Jangan lupa sentiasa ucap TERIMA KASIH kepada suami. Sediakan makan minum,pakaian yang terbaik buat suami. Cuba fahami keadaan emosi suami,cuba fahami apa yang suami suka dan tidak suka. Penat dia,stres dia ditempat kerja,stres dia dengan hutang,stres dia dengan pelbagai bil-bil di rumah. Ketika ini pentingnya sokongan,dorongan dan kata-kata semangat dari seorang isteri.
Pegang tangan suami. Cium tangan dia. Abang terima kasih penat cari rezeki untuk kami,terima kasih siang malam buat yang terbaik untuk kami. Terima kasih didik kami dengan agama. Maafkan sayang jika ada salah silap atau bebankan abang. Sayang sentiasa doakan kebaikan untuk abang. Sayang sayang abang kerana Allah dan Rasul.
Saat berjauhan mesej suami,hantar gambar anak-anak diwhatsapp dan sentiasa doakan suami agar dijauhkan dari segala fitnah.
Ads
Subhanallah kadang-kadang kata-kata dan doa ini buatkan seorang suami rasa sangat diharga,dicintai.
Ads
Fahamilah tanggungjawab suami bukan sahaja untuk memastikan Isteri dan anak-anak bahagia,kenyang dari lapar,sihat dari sakit dan bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak rasa selamat,tenang,dihargai,dicintai,disayangi selalu.
Bahkan tanggungjawab seorang suami untuk memastikan agar isteri dan anak-anak terselamat dari Azab Allah s.w.t,terselamat dari azab kubur,lepas titian sirat,terselamat dari huru hara padang mahsyar dan Memastikan isteri dan anak-anak bersama masuk syurga Allah s.w.t.
Ads
ISTERI.
Sabarlah dengan emosi suami selagi tidak mencederakan anda. Sabar dan redha jika dimarahi suami. Jangan melawan ketika suami memberi nasihat,marah. Jangan tinggikan suara ketika memanggil suami. Jangan sesekali aibkan suami difacebook mahupun dipejabat hatta kepada ibu bapa kita sekali pun. Sebaliknya Jadilah pendengar,penasihat yang setia buat suami.
Ketahuilah REDHA seorang suami Syurga buat isteri.
Siapa di sini suka mencari pasangan yang jauh dari negeri yang mereka duduk? Ramai pasangan yang memikirkan untuk mendapatkan pasangan daripada luar kawasan mereka. Tetapi, ada juga pasangan yang tidak mahu memilih pasangan yang berada jauh kerana sukar untuk berjauhan dengannya.
Namun tahukah anda yang anda boleh dapat banyak kelebihan apabila bertemu jodoh dengan orang jauh. Mari kita lihat antara 5 kelebihan yang anda boleh dapat apabila bertemu jodoh yang jauh.
1. Majlis akan meriah
Apabila anda berkahwin dengan orang yang jauh, anda akan menerima kunjungan yang meriah dengan beberapa buah kereta yang akan mengiringi membuatkan majlis anda nampak begitu hebat sekali. Tidak hanya itu, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi saudara-mara anda yang datang.
2. Belajar untuk hidup berdikari
Bagi anda yang baru sahaja berkahwin, anda perlulah bersedia untuk mengharungi alam perkahwinan. Sesetengah anak muda, mereka ingin hidup berdikari. Mereka bukanlah tidak sayangkan keluarga mereka. Mereka hanya inginkan satu ruang dan peluang bagi menguruskan keluarga sendiri. Bagi anak muda yang ingin merasai kehidupan sebegini, mendapat pasangan jauh mungkin adalah cadangan yang baik untuk anda.
3. Dapat berkenalan dengan keluarga baru dan saudara mara yang jauh
Kebiasaan pasangan jauh tidak akan bertemu jodoh saudara rapat mereka sendiri. Dengan itu, anda berpeluang untuk bertemu serta berkenalan dengan keluarga baru serta saudara mara baru. Anda boleh meluaskan kenalan anda pada keluarga pasangan anda. Bukankah Allah jadikan kita berberbeza bangsa dan suku supaya kita dapat berkenalan. Ini adalah cara yang terbaik untuk anda mengenali antara satu sama lain walaupun jauh.
