Bagi mereka yang masih sendiri tentu ada masanya terasa sedikit iri hati melihat kehidupan mereka yang berkeluarga. Terfikir dibenak masing-masing, alangkah indahnya hidup berpasangan. Ke sana ke mari ada berteman.
Tidak seperti mereka yang masih single, semuanya dilakukan sendiri. Kena pula mereka yang jenis tidak ramai kawan, memang hidup terasa sepi dan sunyi. Ketika inilah terasa betapa bahagianya bila hidup berteman tentunya tidak kesepian lagi.
Ada beberapa perkara yang kadang-kadang orang ‘single’ salah faham tentang perkahwinan. Mereka rasa ‘single’ sudah cukup sunyi padahal ramai juga orang yang berkahwin rasa lebih sunyi.
BAHAGIAKAN DIRI SENDIRI DULU SEBELUM NAK MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN
Nama sahaja ada pasangan depan mata, namun tiada kata-kata manis, tiada pelukan, tiada ‘encouragement’. Kesunyian orang berkahwin bahkan lebih ‘sakit’ berbanding orang ‘single’ sebenarnya.
Mereka rasa ‘single’ tak ada orang sayang, tak ada orang tunjuk kasih, tak ada orang pujuk bila merajuk. Padahal ramai juga orang berkahwin merajuk pun pujuk diri sendiri, menangis pun kesat air mata sendiri, sendiri yang kena sayang diri sendiri. No body care.
Ads
Bukanlah semua orang berkahwin melalui hal ini, tetapi ianya berlaku dalam sesetengah perkahwinan yang di dalamnya tiada insan yang mahu saling membahagiakan.
Kadang berlaku di belakang tabir, jadi orang tak nampak ‘kanser’ yang sedang membarah dalam perhubungan suami isteri itu. Orang cuma nampak bahagia walhal yang samada benar-benar bahagia atau tidak, hanya mereka suami isteri yang rasai sendiri.
Ads
Saya suka pesanan Prof Muhaya, “jangan kahwin kalau kamu tak bahagia. Sebabnya kamu takkan jumpa kebahagiaan dalam perkahwinan kalau itu yang kamu cari. Diri sendiri kena bahagia dulu baru mampu rasa bahagia dan membahagiakan.”
SUAMI ISTERI PERLU SALING MEMBAHAGIAKAN
Perkahwinan adalah medan memberi, beri bahagia baru dapat bahagia. Suami kena bahagia dan membahagiakan. Isteri kena bahagia dan membahagiakan. Barulah rumahtangga tersebut bahagia dan membahagiakan. InsyaAllah.
Ads
Suami beri kasih sayang, perlindungan, didikan kepada isteri. Isteri membalas dengan rasa cinta dan penghormatan kepada suami. Anak-anak melihat ibubapanya saling bergandingan menjayakan perhubungan, barulah mereka juga menikmati rasa bahagia. Daripada ibu bapalah anak-anak belajar semua itu.
Oleh itu wahai orang ‘single’, jangan tergesa-gesa mahu berkahwin walhal belum bertemu calon yang sekufu dan serasi.
Perkahwinan bukanlah magik. Perkahwinan bukanlah syurga selagi tiada kerjasama antara suami isteri yang berazam mahu menjadikan rumahtangga mereka syurga.
Gunakanlah waktu bertunang dan merisik untuk ‘taaruf’, bukannya sibuk dengan berdating dan bermaksiat kerana rumahtangga bukanlah semata hal yang romantik melainkan amanah berat yang perlu digalas bersama-sama.
Wah, ini baru namanya profesional! Siapa sangka, sikap ‘memahami’ seorang suami boleh membawa kepada usaha untuk bekerjasama ketika bekerja. Perkongsian Nor Izza Erma dan Mohamad Ammar dalam statusnya sungguh menarik!
Dalam perkongsiannya di Facebook, Cikgu Izza bercerita tentang bagaimana suaminya yang begitu memahami situasi mengahwini seorang isteri yang pernah berkahwin. Tidak semua lelaki boleh bersikap terbuka apabila berhadapan dengan bekas suami kepada isterinya.
JODOH & BEKAS – bukan soal keserasian dan kesempurnaan , tp soal siapa yg mampu bertahan dan kekal berjuang .
Kami Bukan takat beza umur jarak separuh abad hehe , tp beza dari semua segi .
Nak nmpk pakai baju sama2, mmg jauh lah . Nk nmpk dia pakai vans , converse adidas lg jauh panggang haha , umpama broery marantika vs dewa 19
Tapi , dia pnya tahap ” faham” “ memahami” yg dia kahwin dgn “ bekas org “ siap boleh kerja sekali dgn “ bekas suami” , level dia bkn biashe biashe . Dia pnya tahap layan anak “ bkn anak sdri” mcm nyawa sdri , bkn takat layan ” anak tiri” mcm nyawa sdri , tp layan anak2 fruits dia mcm diri sendiri.
Tutupkan mata cari keserasian, biarlah dia diam aku yg berckp je, biarkan dia yg tukang gelak aku yg hari2 bermaharajalawak, supaya dia rasa janggal bila ketiadaan kita disisi.
# nukilan daripada “ bekas” cikgu kepada “ bekas” pelajarnya.
Kisahnya, Izza dan Ammar adalah guru dan bekas anak murid. Izza yang mengajar secara kontrak diminati Ammar namun tidak disampaikan hasratnya untuk berkenalan sehinggalah Izza sudah bertukar ke sekolah lain.
