Perkahwinan campur antara pasangan pengantin yang berbeza bangsa dan agama bukanlah sesuatu yang asing di negara kita, malahan di seluruh dunia.
Di Malaysia misalnya, perkahwinan campur antara bangsa Melayu dan Cina, India dan Serani, Iban dan Kadazan, serta pelbagai lagi bangsa lain merupakan contoh penyatuan dua bangsa.
Di negara luar pula, perkahwinan ini bukan sahaja meliputi bangsa yang berlainan, dari negara seperti Singapura, Indonesia dan benua yang berbeza seperti negara Asia dan Barat. Sebenarnya meriah tema perkahwinan campur ini kerana kita dapat merasai sendiri adat perkahwinan mereka. Dari segi makanan, pakaian, dan banyak lagi!
Kebiasaannya untuk upacara pernikahan, busana tradisional menjadi pilihan kebanyakan pasangan. Anda boleh memilih sama anda untuk mengenakan busana mengikut budaya pasangan anda atau mengikut budaya masing-masing. Jika anda ingin ingin meneruskan tema tradisional untuk majlis resepsi anda, sediakan dua pasang persalinan berlainan bagi mengikut bangsa anda dan pasangan.
Sebelum merancang tema kahwin campur ini, pastikan anda telah mengkaji terlebih dahulu tentang budaya pasangan anda. Ini bagi memastikan anda tidak terlepas pandang mengenai aspek penting seperti warna, corak, bunga dan aksesori ‘wajib’ mereka. Ia juga penting bagi memastikan anda tidak melanggar ‘pantang’ boleh menyebabkan ketidakselesaan di kalangan tetamu. Sebagai contoh, perkahwinan Cina dan India boleh digambarkan dengan dekorasi majlis yang menggunakan bunga teratai dan Marigold yang mewakili kedua-duanya.
Tidak sukar untuk merancang menu untuk majlis sebegini. Anda hanya perlu memastikan terdapat gabungan yang seimbang khususnya untuk menu utama dan pencuci mulut. Manisan dan triffle boleh dihidangkan sebagai hidangan pencuci mulut bagi perkahwinan India dan English.
Kebiasaannya, hantaran merupakan adat bangsa Melayu sejak dahulu lagi. Perkahwinan campur tidak menghalang anda dari menjadi kreatif dalam merencanakan hantaran yang sesuai untuk pasangan anda. Hantaran baju Melayu dan Ceongsam boleh dijadikan pilihan untuk pasangan Melayu dan Cina.
Tidak sukar sebenarnya merancang majlis perkahwinan campur sekiranya anda mempunyai perancangan yang sempurna.
Jika anda inginkan konsep penuh tradisi, pastikan anda merujuk kepada mereka yang benar-benar pakar agar majlis yang diinginkan dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya.
Sumber : Sweetpictures