Banyak yang kita lihat ada wanita yang menuntut fasakh terhadap diri mereka. Apakah itu fasakh, mari kita ketahuinya.
Fasakh bererti membatalkan nikah dengan kuasa kadi disebabkan tidak memenuhi syarat-syarat pada masa akad nikah atau berlaku perkara yang membolehkan isteri atau suami menuntut cerai.
- Hukumnya harus bila bersebab dan antara sebab-sebab yang membolehkan fasakh adalah apabila suami atau isteri:-
-Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
-Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
-Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
-Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
-Telah mati pucuk.
-Telah gila selama tempoh 2 tahun.
-Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
-Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
-Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
-Memaksa isteri hidup secara lucah.
-Melupuskan harta isteri.
-Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
-Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
-Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
-Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.
Tiap-tiap yang berlaku itu ada hikmah yang hanya Allah swt sahaja yang tahu disebaliknya, apatah lagi bila sesuatu itu mendapat izin daripada Allah seperti fasakh.
Antara hikmah fasakh ialah:
i. Mengelakkan kaum wanita teraniaya.
ii. Menunjukkan keadilan Allah terhadap hak perceraian
ii. Memberi peluang untuk isteri memilih jalan hidupnya