Tak mudah nak handle mood pasangan kita, ada masa tenang dan kadang boleh jadi ribut taufan hanya disebabkan masalah kecil.
Bak kata saudara Angkol, bahagia tidak semestinya hari-hari gembira, hari-hari senyum tidak pernah bergaduh dan tidak pernah merajuk langsung sama pasangan.
Tak Boleh Jangka Mood Pasangan
Ads
Bila sudah hidup sama-sama mesti ada hari pasangan kita tidak sama pendapat dengan kita. Mesti ada hari pasangan tidak puas dan marah sama kita. Mesti ada hari pasangan tidak mahu tegur kita.
Kalau jadi situasi macam ni jangan cakap hubungan tidak bahagia, sebab kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku sama kehidupan kita esok atau lusa. Kita tidak boleh jangka mood pasangan kita setiap hari. Apa yang seharusnya kita buat, belajar dari kesilapan dan perbetulkan apa salah kita dalam rumah tangga.
Terima Kekurangan dan Kelebihan Pasangan
Ads
Kita tidak akan kenal lebih mendalam sama pasangan sebelum kahwin, kita akan kenal pasangan kita 100% bila sudah hidup sama-sama dalam satu keluarga.
Sebab itu segala kekurangan dan kelebihan pasangan seharusnya kita terima. Perbetulkan mana yang salah, tambahkan mana yang kurang. Sentiasa ambil sebagai pengajaran setiap apa yang kita lalui sama pasangan dan sentiasa bersyukur ada orang yang boleh terima kelebihan dan kekurangan kita.
Ads
Ingat jangan tunggu bahagia dulu baru bersyukur, tapi bersyukur dulu dan kita akan sentiasa bahagia.
Kepada kawan-kawan yang selalu diketawakan sebab belum jumpa jodoh, teruskan saja mencari yang boleh terima dan sentiasa menghargai kamu tidak kira dalam situasi macam sekalipun sebab ini lebih penting. Jangan peduli orang lain ketawakan kamu sebab masih single, sebab diluar sana ramai yang sudah berpasangan tapi tidak ketawa.
Carilah pasangan yang sentiasa cuba sedaya upaya untuk memahami kamu dari awal perkenalan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu kita dengar tentang perkara yang tak baik sahaja tentang perkara bila menantu duduk sebumbung dengan mertua. Yang baiknya selalu kita lupakan. Walhal dalam banyak perkara, bukan semua benda itu remeh untuk kita fikirkan.
Perkongsian lelaki ini di Kisah Rumah Tangga, memberi pandangan dengan jelas bahawa tak semua yang negatif je kita nampak bila menantu duduk sebumbung dengan mertua.
KEHIDUPAN TINGGAL DI RUMAH MAK AYAH
Saya seorang lelaki, mempunyai seorang isteri dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Usia perkahwinan 7 tahun.
Awal2 kahwin, saya bekerja di daerah lain. Saya dan isteri tinggal di rumah sewa. Pada tahun kedua perkahwinan, saya dipindahkan kerja di daerah tempat asal saya. Isteri saya mengikuti saya tinggal dengan mak ayah saya, walaupun masa tu saya sudah beli rumah. Sebabnya, atas permintaan mak ayah saya kerana rumah mak ayah saya cukup besar, banyak bilik, dan tempat kerja saya pun lebih dekat dengan rumah mak berbanding rumah yang saya dah beli tu (saya jenis tengahari balik rumah untuk makan, sebab nak jenguk isteri dan lebih suka makanan isteri, di samping jimatkan kos).
Dalam rumah, selain mak ayah, ada seorang adik lelaki bujang dan 2 orang adik perempuan bujang saya tinggal sekali. Kami semua masing2 ada bilik sendiri. Mula2 tu biasalah isteri saya kejap terasa itu kejap terasa ini, makan hati itu makan hati ini. Tapi saya mainkan peranan seadilnya. Mak dan isteri saya pun sama2 surirumah. Mak saya jenis rajin buat kerja rumah dan rajin masak, dan sangat teliti. Isteri pula jenis santai, dan baru2 belajar nak masak n buat kerja2 rumah. Jadi korang boleh bayanglah macam mana kan, apa yang boleh mencetus sakit hati.
Tapi apa sahaja yg saling tak puas hati tu, saya tak fikir panjang, terus sahaja aturkan sesi luahan hati ke hati antara isteri dengan mak saya.
