Amalan minum air barli menjadikan kulit sihat dan cerah. Ia membantu mengeluarkan toksik dari tubuh. Beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Tergolong dalam keluarga Gramineae, pokok barli menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat.
Melalui hantaran Dr Rizal Abu Bakar dilaman Facebooknya, beliau memberikan info tentang khasiat air barli dan cara-cara membuat air barli.
Ramai sangat minta resepi air barli untuk berbuka puasa memandangkan bulan Ramadan hanya beberapa hari sahaja lagi bakal menjelma.
Barli merupakan bijirin purba sihat. Tidak diubahsuai secara genetik. Mampu bertahan walaupun ribuan tahun berlalu. Barli termasuk kategori ‘smart complex carbs.’
Amalan minum air barli mampu membakar lemak bagi memudahkan berat mudah turun. Pengambilan air barli juga mampu mengawal tahap gula dalam darah. Cara membuatnya juga mudah dan cepat.
Berikut bahan-bahan dan cara membuat air barli.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan barli
2 helai daun pandan
3 cawan air
1 sudu besar gula kelapa/madu
2 sudu teh jus perahan limau
CARA MEMBUAT:
1. Rendam, basuh dan bilas barli sehingga bersih.
2. Masukkan barli ke dalam periuk. Tuang air secukupnya. Masukkan daun pandan. Rebus sampai barli bertukar lembut.
3. Bila sudah masak, sejukkan dan tuang air barli dalam juga. Letak gula kelapa/madu dan perahan limau cukup rasa.
4. Letak dalam peti sejuk. Sedia untuk diminum.
Mudah bukan? Bolehlah cuba buat.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar Kredit foto (top image): azerbaijan_stockers on Freepik