Hubungan

Kewangan, Anak, Mentua, Ipar dan Curang Itu Semua Ujian Perkahwinan

Share

Tak semua mampu bertahan dengan ujian perkahwinan, nak-nak apabila hubungan suami isteri masih setahun jagung. Belum melepasi fasa-fasa tertentu, jadi banyak kesabaran yang diperlukan untuk tempuh dugaan.

Namun, sebaiknya cubalah bertahan walau rasa agak berat dan sedikit kecewa dengan ujian yang datang menyinggah.

Jenis-Jenis Ujian Dalam Rumah Tangga

1. Ujian Mentua

Tak semua orang memiliki mertua yang baik. Ada yang terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya. Hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya untuk ujian ini, hanya ada 2 keadaan.

Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kepada suami, suami juga nampak dan faham dengan situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya untuk tidak berbuat sedemikian pada isterinya. Jika orang tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dengan mertua untuk sementara waktu.

Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan orang tuanya, suami tak nak mendengar dan minta isteri jangan buat macam tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar. Isteri dipersalahkan suami, suami tak nak faham dan memilih untuk menyebelahi orang tuanya 100%.

Untuk keadaan ini, hanya kesabaran si isteri yang menentukan berapa lama hubungan itu akan bertahan.

2. Ujian Ipar

Tak semua orang juga memiliki ipar yang baik. Ada pasangan yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumah tangga mereka. Apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang. Ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya. Ipar mengawal rumah tangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil dengki.

3. Ujian Kewangan

Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumah tangga. Dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang.

Tetapi kini berdua, apa yang suami makan, isteri makan. Apa yang suami pakai, isteri pakai segala galanya kena berkongsi. Waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua duanya ada pendapatan. Maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga sangat penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus.

4. Ujian Anak

Expectation yang ada dalam setiap pasangan iaitu bila berkahwin, kita akan dapat zuriat. Anak ini rezeki dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yang kita impikan itu dengan segera. Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar. Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bila mana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak itu di sisi mereka.

Ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya daripada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut. Pertanyaan ini yang akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban.

5. Ujian Kecurangan

Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dgnnya? Adakah kita betul betul tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannnya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bila mana kita dah sebantal dan sekatil dengannya.

Dia mungkin ada mengenali orang lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mungkin rapat denga rakan sepejabatnya atau dia mungkin ada bekas kekasih. Dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang orang ini sangatlah tinggi. Gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya tidak berlarutan dan berterusan.

Akhir Kalam, ada pasangan yang mampu menempuhi kesemua ujian ujian yang dinyatakan. Ada yang tak. Bagi mereka yang berjaya, mugkin sekarang mereka dah berbahagia. Bagi yang tidak, mungkin sekarang mereka dah berpisah. Hanya 2 pilihan itu sahaja yang ada untuk sesebuah rumah tangga bila diuji Allah s.w.t.

Banyakkan Berdoa. Dan dekatkan diri dengan Allah SWT. Semoga rumah tangga kita diberkati Allah SWT dan berbahagia hingga akhir hayat.

Kunci kebahagiaan adalah sabar, ikhlas dan sentiasa bertolak ansur dalam apa jua perkara. Buangkan rasa ego dan jangan membanding bandingkan pasangan kita dengan orang lain.

Terimalah buruk baik pasangan kita itu seadanya kerana perkahwinan itu sebenarnya menyatukan dua insan yang serba kekurangan dan tak sempurna.

Semoga Kita Semua Di Rahmati Allah Taala.

Published by
Nadia