Hubungan

Kongsi Momen Bahagia Dengan Si Bulus, Pasangan Doktor Veterinar Rakam Gambar Perkahwinan Bersama 1,300 Ekor Kucing

Share

Kebiasaannya pasangan mempelai memilih sesi fotografi di studio atau pun di lokasi-lokasi yang berlatar belakang lokasi yang cantik seperti di hotel, di tepi pantai dan sebagainya.

Bagi kebanyakan pasangan pengantin, momen indah itu perlu ada untuk dikenang hingga ke anak cucu.

Berlainan pula dengan pasangan doktor veterinar yang memilih pusat jagaan kucing jalanan sebagai latar belakang gambar perkahwinan mereka.

Usai diijabkabulkan, pasangan mempelai ini memilih untuk bergambar bersama hampir 1300 ekor kucing di dalam sangkar utama. Pasangan pengantin baharu ini telahpun selamat diijabkabul hujung November yang lalu.

Kedua-duanya staf Bustana Kucing dan berkhidmat sebagai doktor yang bertanggungjawab merawat ke semua kucing-kucing di situ. Mereka berdua juga merupakan pencinta kucing.

Selepas pasangan askar pada tahun lepas, doktor-doktor veterinar ini merupakan pasangan pengantin kedua yang sudi merakamkan detik-detik indah pada hari bahagia mereka bersama si bulus di Bustana Kucing.

Sama-sama kita doakan moga hubungan yang baharu sahaja pasangan pengantin ini hubungkan diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh-NYA.

Doakan juga moga mereka senantiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, diberikan kekuatan bagi menempuh dugaan alam rumah tangga. Semoga mereka berdua akan terus bersama Bustana Kucing, merawat kucing-kucing sakit.

Sumber: Bustana Kucing

Published by
Hasliza