Titipan aura romantis di pentas dermaga pastinya meninggalkan kenangan yang sukar diungkapkan dengan butir bicara. Gahnya pelamin di hari persandingan menjadi lambang betapa utuhnya ikatan cinta raja dan ratu sehari. Oh! Indahnya dunia tatkala dua jiwa menjadi satu. Moga kasih sayang kekal melingkari kehidupan pasangan mempelai hingga ke Jannah.
Pelamin cinta Dr Farid dan Dr Fazliana yang dijelmakan oleh perunding perkahwinan tersohor, Reka Teemor benar-benar mencuri perhatian. Menyuntik latar singgahsana cinta yang sarat dengan elemen romantik serta pencahayaan yang sempurna amat membantu agar pelamin tampak lebih menjentik deria pandang.
Pemilihan Reka Teemor sebagai perancang majlis dan dekorasi telah membantu untuk mendapatkan dream wedding pasangan Dr Farid dan Dr Fazliana kerana mereka adalah pakar dalam merancang acara yang unik, elegan dan eksklusif bersesuaian dengan anugerah sebagai Pereka Pencetus Trend yang diterima daripada Yayasan Usahawan Malaysia 2017/2018.
Mengambil inspirasi label berlian tersohor dari Itali, majlis akad nikah di Dewan Astor, St Regis Kuala Lumpur diberi nama ‘The Damiani’
. Majlis bersama keluarga di Sime Darby Convention Centre bertemakan ‘The Khatulistiwa’ menampilkan aura flora tropika. Ilham keindahan kehijauan hutan tropika melatari pelamin dan 2000 kuntum bunga lawang gergasi berona emas melatari siling ballroom memberi efek yang eksklusif.Majlis resepsi gilang gemilang di St Regis KL pula bertemakan ‘The Universe’ memberi nafas ultra moden. Ilham segar 50 lampu chandeliar origami berwarna perak berkilauan digantung dengan susunan rapi di ballroom utama St Regis KL. Ia seolah-olah meteor cinta Dr Farid dan Dr Fazliana.
Ayuh kami hidangkan keindahan rekaan pelamin dan dekorasi cetusan perunding perkahwinan terkenal @rekateemor.
Perancang perkahwinan Reka Teemor berkongsi tip manfaat untuk bakal pengantin.