“Ketika itu saya mengajar kelas tingkatan tiga dan empat dan suami pula merupakan pelajar tingkatan tiga. Pada awalnya saya hanyalah seorang guru yang diminati anak murid (suami). Tak pernah sekalipun Ammar mengaku dia menyukai saya dan saya sendiri langsung tidak tahu yang dia sukakan saya. Sehinggalah pada satu hari saya bertukar ke sekolah lain.
Rupa-rupanya ‘kehilangan’ saya itu membuatkan Ammar mula mencari-cari. Akhirnya pada tahun 2016, suami dapat cari saya di Facebook, itupun sebab nak ucapkan selamat hari guru.”
Tip hormat pasangan lebih muda:
Beza usia kami 11 tahun. Tapi saya jenis banyak bercakap dan happy go lucky. Manakala Ammar pula serius, pendiam dan lebih matang daripada saya. Mungkin saya lebih dari segi pengalaman dan saya juga memberi lebih nasihat dan pendapat. Namun, saya tak boleh ketepikan pendapat Ammar. Saya belajar terima pendapatnya. Saya banyak mengalah keran asaya nak biasakan diri menghormati suami. Saya mengajar Ammar untuk belajar buat keputusan sendiri dan berani bercakap.
2. Saya lebih berterus terang dan suami tak banyak cakap. Tapi saya ajarnya tentang banyak perkara supaya tidak kekok lepas kahwin. Dari situlah kami mula belajar.
3. Saya belajar biasakan diri terima pendapat Ammar dan buat keputusan sendiri. Sebelum kahwin lagi saya praktikkan untuk berbincang tentang sesuatu perkara.
4. Saya mempunyai perniagaan sendiri. Semua keputusan tentang bisnes saya yang uruskan. Sebelum kahwin saya ajak Ammar buat bisnes bersama untuk membiasakan diri ada rakan kongsi.
5. Sebagai wanita/isteri yang lebih berusia dari suami, jangan ada sikap ego, sombong dan pentingkan diri sendiri. Walaupun kita yang lebih tua, kita tetap perlu hormat pada suami. Suami perlu memainkan peranan penting walaupun dia masih muda. Banyak belajar dan rajin belajar benda-benda baru.
6. Isteri juga kena banyak tolong suami. Macam saya, saya sengaja serahkan perkara yang susah kepada suamu walaupun saya mampu uruskan sendiri. Tapi saya mahu dia lebih advance daripada saya. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang saya tak boleh lakukan dan dia lebih berpengetahuan.
7. Sejak awal lagi suami dah pesan pada saya jangan buat semua benda kerana dia tahu saya independent. Malah nak balik ke rumah mak sendiri pun suami tak mahu saya pandu kereta sendiri. Dari situ saya belajar hormatkan suami sebagai pasangan dan membuatkan kami rasa tak ada jarak di antara kami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuih bakar merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu yang menjadi kegemaran ramai. Ada juga yang ‘memanggil’ kuih ini dengan ‘panggilan’ kuih bahulu kemboja.
Sering dihidangkan di majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya, kuih bakar enak dimakan ketika sarapan pagi dan minum petang.
Kuih bakar tradisional dibakar dengan dapur arang menggunakan acuan khas. Seiring dengan gaya hidup masyarakat masa kini, kuih bakar boleh dimasak dengan cepat dan mudah menggunakan air fryer.
Anda yang baru kahwin sesuai sangat masak untuk suami. Tak perlu guna oven dan rasanya pun tetap sedap macam masak guna dapur arang.
RESIPI KUIH BAKAR MENGGUNAKAN AIR FRYER
Bahan-bahan:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan tadi sehingga sebati. Masukkan dalam loyang .
2.Bancuhan ini boleh dapat dua biji kuih bakar. Bahagi bancuhan kepada dua bahagian dan bakar secara berasingan.
3.Masukkan ke dalam air fryer dan bakar dengan suhu 170 celcius selama lebih kurang 45 minit.
4. Tunggu sehingga betul-betul sejuk barulah dipotong. Enak dinikmati ketika masih panas.
Sesekali, nak juga tahu rahsia kebahagiaan penyanyi rock terkenal di Malaysia iaitu Datuk Amy Search dengan isterinya, Norhasniza Hassan (Datin Nourish).
Apatah lagi mereka berdua pun sudah 20 tahun bersama malah mempunyai tiga orang cahaya mata.
Datuk Amy Search Kongsi Tip Rumah Tangga, Sudah 20 Tahun Bahagia Bersama
1. Jangan Cerewet
Kongsi Amy Search, suami isteri tidak boleh mencapai persefahaman yang baik dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa yang lama. Dalam tempoh tersebut, setiap pasangan tak boleh menjadi cerewet antara satu sama lain. Malah tanamkan rasa bersyukur dan sabar dalam diri.
2. Cuba bertenang jika berlakunya perselisihan faham
Setiap pasangan tak terlepas daripada menghadapi perselisihan faham dalam hubungannya. Bagi Amy Search, salah seorang perlu berdiam diri dan cuba untuk bertenang.
Sekiranya kedua-dua pihak tidak berdiam diri dan teruskan untuk bergaduh, ini akan menjadi berpanjangan hingga memberikan kesan buruk pada hubungan.
3. Jangan bandingkan kebahagian sendiri dengan orang lain
Amy Search mendedahkan yang setiap pasangan ada cara bahagianya tersendiri. Jangan sesekali membandingkan kebahagiaan anda dengan pasangan yang lain. Jika perkara ini terjadi, anda akan berasa tidak puas dengan apa yang pasangan lakukan.
Dapat sesuatu daripada perkongsian ini? Moga hubungan rumah tangga kalian juga dalam rahmat Allah dan bahagia hingga ke hujung nyawa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!