4. Mendapat genetik yang baik
Di dalam Islam, perkahwinan antara sepupu atau sedara dekat adalah tidak terlalu di galakkan. Ini kerana, secara saintifik ia terdapat beberapa jenis penyakit yang berisiko sekiranya kedua dua pasangan adalah pembawa atau dari keturunan yang sama. Namun, perkahwinan jauh mampu mengurangkan risiko penyakit jenis kepada anak.
5. Ada kampung halaman
Jika anda berkahwin dengan orang jauh, anda akan mempunyai kampung halaman anda sendiri. Bermakna ia luar daripada kawasan anda. Bagi anda yang tinggal bersama keluarga di bandar, ini adalah salah satu peluang di mana anda dapat merasa suasana di kampung. Pasti anda akan menyukainya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas haid, sebaiknya wanita amalkan minuman yang dihasilkan dari air rebusan bahan-bahan alami. Tak perlu pun nak minum setiap hari, mencukupi jika diamalkan sebulan dua kali.
Sebabnya semasa haid, kita akan kehilangan darah. Masa inilah juga keluarnya mukus mahupun sel-sel yang dah mati. Sebab itulah walaupun masih anak dara, kita kena pelihara rahim agar ia sentiasa sihat dan kitaran period berjalan ikut aturannya.
Perkongsian daripada Cik Puan Amyra Nabila Hasnol tentang air rebusan selepas haid ini bagus untuk diamalkan. Ia petua yang diwariskan oleh umi dan opahnya.
Khasiat Air Rebusan Selepas Haid Ini
Membersihkan rahim selepas haid.
mengeluarkan angin dalam badan.
Memecahkan lemak-lemak diperut.
Mengurangkan masalah bau badan.
Menaikkan seri muka umpama Bidadari syurga.
bagus Untuk Hindari Senggugut
Amalan berterusan juga boleh membuatkan senggugut yang anda alami makin berkurangan malah menjauh pergi.
Bahan-bahan:
Halia ( Besar ibu jari )
Kunyit ( Besar ibu jari )
Serai ( 4-5batang )
Daun pandan ( 3 helai )
Madu / Gula batu (Ikut suka)
Air 3 cawan
Caranya:
Serai tumbuk kasi pecah sikit.
Kunyit dengan halia tu hiris jangan terlalu nipis. Sederhana je cukup.
Campurkan ke semua bahan-bahan tadi tu.
Rebus sampai mendidih.
Nak Rawat Keputihan-Tambah sireh – 2 helai
Nak Merapatkan Miss V-Tambah manjakani – 1 biji
Bila Patut Minum?
Sebaiknya selepas bersih daripada haid.
Boleh minum suam-suam. Boleh juga minum sebaik sejuk.
“Tapi tapi kalau Myra la, Myra minum suam2 tu terasa lega je bila masuk dalam badan kita tau
SUMBER : Amyra Nabila Hasnol
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuka epal boleh berfungsi sebagai pelembut rambut anda. Menurut seorang arkitek bernama Cheryl Cheko, beliau sering dipuji oleh pekerja salun kerana rambutnya yang cantik. Beliau menyatakan bahawa beliau menggunakan soda bikarbonat sebagai shampu, dan menggunakan cuka epal ketika membilas rambut.
Selain mencantikkan rambut, cuka epal juga boleh membantu menghilangkan gatal kulit kepala. Ini kerana, cuka epal bersifat asid, dan kebanyakan masalah rambut disebabkan rambut anda terlalu beralkali. Oleh itu, cuka epal membantu meneutralkan rambut dan kulit kepala anda.
Namun begitu, pastikan cuka epal tersebut DILARUTKAN dengan air terlebih dahulu sebelum digunakan pada rambut. Sekiranya tidak dilarutkan, bimbang ia bukan mencantikkan rambut anda, tetapi menyebabkan rambut menjadi lebih rosak.
