Doa mendapat jodoh yang baik – Saya ada seorang kawan yang risau dengan umur yang meningkat tetapi masih belum mendapat kawan lelaki atau bakal suami. Ahli keluarganya sudah bising mahu mencarikan teman saya tadi calon suami yang boleh menjaga makan minumnya apabila usia merangkak senja satu masa nanti.
Saya teringatkan seorang ustazah semasa hadir kelas usrah ketika tingkatan enam lama dahulu. Ketika itu ustazah sibuk suruh kita orang hafal doa dapat jodoh yang baik-baik, kerana kata ustazah kalau result stpm tak baik, kahwin aje…huhu
Doa Mendapat Jodoh Yang Baik
Doa Mendapat Jodoh Yang Baik Dalam Rumi
Allahhumma innii uriidu an atazawwaja,
faqaddirlii minannisaa-i, a’affahunna farjan,
wa ah-fazhahunna lii fii nafsihaa wa fii maalii,
wa ausa’ahunna rizqan,
wa a’azhamahunna barakatan,
wa qaddirlii waladan thayyiban,
taj’aluhu khalafan shaalihan fii hayaatii wa ba’da mamaatii
Ads
“Ya Allah, Sungguh aku ingin menikah. Takdirkanlah untukku perempuan/lelaki yang paling baik dalam menjaga kesuciannya, paling baik dalam menjaga dirinya terhadapku dan terhadap hartaku, paling luas rezekinya, dan paling besar keberkatannya. Dan takdirkanlah untukku seorang anak (beberapa anak) yang baik hingga Engkau jadikan dia keturunan yang soleh semasa hidupku dan setelah kematianku.”
Cara-cara berdoa untuk mendapat jodoh yang baik
1. Memperbaiki diri
Jika kita ingin mendapatkan jodoh yang soleh, maka kita harus menjadi orang yang solehah. Itulah maksud Allah dalam firman-Nya,
Ads
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (QS. An-Nur: 26).
Ads
2. Tidak putus asa dalam berdoa
Jangan pernah berputus asa untuk berdoa. Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqon ayat 74 : “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
3. Memperbanyakkan ibadah sunnah seperti melakukan solat sunat tahajjud, solat taubat, dan memperluaskan pergaulan dengan orang yang baik-baik akhlaknya dan agamanya.
Dan sebenarnya doa mendapat jodoh yang baik bukan sahaja boleh diamalkan oleh mereka yang belum berkahwin, sebaliknya bagi yang sudah berkahwin pun boleh membaca doa tersebut dengan harapan pasangan kita diberikan taufik dan hidayah serta berubah menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan yang menjalinkan hubungan cinta pasti ingin mengakhiri kisah tersebut dengan pertalian yang sah. Janji setia untuk hidup bersama menjadi paksi dalam perhubungan yang dibina. Namun, adakah anda sedar jika hubungan tersebut tidak dijaga dengan baik, ia boleh berentakan dan terputus di tengah jalan.
Setiap pasangan harus menjaga hubungan yang dibina untuk memastikan ia mekar mewangi buat selamanya. Jauhi perkara yang boleh merosakkan hubungan sekali gus membuatkan ikatan yang diimpikan berentakan begitu saja.
Jom kita lihat 7 sebab dan kesilapan yang boleh membuatkan jalinan cinta retak seribu.
1. MENIPU PASANGAN
Kata-kata manis ibarat madu namun bertukar menjadi pahit, berselindung di sebalik penipuan yang menjadi racun dalam perhubungan. Perhubungan yang jujur dan ikhlas tidak sepatutnya dicemari dengan penipuan. Jika tiada lagi perasaan sayang atau sudah mempunyai teman lain maka penyelesaian yang terbaik ialah berterus-terang. Jangan bertangguh kerana ini akan mendorong kepada penipuan yang berterusan.
2. CEMBURU BUTA
Apabila terbit perasaan sayang maka perasaan cemburu juga timbul apatah lagi bila melihat lelaki yang anda puja bersama dengan wanita lain. Selidik dulu siapakah wanita itu? Cemburu yang membabi buta boleh merosakkan perhubungan. Cemburu itu sememangnya tidak salah tapi biarlah kena pada tempat dan keadaannya. Jalan terbaik untuk mengatasinya ialah dengan bersikap terbuka dan jujur dalam perhubungan agar tidak timbul sebarang syak wasangka.
3. CUBA MENGUBAH
Si Dia Apabila anda diterima sebagai kekasih atau suri hidupnya, itu tidak bermakna yang anda juga boleh mengubah si dia. Tindakan anda yang cuba mengubah si dia dianggap menjengkelkan dan manipulatif. Malah ia juga mendorong kepada kekecewaan. Justeru, elak daripada menjadi queen control kerana ia boleh merosakkan perhubungan sebaliknya hargailah nilai kebebasan. Terimalah dia sebagaimana dia menerima anda seadanya.
