Hati terluka akibat ditinggalkan orang yang disayangi sudah lumrah kehidupan. Setiap orang pasti melalui pengalaman itu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Ada yang trauma dan serik untuk melalui zaman percintaan atau menaruh harapan pada cinta kerana berasa diri tidak mampu melalui dugaan sebegitu sekali lagi.
Hati yang terluka berkali-kali mungkin membuat jiwa lara hingga ia mengambil masa berbulan atau bertahun untuk pulih semula. Namun, hati yang terluka mampu membentuk diri menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya, menjadikan diri lebih kuat dari segi rohani.
Siapa saja yang pernah melalui dugaan putus cinta pasti faham betapa perit rasanya. Pengalaman paling ‘mengerikan’ tetapi amat berharga.
Ada yang sanggup bertindak di luar batasan kerana cinta. Pemikiran yang rasional dibuang ke tepi kerana terlalu mengikut kata hati. Tiada yang salah mengenai pepatah ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’. Oleh itu, setiap yang melalui dugaan perlu mengambil iktibar daripada apa saja yang berlaku dan menerimanya sebahagian qada dan qadar dengan hati terbuka.
Dalam mencari ketenangan, dekatkan diri dengan Maha Esa dan percaya Allah merancang yang lebih baik untuk kita kerana sudah tentu sebagai manusia, kita sebenarnya tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kita.
Pada masa sama, kita perlu fokus membentuk pemikiran positif yang mampu membantu diri mengharungi hari mendatang dengan cekal sehingga akhirnya kesakitan lalu dapat dilupakan selamanya dan digantikan dengan kebahagiaan.
Menurut Pengasas Psych Central Dr John Grohol, yang mengkhusus dalam bidang psikologi, kesihatan mental dan sikap manusia, langkah yang diambil dalam menguruskan hati luka lebih penting berbanding perasaan terluka itu sendiri.
Apa yang penting langkah bagi melupakan kepahitan lalu dan memberi tumpuan pada masa depan.
Ads
“Menyalahkan orang lain atau keadaan antara perkara pertama yang sering dilakukan. Kita kata orang yang melakukan kesalahan pada kita, kita mahu mereka meminta maaf dan membuat pengakuan, namun meletakkan kesalahan pada orang lain mampu menambah luka,” katanya.
Memori perasaan terluka itu akan terus bermain dalam pemikiran mereka yang enggan melupakan atau memaafkan, menyebabkan mereka terus terperangkap dengan perasaan sedih dan sukar mencapai kebahagiaan dalam hidup.
Justeru, berikut lima langkah yang boleh diamalkan bagi memudahkan proses pemulihan hati yang terluka akibat kehilangan orang tersayang.
1. Buat keputusan untuk melupakan
Proses pemulihan ini tidak akan berlaku dengan sendiri sebaliknya anda perlu membuat komitmen dan keputusan untuk melupakan peristiwa pahit yang pernah singgah dalam hidup.
Membuat keputusan juga bermakna anda reda dan menerima apa yang sudah berlaku serta membuat keputusan meneruskan hidup.
Ads
2. Luahkan rasa terluka
Luahkan apa saja yang terbuku di hati supaya ia tidak terus memakan diri, tidak kira kepada teman baik, orang yang sudi mendengar ataupun menulisnya.
Berbuat demikian dapat membantu kita merenung kembali perjalanan hubungan, sama ada ia baik ataupun sebaliknya untuk diri kita. Dari situ, ia boleh membantu kita memperbaiki diri, muhasabah dan belajar melalui kesilapan supaya ia tidak diulang dalam hubungan baru pada masa depan.
3. Berhenti menjadi mangsa dan menyalahkan orang
Kita perlu bertanggungjawab atas apa saja yang berlaku dalam hidup dan tidak terus menganggap diri terlalu lemah hingga menjadi mangsa dalam hubungan cinta tidak menjadi.
Jangan membiarkan diri hanyut dalam perasaan sedih sebaliknya menganggap apa yang berlaku ‘sudah tidak ada jodoh’. Tabahkan hati dan mula merancang untuk bahagia, bukan terus-terusan menyalahkan orang lain kerana anda tidak bahagia.
Ads
4. Fokus pada masa kini
Lupakan masa lalu dan berhenti memainkan memori pahit kerana perkara yang berlaku sudah berlalu.
Masa tidak boleh diputar kembali dan perlu diingat, pengalaman tidak kira manis atau pahit menjadikan diri seseorang lebih baik daripada sebelumnya.
Apabila fokus dialihkan pada masa kini dan masa hadapan, ingatan pada perkara yang sudah berlalu akan terhakis sedikit demi sedikit hingga mampu melupakan kesedihan lampau.