2) Khasiat Cuka Epal Untuk Kurus Badan (Membantu Menurunkan Berat)
Cuka epal sering dijadikan petua untuk menurunkan berat badan. Namun begitu, perkara ini masih belum dibuktikan secara klinikal.
Menurut Dr. Elizabeth Trattner, Pakar Perubatan Integratif dan Ahli Akupuntur, beliau sering meneliti meta-analisis klinikal di PubMed untuk melihat cadangan makanan tambahan yang sering diberikan kepada pesakit. Cuka epal antara makanan tambahan yang dikatakan baik untuk kesihatan.
Namun hanya sedikit sahaja data klinikal yang membuktikan manfaat tersebut. Walaupun terdapat dapatan yang menyatakan cuka epal membantu mengurangkan lemak, tetapi ia tidak kuat untuk mengesahkan dakwaan itu.
Dalam kajian 2013 yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, penyelidik mendapati bahawa cuka epal dapat menyekat selera makan. Jadi, perkara ini dapat membantu anda mengawal nafsu makan sewaktu dalam proses menurunkan berat badan. Namun ia juga boleh menyebabkan anda terasa mual. Jadi, sebelum anda memulakan apa-apa diet turunkan berat badan, pastikan anda rujuk kepada ahli dietetik atau doktor untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
3) Menurunkan Paras Kolesterol Dalam Darah
Dalam kajian 2012 yang diterbitkan dalam Life Science Journal, didapati cuka epal dapat membantu menurunkan paras kolesterol dan trigliserida bagi pesakit yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. Namun begitu, jumlah kajian ini terlalu kecil. Jadi, dakwaan dapatan ini masih belum kuat untuk membuktikan bahawa cuka epal dapat mengurangkan kolesterol dalam darah. Masih banyak penyelidikan perlu dijalankan untuk membuktikan hal ini.
4) Kebaikan Cuka Epal Untuk Muka (Menghilangkan Jerawat)
Walaupun ramai membantah penggunaan cuka epal untuk mengecutkan jerawat, kerana bimbang kulit muka menjadi semakin rosak. Tetapi, Dr. Marie Jhin, seorang ahli dermatologi menyatakan, sekiranya cuka epal tersebut dilarutkan sehingga benar-benar cair, ia boleh berfungsi seperti toner kepada wajah. Ia juga boleh mengeringkan jerawat dan menghilangkan bintik hitam pada muka.
Sekiranya anda ingin mencuba kaedah ini, anda dinasihatkan mencairkan larutan cuka epal terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Selain itu, cuba sapukan pada pergelangan tangan untuk memastikan sama ada kulit anda sesuai atau tidak, menggunakan larutan cuka epal tersebut. Sekiranya kulit di pergelangan tangan anda tidak mengalami rengsa, maka ia selamat digunakan pada kulit muka anda.
5) Menurunkan Kandungan Gula Dalam Darah
Satu kajian pada 2005 yang diterbitkan dalam Journal of the Academy of Nutrition and Dietetics mendapati apabila cuka epal ditambah dalam makanan yang tinggi glisemik (yang tinggi karbohidrat) ia dapat mencegah bacaan gula naik mendedak selepas makan.
Selain itu, kajian lain pada 2004 yang dijalankan oleh beberapa penyelidik Arizona State University turut mendapati bahawa cuka epal yang dilarutkan sebelum makan makanan yang berkanji boleh mencegah perubahan bacaan gula yang drastik dalam darah selepas makan.
Terdapat juga kajian yang dijalankan oleh University of Tokyo mendapati bahawa asid asetik yang terkandung dalam cuka epal mampu merencatkan aktiviti-aktiviti enzim pencernaan karbohidrat. Kesannya, tidak banyak karbohidrat dapat diserap oleh usus. Perkara ini dapat menghindarkan peningkatan gula dalam darah selepas makan.
Namun diingatkan, sekiranya anda ingin menjadikan cuka epal sebagai rawatan alternatif dalam diet diabetes anda, pastikan cuka epal tersebut dilarutkan dengan air terlebih dahulu untuk mencairkannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!