Bagi ruang sepenuhnya dua2 pihak untuk bersuara dan mendengar. Kalau isteri ada tak puas hati, saya akan tanya dia balik suruh fikir, salah ke yg mak buat tu? Ada mudharat ke? Tak bagus ke? Dari sudut agama pula agaknya macam mana? Begitu juga dengan mak, saya cakap baik2, salah ke yang isteri saya buat tu? Apa yang tak patutnye? Dari masa ke semasa bapa saya juga akan join sesi pertemuan dan berikan nasihat, pendapat. Bila dua2 pihak menilai tanpa emosi, akhirnya sama2 boleh memahami dan menerima, sama2 boleh sepakat.
Sumber: Google
Saya perasan ada satu hal di mana mak dan isteri saya sangat serasi dan saling melengkapi iaitu suka bercerita. Apa2 topik, gosip2, hal2 semasa, hal2 family mereka suka sembang. So diorang sama2 di dapur atau lipat kain depan tv, masa itulah diorang sambil sembang2.
Alhamdulillah setelah 2 tahun duduk serumah, isteri sudah selesa di rumah mak saya, dah natural. Kat mana mak saya letak barang, isteri tahu lebih dari saya. Pokok bunga mana nak siram tiap hari n mana yg selang sehari, isteri lebih tahu dari saya. Malah kalau mak ayah saya bercuti atau balik kampung perlu tinggalkan rumah beberapa hari, isteri sayalah yg diamanahkan jaga rumah dan adik2 saya. Adik2 saya mesti patuh pada isteri saya. Isteri saya akan ambil alih peranan mak saya mentadbir urus rumah.
Cuma, memang betul tak boleh selama2nya nak duduk dengan mak ayah, sampai masanya kena tinggal sendiri juga, kena belajar hidup berdikari. Selepas 5 tahun, akhirnya saya bawa isteri tinggal di rumah sendiri. Dan hikmah kami 5 tahun tinggal dengan mak ayah saya, isteri saya “terlatih” menjadi sangat cekap menguruskan rumah dan keluarga. Mak mertua saya pun perasan perubahan positif isteri saya. Selain itu, tempoh 5 tahun tu cukup untuk saya lengkapkan rumah kami secara beransur2. Mulanya kosong, tambah perabot, tambah hiasan. Sekarang dah cantik dan lengkap alhamdulillah.
Pun begitu, ada masa2nya isteri rindu juga nak bermalam di rumah mak ayah saya. Saya x perlu ajak pun dia sendiri yg akan mengajak. Dan pernah juga isteri saya cadangkan, baik teruskan tinggal dengan mak je lah, rumah kami buat bisnes homestay, boleh tambah pendapatan. Ikutkan hati saya lebih suka idea isteri saya tu, lebih2 lagi rumah kami lebih jauh dari tempat kerja, jalan pun jem teruk. Lepas tu dia boleh teruskan bantu mak saya di rumah, saya pula boleh bantu ayah saya untuk hal2 luar rumah. Cuma saya yang tak turutkan kerana merasakan sudah sampai masa untuk tinggal di rumah sendiri, di samping ingin memberi ruang kepada masa depan adik2 saya kerana, satu hari nanti mereka juga akan berkahwin.
Kesimpulannya, saya nak kongsikan bahawa, rahsia menantu perempuan boleh duduk aman sebumbung dengan mertua ni ialah:
1. Peranan suami/anak lelaki sebagai penghubung/pengaman. Suami jangan biarkan isteri sendiri2 belajar sesuaikan diri. Bimbing dia, jangan serah sepenuhnya pada mak untuk ajar isteri. Dengar semua luahan isteri dan mak, analisa ia dan fikirkan penyelesaian.
2. Elakkan sangka buruk. Salah satu penyebab ketidak serasian ialah perempuan cenderung sangka yang buruk2 kalau mertua/menantu berkata/berbuat sesuatu yang tidak kena dengan hati. Minta suami jelaskan, dan fikir mana betul mana salah.
3. Mak mertua bukan malaikat yang sentiasa bebas dari masalah dan tekanan. Mereka tak boleh senyum manis sepanjang masa. Dan menantu sila faham, bila mertua bermasam muka bukan semestinya berpunca dari menantu. Mungkin dia cuma merajuk dengan bapa mertua sebab tak nak belikan baju baru.
4. Menantu sila sentiasa berfikir macam ni: “Kalaulah mak aku sendiri yang akan buat macam ni, apakah yang akan aku lakukan sebagai anak soleh?” Ya, memang mak sendiri x sama. Tapi amalkan sahaja soalan ni tiap hari. Untuk ingatkan diri.