5. Belajar memaafkan
Biarpun kita mungkin sukar melupakan sikap buruk orang lain pada diri kita, apabila kita memaafkan mereka, dengan sendirinya ketenangan akan terbit dalam hati kerana kita tidak lagi menyimpan perasaan negatif seperti benci dan marah.
Memaafkan orang lain sebenarnya memberi kebaikan pada diri kita sendiri kerana ia menjadikan kita lebih positif, ceria dan maju dalam hidup.
Memberi kemaafan bukan menunjukkan kelemahan sebaliknya sifat mulia ini menjadikan diri lebih kuat, tabah dan bahagia.
Ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk melihat keadaan yang berlaku daripada perspektif mereka dan cuba memahami tindakan yang dilakukan. Selain memaafkan orang lain, kita juga perlu memaafkan diri sendiri dan menerima apa saja yang berlaku dengan hati terbuka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang kala tak perlu nak kalut kaut semua jenis kuih untuk buat jualan kan? Cukup buat pilihan yang tepat, nah, hasilnya memang menguntungkan. Menurut pemilik resepi Wawa Kitchen Legacy, resipi inilah yang menjana pendapatan dia sekeluarga.
Menurutnya, satu adunan boleh mendapat tiga biji dan setiap biji dijual pada harga RM5.00.
Pewarna hijau (jika perlu) jika pandan dah hijau x payah ye.
Minyak
Acuan kemboja pecah 8 (saiz 1)
**media[172042,172045]**
Cara :
Satukan bahan bertanda * dalam pengisar dan kisar sebati.
Tips:-
1. Untuk kuih bakar tahan lama, santan dimasak dahulu atas dapur api perlahan. Bila mendidih, matikan api. Jangan sampai pecah minyak!!!!
2. Sebelum mulakan membakar, acuan wajib sapu minyak dahulu, kemudian panaskan terlebih dahulu. Keluarkan baru masukkan adunan yang telah dikisar tadi dan isi penuh. Selepas itu, boleh terus taburkan bijan.
3. Jangka masa membakar 40 minit atau sehingga masak. Ikut suka mahu garing ke tidak.
4. Oven mengikut jenis oven masing-masing sebab kakwa guna oven industrial, bakar sekali banyak so time tu kami tak setting pun.
5. Cara packaging boleh ikut contoh nak guna box macam kakwa ke ikut keselesaan masing-masing . Semoga kamu boleh berniaga dengan baik. Kakwa halal dunia akhirat ye.
Setiap orang menginginkan hubungan cinta mereka kekal sampai ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat mereka, bukan senang nak pelihara tapi sebaiknya kita mencuba untuk menjaganya, jadi disini nak kongsi dengan korang 10 tip memelihara cinta sejati
1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ‘saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.
5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.
8. Mr. / Ms. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merasakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih
p/s : namun apa yang dikongsikan disini hanyalah sekadar tips namun jika hubungan tersebut juga tidak dapat diselamatkan dengan tips2x ini, maka terimalah ia atas takdir kita mampu merancang yang menentukan semua ini ialah Allah s.w.t kan..
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila mengandung selama 9 bulan, isteri ke hulur ke hilir bawa perut, bawa anak dalam kandungan tak pernah merungut sebab mengandung walaupun bila berjalan dah nampak macam pinguin. Saiz badan berubah dari slim kepada kembang semangkuk. Subhanallah..kuatnya isteri kamu berjaya menjalankan tanggungjawab. Waktu nak bersalin, bayangkan rasa sakit tu macam mana. Wahai suami, isteri bertarung nyawa di dewan bersalin kerana kamu..kerana kamu suami..kerana zuriat kamu. Bayangkan kalau Allah ambil nyawa isteri kamu ketika bersalin, mampukah kamu menjalankan tanggungjawab dan kerja harian isteri? Beribu-ribu urat isteri putus ketika bersalin, itu belum lagi rasa sakit kena jahit, sakit urat dan lain-lain sakit selepas bersalin. jadi sebagai suami anda perlu tahu lima benda ini selepas isteri bersalin.
5 benda suami nak kena tahu tentang isteri yang lepas bersalin ( post partum )
#1 – Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.
#2 – Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.
#3 – Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.
#4 – Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).
Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :
– Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa
– Batuk darah
– suhu badan naik
– sesak nafas
Bahaya ke pulmonary embolism ni?
– Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!
#5 – Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.
Masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri dah tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka kesan koyakan Episiotomy je tapi luka emosi tu sendiri yang lebih dasyat sebab tu la si isteri sangat perlukan tidur, makan dan minum yang cukup dan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri.
p/s : Tolong sebarkan pada suami isteri yang belum tahu tentang benda ni ye