Pasangan

Kim Raymond Kembali Bergelar Isteri, Sah Milik Pengarah Filem, Zahir Omar

Share

Jodoh tanpa disangka-sangka, akhirnya Kim Raymond kembali bergelar isteri kepada seorang pengarah filem, Zahir Omar pada hari Khamis yang memilih tarikh 12.12.2024.

Kim Raymond Kembali Bergelar Isteri

Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo ini sah bergelar isteri kepada suaminya dengan sekali lafaz dan menerima mas kahwin berjumlah RM800.

Tidak mendedahkan secara terperinci mengenai majlis pernikahan tersebut, Kim bagaimanapun berkongsi foto dan video yang diulang siar atau ‘repost’ di Instagram Story miliknya.

Pasangan sama cantik sama padan itu dilihat mengenakan baju sedondon berona krim pada majlis yang diadakan secara tertutup tersebut.

Pada 24 Oktober lalu, Kim dilaporkan telah memeluk Islam di Markas Al-Khadeem, Kampung Sungai Kayu. Kim diislamkan oleh pendakwah terkenal, Datuk Sheikh Hussain Yee yang juga Presiden Al-Khadeem.

Imbas kembali, Kim dan Keith pernah mendirikan rumah tangga pada November 2015 namun, mereka bercerai pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Skylar Raymond.

Sumber: Ig Story Kim Raymond

Published by
Nadia