Halba lebih popular dalam masakan negara Timur Tengah dan juga negara seperti India, Pakistan dan Sri Lanka. Mungkin ramai tak perasan, sebenarnya halba selalu berada sekali dalam tempat rempah di rak-rak pasaraya. Ia memang amat mudah didapati di Malaysia.
Ia boleh diminum sebagai teh atau direndam semalaman. Baru-baru ini ramai yang viralkan kebaikan air halba. Kalau nak tahu, ada banyak kebaikan halba kepada tubuh.
1. TINGKATKAN JUMLAH SUSU IBU
Teh halba boleh menjadi alternatif semulajadi yang terbaik sebagai pengganti suplemen untuk meningkatkan produksi susu ibu. Menurut HealthLine.com, beberapa kajian saintifik telah membuktikannya secara spesifik.
Dalam salah satu kajian tersebut, hasil susu perahan didapati bertambah daripada 1.15 oz kepada 2.47 oz apabila meminum teh halba ini.
Dari segi nutrisinya, biji halba ini mempunyai kandungan serat dan mineral yang baik seperti zat besi dan magnesium. Oleh sebab itu, air halba dipercayai memiliki khasiat untuk meningkatkan imuniti atau sistem pertahanan tubuh. Jadi, ia elok diamalkan oleh mereka yang sering diserang demam, batuk dan selesema.
Halba didapati dapat memperlahankan penyerapan gula dalam perut dan menstimulasikan penghasilan insulin.
Ini tentunya berita baik buat penderta diabetes, bukan? Tak salah mencubanya dalam kuantiti kecil setiap hari sebagai ikhtiar mengurangkan bacaan gula dalam darah.
Bagi wanita yang sering mengalami senggugut setiap kali datang bulan, pengambilan air teh halba amat digalakkan dan boleh mengurangkan penggunaan ubat-ubatan.
Pakar mengesyorkan, ia boleh diambil sekitar 1800mg-2700mg dalam 3 kali sehari dalam 3 hari pertama, diikuti dengan 900mg dalam 3 hari berikutnya.
Menurut Food NDTV, meminum air halba dengan perut kosong setiap pagi adalah cara yang baik untuk meningkatkan metabolisme. Ini kerana ia akan menghasilkan haba dalam badan dan sekaligus membantu mengurangkan berat badan.
Terdapat juga kajian yang mengaitkan pengambilannya dengan selera yang lebih terkawal.
Bagi lelaki pula, minuman halba ini boleh memberi manfaat dalam meningkatkan penghasilan testosteron. Menurut penelitian awal, pengambilan air halba ini didapati dapat meningkatkan kekuatan serta fungsi seksual.
Rendamkan 1 sudu teh air halba dalam air suam dan biarkan selama beberapa jam atau semalaman. Boleh juga rebuskan untuk dijadikan teh. Selain itu, boleh juga tumbukkan dan rendamkan biji halba tersebut dalam air panas untuk beberapa minit sebelum diminum.
Cukup dengan mengambilnya sebanyak 1 kali sehari. Sekiranya tiada kesan sampingan, bolehlah anda meneruskan pengambilannya pada hari-hari berikutnya.