Kini Mampu Kahwin Sebelum Usia 30-an, Ini 10 Cara Kukuhkan Duit Simpanan

Share

Cuba periksa diri anda. Adakah tanda-tanda ini ada pada anda? Sekiranya tiada, tahniah diucapkan. Sekiranya tanda-tanda ini ada pada anda, jangan lagi bertangguh untuk mendalami ilmu pengurusan kewangan dan ubah status kewangan anda menjadi lebih baik.  Terutama buat bakal pengantin, jangan terlalu selesa dengan kehidupan sedia ada. Cuba dan terus berubah untuk hidup yang lebih baik demi keluarga tersayang. Di sini kami berikan anda 10 tip untuk urus kewangan anda secara lebih bijak.

Ikuti 10 tips mudah atasi masalah tiada duit

  1. Berbelanja kurang daripada pendapatan

Walaupun teorinya nampak mudah, namun ramai yang terperangkap dengan hutang akibat terlebih berbelanja.  Dengan mengurangkan perbelanjaan, anda akan lihat status kewangan anda menjadi lebih baik dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada kehidupan anda. Amalkan beberapa tips berikut:

  1. Mulakan dengan menghapuskan/mengurangkan hutang. Apabila anda mula mengurangkan perbelanjaan, duit tersebut boleh digunakan untuk membayar segala hutang tertunggal anda.
  2. Simpan, simpan, simpan. Setelah hutang anda terkawal, terus mula menyimpan pula duit tersebut. Simpanan amat diperlukan ketika kecemasan, bekalan untuk persaraan dan kegunaan anda dikemudian hari.
  3. Senaraikan bil-bil bulanan anda. Cuba lihat segala bil anda dan cari apa yg boleh dikurangkan. Mana-mana servis yang tidak diperlukan, sila hentikan segera
  4. Pantau setiap sen perbelanjaan anda. Gunakan buku 555 atau apps di “smartphone” untuk merekodkan setiap perbelanjaan anda. Ini penting untuk pastikan anda berbelanja kurang daripada pendapatan

  1. Hapuskan/elakkan hutang dengan kadar bunga (interest) tinggi

Apabila seseorang itu mempunyai hutang yang banyak, kita perlu merangkan pelan pembayaran hutang. Mulakan membayar hutang yang mempunyai kadar bunga yang paling tinggi contohnya kad kredit. Elakkan menambahkan lagi hutang sedia ada

  1. Berbincang soal kewangan

Ramai yang fobia atau takut apabila bercakap soal kewangan. Walaupun sedang menghadapi masalah kewangan, masih tidak mahu meminta nasihat berkenaan kewangan atas alasan malu dan sebagainya. Akhirnya, tuan badan yang terpaksa merana seorang diri apabila nasi sudah menjadi bubur. Berbincanglah dengan jujur berkenaan kewangan dengan pasangan anda, ibu bapa, anak-anak, saudara mara atau rakan rapat anda.

 

  1. Berhenti cuba utk “impress” orang lain

Adakah anda termasuk di kalangan meraka yang membeli sesuatu kerana nak “impress” orang lain? Dek kerana tidak sanggup menerima sindiran akibat kita tidak mengikut trend atau tidak diterima di kalangan rakan-rakan kita. Jangan sampai kita terperangkap dalam hutang kerana berbelanja melebihi kemampuan kita semata-mata ingin dilihat “cool” di mata orang lain.

 

  1. “Do it yourself”

Banyak wang yang boleh dijimatkan sekiranya kita menggunakan konsep “Do it yourself  (DIY)”. Antara kerja biasa yang boleh dilakukan sendiri seperti mambasuh kereta, memasak, memotong rumput, membaiki paip dan sebagainya. Sekiranya anda lakukan sendiri, sudah tentu kosnya akan lebih murah dan anda boleh berjimat melalui cara ini.

  1. Sentiasa memperbaiki diri

Di dalam islam, kita diterapkan dengan konsep hari esok lebih baik daripda hari ini. Konsep “continuos improvement” ini penting untuk survival kita di kemudian hari. Laburkan sebahagian masa dan wang anda untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, kesihatan serta hubungan dengan Allah dan Manusia

 

  1. Sentiasa pantau perkembangan anda

“Plan, Do, Check, Act” adalah konsep yang biasa digunakan dalam organisasi korporat. Kita juga perlu merancang, melaksanankan, memantau dan mengambil tindakan dalam pengurusan kewangan kita. Sentiasa memantau perkembangan kewangan secara berterusan dengan menggunakan teknik yang lebih menyeronokkan. Antara contoh yang menarik adalah aplikasi yang memantau perkembangan senaman, larian atau pembakaran kalori dengan merekodkan setiap pencapaian anda.

 

  1. Bina “networking”

Antara kata-kata Robert Kiyosaki yang menarik perhatian saya ialah “The richest people in the world look for and build NETWORK. Everyone else looks for work”. Jadi, “networking” atau jaringan adalah penting dalam perjalanan kita menuju kebebasan kewangan.

 

  1. Mulakan bisnes sampingan

Cuba memulakan projek bisnes secara “part-time” atau pendapatan pasif untuk menambahkan pendapatan anda. Lihat diri anda dan cari kemahiran, pengetahuan atau sumber yang anda miliki yang boleh menjana pendapatan.

 

  1. Sedekah membawa berkah

Bila anda bersedekah secara ikhlas, insyaAllah pulangan lumayan menanti anda samada di dunia atau di akhirat. Pastikan anda peruntukkan minimum 5% daripada pendapatan anda untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan.

Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, (adalah) seperti satu biji (benih) yang menumbuhkan tujuh tangkai: tiap tiap tangkai ada seratus biji: dan Allah mengganda (pahala) kepada sesiapa yang Ia kehendak: dan Allah itu Luas (pemberiannya), amat Mengetahui” (Al Baqarah,2:261)

 

 

Follow Pesona Pengantin di Instagram #PesonaPengantin

Published by
Kim