Hubungan

Kongsi Video Rumah Impian, Tanda Zahirah MacWilson Bahagia Dengan Pasangannya

Share

Salah satu tanda isteri bahagia adalah melihat situasi pelakon, Zahirah MacWilson yang dilihat semakin cantik walau sedang hamil anak kedua hasil berkongsi hidup bersama Aiman Aiman Hakim Ridza yang juga merupakan selebriti tanah air.

Terkini anak kepada bekas penyampai berita TV3, Zainol Johari MacWilson berkongsi satu video kediaman rumahnya yang hampir siap menerusi hantaran dalam InstaStory miliknya.

Zahirah MacWilson Kongsi Rumah Impian

Apa yang membuatkan warga maya teruja adalah, kediaman tersebut nampak luas lengkap dengan landskap taman pada bahagian luar.

Menerusi perkongsian tersebut, isteri kesayangan Aiman Hakim Ridza itu meluahkan rasa syukur apabila diberikan rezeki untuk mengubah suai kediamannya.

“Alhamdulillah untuk segalanya. Terdapat banyak perkara untuk disyukuri dengan air mata kegembiraan. Terima kasih ALLAH YANG SATU untuk segala-galanya,”

titip beliau.

Tanda Isteri Yang Bahagia

Dalam hantaran berbeza, beliau turut berkongsi beberapa keping gambar dan video yang menunjukkan kerja-kerja menyiapkan kolam renang sedang dijalankan di kediaman baharunya yang turut bakal dilengkapi dengan ‘lounge’ atau sunken lounge secara terbuka.

Menariknya ruang berkenaan tampak begitu eksklusif, mewah dan sesuai dijadikan lokasi untuk lepak sambil healing.

Bahkan katanya, kediaman milik keluarga kecil itu juga bakal dilengkapi dengan bilik teater untuk bersantai sekeluarga.

Tular kontoversi Zahirah MacWilson yang dikritik hebat oleh seorang artis baru-baru ini langsung tidak berbekas di hatinya.

Lebih menjadi perhatian, pasangan ini mengambil pendekatan berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang maklum balas dan memilih untuk terus bahagia dengan hal keluarga kecilnya.

Sumber gambar & video: zahirahmacwilson

Published by
Nadia