4.MELETAKKAN SEMUA KESALAHAN PADA SI DIA
Pernahkah anda berada di dalam situasi yang mana semua kesalahan dicampakkan kepada anda? Bagaimana sakitnya hati diperlekehkan begitu jugalah perasaan yang dialami si dia apabila diletakkan semua kesalahan di bahunya. Anda langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Tekanan yang anda berikan pada si dia mengundang keburukan yang akhirnya membawa kepada keretakan dalam perhubungan.
5. LUPAKAN BEKAS KEKASIH
Selagi anda tidak dapat melupakan bekas kekasih selagi itulah anda tidak boleh memulakan perhubungan baru. Banyak masalah akan timbul sekiranya anda terjebak dalam perhubungan baru. Ingatan anda yang masih kuat pada bekas kekasih menyebabkan anda membandingkan si dia dengan bekas kekasih. Tindakan ini boleh membuat si dia terluka dan menjejaskan perhubungan yang baru dibina.
6. KOMUNIKASI YANG LEMAH
Kelemahan berkomunikasi merupakan isu yang kerap berlaku dalam kehancuran perhubungan. Fenomena ini terjadi disebabkan minat dan kepentingan berbeza. Hindarkan kewujudan sempadan ataupun rintangan dalam perhubungan. Komunikasi mengeratkan perhubungan antara anda dan si dia. Berkongsilah pengalaman, idea dan apa jua penceritaan yang boleh menarik minat kedua-dua
belah pihak.
7. TERLALU AWAL MENCURAHKAN CINTA
Perhubungan baru memerlukan masa untuk bercambah dengan mekar. Namun salah satu kesilapan anda ialah terlalu awal mencurahkan perasaan cinta pada si dia. Cinta adalah satu komitmen. Justeru sebelum kedua-dua hati mengikat komitmen dengan cinta, adalah lebih baik mengenali hati budi masing-masing sebelum membuat keputusan untuk bersama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada dua ayat di dalam Al-Quran yang jika dibaca setiap malam maka orang yang membacanya akan diberikan kecukupan. Dua ayat saja? Iya, hanya dua ayat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah Al Baqarah pada malam hari, nescaya ia mencukupi.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam Nuzhatul Muttaqin syarh Riyadhush Shalihin, Syaikh DR Mustofa Saidal Khin, Syaikh DR Mustofa Al Bugho, Syaikh Muhyidin Mistu, Syaikh AliAsy Syirbaji dan Syaikh Muhammad Amin Luthfi menerangkan bahawa salah satu makna mencukupi dalam hadis ini adalah mencukupi keperluan dunia dan akhiratnya serta dapat dielakkan daripada semua keburukan.
Hadis ini pula yang dinyatakan oleh Ibnu Katsir ketika menjelaskan keutamaan dua ayat terakhir surah Al Baqarah ini dalam tafsirnya. Dua ayat terakhir dalam surah Al Baqarah tersebut tidak lain adalah firman-Nya:
Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an) dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa): “Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.” (albaqarah: 285)
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. “(QS. Al Baqarah: 286)
Wallahu a’lam.
Sumber : Majalah perdana
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang kata, lepas kahwin susah nak lepak dengan kawan macam zaman waktu bujang. Kena dapat lesen besar dulu, baru lepas.
Eh, silap tu! Ada syaratnya nak buat aktiviti macam biasa walau sudah berkahwin, jemput baca perkongsian saudara Angkol ini.
Nak Lepak Dengan Kawan
Sebenarnya tidak perlu pun selalu jaga hati bini, yang sepatutnya kita jaga ialah diri kita sendiri.
Ada yang tidak puas hati bila lepas kahwin tidak boleh layan hobi sendiri.
Tidak boleh keluar lepak dengan kawan-kawan.
Tidak boleh main bola dengan kawan-kawan.
Tidak boleh ride motor dengan kawan-kawan.
Tidak boleh turun mancing dengan kawan-kawan.
Tidak boleh bersukan sama kawan-kawan.
Sebenarnya ada saja laki yang masih teruskan hobi lepas berkeluarga.
Tetapi sebelum keluar rumah dia uruskan dulu apa yang lebih penting di rumah. Dia keluar bila sudah pastikan semua keperluan keluarga di rumah cukup. Dia keluar dengan kawan-kawan bila sudah laksanakan tanggung jawab di rumah.
Bila sudah buat semua ni, bini pun tidak makan hati dan marah lagi. Sebab semua benda di rumah sudah selesai kita buat.
Selesaikan Mana Patut Dulu, Baru ON
Kita tidak boleh utamakan semua aktiviti-aktiviti di luar sampai keluarga di rumah terabai. Kita tidak boleh utamakan kawan-kawan di luar sampai isteri minta tolong di rumah pun tidak boleh. Kita tidak boleh terlampau dahulukan minat sendiri, sampai kemahuan keluarga dan anak-anak di rumah tidak pernah bagi.
Sentiasa bahagikan masa aktivi di luar kita dengan keluarga di rumah.
Sentiasa ingat selagi suami masih melaksanakan tugas sebagai suami dengan baik, maka selagi itulah hati isteri dan keluarga terjaga dengan sendirinya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!