5. Sabar, sabar dan sabar. Tabah, tabah dan tabah. Ikhlas, ikhlas dan ikhlas. Insha Allah, Allah akan bantu hamba-Nya yang ikhlas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari berganti hari, beberapa bulan lagi anda bakal diijabkabul dengan pasangan hati. Selain menguruskan hal-hal seperti katering, menetapkan lokasi majlis , memilih baju pengantin, hantaran untuk diberikan kepada pasangan turut menjadi perkara penting yang perlu difikirkan. Pilih barang yang tepat untuk sidia agar ia menjadi kenangan yang abadi buat anda berdua. Gabungan rona segar seperti hijau dan putih sungguh mendamaikan jiwa. Kombinasi ini mampu menyuntik elemen indah pada dulang hantaran.
Mas kahwin digubah indah digandingkan bersama bunga segar, nyata tampil eksklusif. SUSUN BY FEYY REDZUAN
pic- unit Foto Kumpulan Media Karangkraf
Penggunaan bunga seperti Eustoma dan mawar putih pada bekas hantaran SUSUN BY FEYY REDZUAN menyerlahkan keseluruhan hantaran
Rangkaian set penjagaan wajah SWISS LINE nyata menjadi keperluan buat si dia untuk tampil menawan dan segar sepanjang bersamamu.
pic- unit foto Kumpulan Media Karangkraf
pic-unit Foto Kumpulan Media Karangkraf
Tanda kasih buat insan tersayang, lengkapi dirinya dengan kaca mata BONIA agar kekal bergaya kala menemani mu.
pic- Unit Foto Kumpulan Media Karangkraf
Set barang kemas bagai tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Istimewa dari SWAROVSKI buat insan teristimewa dalam hidupmu.
pic- Unit Foto Kumpulan Media Karangkraf
Dua koleksi tas tangan COACH indah sebagai hantaran buat si dia. Serlahkan dulang hantaran dengan gubahan segar nan memukau.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Islam sebagai agama yang syumul bukan sahaja bertujuan mencegah kemungkaran, tetapi juga mencegah jalan-jalan yang boleh secara bertahap-tahap membawa kepada kemungkaran. Oleh itulah Allah tidak sekadar melarang zina tetapi melarang apa jua yang dapat mendekati zina.
Firman Allah: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [al-Isra’ 17:32]
Hendaklah diketahui bahawa rumah ialah tempat suami dan isteri berehat-rehat dan bersenang-senang selepas letih bekerja, baik pada waktu malam atau pada hari cuti. Dalam suasana seperti ini, suami dan isteri kerap dalam keadaan tidak menutup aurat. Suami khasnya, mungkin hanya selesa dengan memakai kain sarung atau seluar pendek.
Tentu saja dibolehkan bagi suami untuk tidak menutup aurat sepenuhnya jika di dalam rumah, dengan syarat tidak hadir perempuan yang bukan mahram.
Jika hadir seorang pembantu rumah perempuan, maka dia adalah mahram bagi suami sehingga suami wajib menjaga aurat dan membataskan pergaulan.
Namun, agak kerap suami tidak mengetahui pembantu rumah adalah mahramnya atau memandang hal ini sebagai remeh sehingga tidak menjaga aurat dan pergaulan.
Tidak ketinggalan, isteri juga bersikap seperti suami sehingga membiarkan suami dalam keadaan bebas dengan pembantu rumah.
Bahkan kadangkala isteri terpaksa keluar rumah kerana sesuatu urusan lalu meninggalkan suami berduaan dengan pembantu rumah. Ini sekali lagi adalah satu kesalahan. Dalam sebuah riwayat, disebutkan: Berhati-hatilah, jangan sampai kalian berkhalwat dengan wanita, demi diriku yang berada di tangan-Nya, tidaklah berduaan seorang lelaki dan wanita melainkan masuk syaitan di antara keduanya.
Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya. [Riwayat al-Thabarani, al-Targhib wat Tarhib, no: 2855]
Atas sebab-sebab inilah, memiliki pembantu rumah bukanlah sesuatu yang selari dengan Islam.
Selain itu, pembantu rumah juga berkemungkinan menyebabkan suami, isteri dan anak-anak menjadi pemalas. Masing-masing tidak tahu menguruskan hal-ehwal rumah sehingga apabila pembantu rumah berhenti atau menghilangkan diri, kesemua ahli keluarga dalam keadaan yang berserabut sehingga tidak dapat ke pejabat atau ke sekolah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!