. Dah biasa buat claim minyak la, tol la. Dah biasa punch card. Dah biasa pergi klinik bayar RM5 je sebab insurans opis tanggung. Dah biasa buat benda yang biasa dibuat.
Masa awal-awal PKP awal tahun hari tu, semua kena kerja dari rumah. Awal-awal tu CikYam sampai demam sebab darah naik dek melayan kerenah anak-anak. Punyalah tak biasa melayan anak-anak 24 jam. CikYam bukanlah teruk sangat tak boleh layan anak tapi CikYam cepat stres kalau layan kerenah budak lama sangat. Cepat marah. Ye, tahap kesabaran CikYam senipis kulit bawang.
Bila dah umur fosiris ni, tetiba jadi surirumah dengan umur anak yang sekolah rendah pun belum, memang sangatlah mencabar. Ada yang kata, ala nanti lelama biasa la tu. Situasi CikYam sangat berbeza sebab ini bukan pilihan CikYam. Lain halnya dengan orang yang memang nak berhenti kerja. Orang yang memang pilih nak berhenti kerja, maknanya dia dah bersedia fizikal dan mental untuk jadi surirumah.
Apapun, CikYam sarankan pada sesiapa je yang mungkin terkesan hilang pekerjaan lepas-lepas ni, try buat 4 benda yang CikYam buat ni. Semoga emosi cepat stabil.
# JANGAN SIMPAN SEORANG DIRI
CikYam gunakan media sosial untuk bagitahu pada semua orang yang CikYam kena buang kerja. Bukan kena buang sebab tindakan tatatertib atau bodoh cam siput. Tapi disebabkan pengurangan kos kerana syarikat nak kecikkan skala.
So mana yang ‘bernasib baik’ tu, terpilihlah untuk dibuang. Jangan simpan sengsorang. Bagitahu je kat FB yang kita dah kena buang kerja. Mungkin ada yang malu nak citer. Tapi CikYam ambik je pendekatan, citer je la. Ko nak simpan lelama pun orang tahu jugak. Lega lepas dah citer tu. Dapat sokongan daripada kawan FB pun satu rahmat yang Allah bagi.
# HANG OUT NGAN BFF
CikYam kuar dengan bff CikYam. Yang rapat, Suzi ngan Anis. Diorang belanja CikYam makan, minum kopi dan dengar apa CikYam nak luahkan. Kadang, kita bukan perlukan solusi tapi lebih pada nak mengadu domba. Nak nangis, nak itu, nak ini. Lebih pada nak bahu untuk nangis. Itu aje. Tapi bff sangat perlu ada di sisi.
# CEPAT BUAT PLAN
Lepas duduk sejam dua dengan Mr Mama, kami buat plan. Macam biasa la, senario rumahtangga CikYam ni lain sikit. Nak kata CikYam ni bossy, idok la. Tapi CikYam memang lebih dominan berbanding Mr Mama. CikYam lebih banyak buat planning dan Mr Mama akan ikut. Tak tau la acaner, tapi memang cenggini. Jangan kata den Queen Control pulak ek. Ada plan 1, plan 2, plan 3. Kalau tak jalan gak, den balik kampung la tanam pokok ubi.
# NANGIS ATAS SEJADAH
Sejak kena buang keje, makin rapat dengan sejadah. Manusia, bila dibagi ujian barulah nak tengok sejadah tu lama sikit, kan? Insof! Mungkin sebab ni Allah turunkan ujian. Ditarik pendapatan bulanan. Padan muka aku!
.
Buat masa ni, CikYam masih cari kekuatan diri dan kekuatan mental untuk hadapi masa depan. Yang dah biasa kerja, dalam lingkungan zon selesa memang akan rasa sakitnya. Tapi Alhamdulillah sebab CikYam dah berjinak-jinak dengan dunia bisnes online sejak dapat anak nombor 2.
So CikYam faham sesikit macam mana nak buat bisnes online, macam mana nak tonjolkan diri sebagai seller. CikYam pun ada join training Personal Branding PBEST. Alhamdulillah, tu semua persediaan untuk berdepan dengan situasi hilang pekerjaan. TQ Allah.
Kredit: Facebook Maryam Elyas