Sikap cemburu yang ditunjukkan oleh pasangan menandakan dirinya yang terlalu sayang. Namun sikap cemburu itu biarlah bertempat. Jangan pula kerana sikap cemburu anda menimbulkan perasaan kurang senang atau benci pasangan.

Contohnya setiap masa menghubungi pasangan sedang buat apa dan sebagainya. Janganlah bersikap mengawal pasangan, buat dirinya tidak bebas dan tidak percaya.

Cemburu itu juga terbahagi kepada beberapa jenis. Berikut ini ada beberapa jenis cemburu yang boleh anda ketahui

1. Cemburu normal

Cemburu normal adalah perasaan cemburu kerana merasa takut hak miliknya direbut orang lain. Perasaan ini masih dalam kategori normal.  Sikap sebegini bukan hanya dimiliki oleh orang dewasa yang sedang menjalin hubungan, tapi ketika anda masih bayi dan kanak-kanak pun, rasa cemburu seperti ini sudah timbul.

Ads

2. Cemburu kerana mahu melindungi

Rasa cemburu yang begini muncul kerana timbul perasaan ingin melindungi orang yang dicintai. Sikap cemburu seperti ini biasanya ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap anaknya.

3. Cemburu tidak menentu

Ads

Seseorang boleh tiba-tiba cemburu tanpa alasan yang tidak masuk akal. Misalnya seorang suami cemburu terhadap isterinya yang mengidolakan artis tertentu. Si suami cemburu kerana artis tersebut telah mengalih perhatian isterinya, padahal dia tahu bahawa tidak mungkin isterinya jatuh cinta dengan  artis yang diidolakannya.

4. Cemburu kerana persaingan

Ads

Samaada dalam persaingan kerja atau merebut hati seseorang yang dicintai, perasaan cemburu pasti selalu ada. Anda akan merasakan cemburu kerana takut kalah dalam persaingan tersebut.

5. Cemburu buta

Perasaan cemburu ini sangat bahaya . Jika perasaan cemburu buta sudah menguasai  seseorang, dia sanggup  melakukan hal yang nekad, umpamanya dengan menyakiti pasangan.

Sumber: https://www.wowmenariknya.com/2017/07/kenali-jenis-jenis-cemburu-yang-mungkin-belum-kamu-ketahui.html

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI