Ketahui 18 Pantang Larang Sebelum Berkahwin!

Share

Orang Melayu terkenal dengan adat dan tatasusilanya yang tersendiri semenjak dari dahulu. Ada yang mungkin sukar untuk dilaksanakan pada masa kini kerana perubahan zaman dan kekangan yang ada.

Tapi sebagai rujukan apa salahnya kita mengetahuinya untuk panduan supaya ikatan perkahwinan yang bakal dibina itu berjaya kerana setiap pantang larang yang dikenakan mempunyai sebabnya tersendiri.

1. Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri anda 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling.

2. Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir.

3. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak tidur lewat.

4. Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.

5. Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau perempuan untuk mengelakkan fitnah.

6. Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.

7. Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk ikuti.

8. Jangan lakukan kerja-kerja yang berat sebelum berlangsungnya majlis anda untuk mengelakkan keletihan.

9. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar.

10. Bilik bakal pengantin tidak boleh dibiarkan kosong sebelum berlangsungnya majlis kerana bimbang jika ada yang berniat buruk, pastikan sentiasa ada orang yang akan tidur di sana untuk langkah berjaga-jaga.

11. Ketika bersanding, kedua-dua mempelai dilarang bercakap kerana akan dianggap kurang manis dipandang oleh tetamu.

12. Dilarang mencukur kening untuk bakal pengantin lelaki kerana dikhuatiri akan menghilangkan seri dan perbuatan ini dilarang dalam agama.

13. Elakkan keluar dari rumah tanpa tujuan kerana dikhuatiri bakal pengantin akan mengalami kemalangan apabila berada di luar.

14. Jaga pertuturan anda agar tidak menimbulkan rasa sakit hati mana-mana pihak dan menguris perasaan mereka dan ini hendaklah sentiasa diamalkan.

15. Jangan membuang air besar dan air kecil serentak kerana ia akan melemahkan organ seks anda.

16. Elakkan tidur di rumah orang lain dibimbangi akan terkena ilmu buatan orang yang mungkin iri hati dan juga untuk mengelakkan fitnah.

17. Bagi mereka yang mempunyai masalah angin di dalam badan, digalakkan untuk meminum air yang dicampur dengan halia untuk membuang angin di dalam badan dan untuk mengekalkan kesihatan.

18. Kurangkan juga makanan laut daripada diet seharian kerana makanan laut mempunyai toksik yang banyak.

 

Published by
Ros Nana