Fesyen

Ketahui Jenis Dan Fungsi Beg Tangan Yang Korang Selalu Bawa

Share

Beg tangan atau handbag merupakan aksesori wajib untuk wanita jika ingin keluar berjalan. Tidak kira dimana, beg tangan pasti menjadi pilihan untuk mengisi barang seperti kunci rumah, barang peribadi, dompet, dan pelbagai.

Tapi sebenarnya jika anda ingin tahu, beg tangan banyak jenis dan fungsinya. Mari kita lihat.

1. Tote bag

Saiznya yang agak besar dan lebar sesuai digunakan untuk anda ke pejabat atau ke kolej. Malah boleh diisi dengan laptop boleh dibawa menggunakan beg tangan Tote.

2. Crossbody

Sesuai untuk kegunaan harian seperti ke majlis kasual atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Ia juga senang kerana anda tidak perlu memegangnya.

3. Hobo bag

Beg ini boleh digunakan sebagai aksesori harian sama ada ke pejabat, majlis kasual atau ketika membeli belah.

4. Clutch

Beg clutch sesuai untuk anda yang ingin kelihatan kasual dan bersahaja. Cuma, tidak boleh memuatkan barang-barang yang besar dan banyak.

5. Bucket bag

Sangat sesuai untuk remaja untuk ke kolej atau bersantai bersama kawan-kawan. Disebabkan saiz beg Bucket yang memanjang dan luas ia juga boleh memuatkan kasut.

Published by
NanyRahman