Hantaran adalah salah satu adat resam turun temurun masyarakat Melayu dan masih kekal hingga ke hari ini.
Berbalas dulang hantaran juga dianggap sebagai simbolik mengukuhkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua belah pihak. Malah turut menjadi bukti tanda kasih antara pasangan dengan pemberian barangan yang istimewa dan bermakna.
Kalau dulu barang hantaran orang bagi manisan atau sepasang persalinan tapi kini ramai yang lebih memberi kepada barangan yang boleh diguna pakai selepas majlis.
Ads
Namun memetik dari laman web kisah dunia, ada yang lebih berani buat kelainan bagi barang hantaran yang pelik tapi nak nampak rare.
Katanya hantaran rare ini adalah bra yang disusun di atas dulang yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada bakal isteri.
Ads
Memang benar soal hantaran adalah hak masing-masing. Tapi sudah sedia maklum, masyarakat kita susah nak terima kalau benda-benda sensitif itu di tonjol-tonjolkan. Lagipun tak manis pasangan yang belum sah berkahwin berkongsi barangan peribadi secara terbuka (seolah-olah nak bagitahu kat orang saiz dia berapa) kan macam memalukan je. Tambah pula ramai tetamu yang hadir dalam majis itu.
Bagaimana agaknya reaksi mereka ya..
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sampai jodohnya, pelakon Sean Lee kahwin dan membuat kejutan apabila memilih wanita yang juga model, Bay Doucet sebagai isterinya.
Sean Lee Kahwin Mengejut
Perkara tersebut dikongsikan Sean atau Sean Lee Jia Ern, 30, menerusi Instagramnya dengan meninggalkan beberapa keping foto menunjukkan dia dan pasangan memakai sut dan gaun pengantin berwarna putih.
Tanpa perincian lanjut, pelantun lagu Tak Sanggup Terima itu hanya meninggalkan kapsyen pendek: “Too cute to gatekeep (terlalu comel untuk disimpan).”
Lebih menguatkan dakwaan perkahwinan mereka apabila Sean turut meninggalkan gambar rawak yang memperlihat tarikh 7 Julai 2024 bersama tulisan just married (baru berkahwin).
Sean juga memuat naik hantaran seolah-olah gambar praperkahwinan sejam sebelum berkongsi tentang majlis tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lumrah rumah tangga apabila perkahwinan yang dibina diberi dengan beberapa ujian. Di situ, kesetiaan isteri diuji. Ada yang boleh menerimanya dengan hati yang terbuka, ada juga yang mungkin berat untuk menerima ujian itu.
Di saat suami bergadai nyawa untuk mencari nafkah buat isteri dan keluarga, di situ isteri perlu memainkan peranannya. Jangan kerana satu kekurangan suami, isteri boleh lupa seribu kebaikan yang si suami lakukan. Muhammad Ahmad berkongsi pesanan agar semua isteri sedar.
ISTERI. Jangan lupa sentiasa ucap TERIMA KASIH kepada suami. Sediakan makan minum, pakaian yang terbaik buat suami. Cuba fahami keadaan emosi suami, cuba fahami apa yang suami suka dan tidak suka. Penat dia, stres dia di tempat kerja, stres dia dengan hutang, stres dia dengan pelbagai bil-bil di rumah. Ketika ini pentingnya sokongan, dorongan dan kata-kata semangat daripada seorang isteri.
Pegang tangan suami. Cium tangan dia. Abang terima kasih penat cari rezeki untuk kami, terima kasih siang malam buat yang terbaik untuk kami. Terima kasih didik kami dengan agama. Maafkan sayang jika ada salah silap atau bebankan abang. Sayang sentiasa doakan kebaikan untuk abang. Sayang sayang abang kerana Allah dan Rasul.
Saat berjauhan, mesej suami, hantar gambar anak-anak di WhatsApp dan sentiasa doakan suami agar dijauhkan dari segala fitnah.
Subhanallah kadang-kadang kata-kata dan doa ini buatkan seorang suami rasa sangat diharga, dicintai.
Fahamilah tanggungjawab suami bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak bahagia, kenyang dari lapar, sihat dari sakit dan bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak rasa selamat, tenang, dihargai, dicintai, disayangi selalu.
Bahkan tanggungjawab seorang suami untuk memastikan agar isteri dan anak-anak terselamat dari Azab Allah SWT, terselamat dari azab kubur, lepas titian sirat, terselamat dari huru-hara padang mahsyar dan memastikan isteri dan anak-anak bersama masuk syurga Allah SWT.
ISTERI. Sabarlah dengan emosi suami selagi tidak mencederakan anda. Sabar dan redha jika dimarahi suami. Jangan melawan ketika suami memberi nasihat, marah. Jangan tinggikan suara ketika memanggil suami. Jangan sesekali aibkan suami di facebook mahupun di pejabat hatta kepada ibu bapa kita sekalipun. Sebaliknya, jadilah pendengar, penasihat yang setia buat suami.
Ketahuilah REDHA seorang suami syurga buat isteri.
Maka, hormati dan taatilah suami anda selayaknya. Kerana dia bukan milik anda semata-mata tapi dia hanya sebagai asbab untuk anda dipilih ke syurga atau neraka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Dr Ismail Sabri mengumumkan bahawa keputusan untuk menganjurkan sebarang majlis perkahwinan bakal diumumkan pada hari Rabu ini.
Kenyataan ini telah disampaikan oleh beliau menerusi Sidang Media Harian MKN di Putrajaya hari ini.
Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang esok akan membincangkan secara teliti mengenai kebenaran mengadakan majlis perkahwinan dan keputusan akan diumumkan pada Rabu.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memahami keluhan syarikat pengurusan majlis perkahwinan yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas.
“Perbincangan esok bukan sahaja dari segi kebenaran, tetapi juga prosedur operasi standard (SOP). Kita bincang dari segi jumlah kehadiran, adakah setakat 250 orang atau pun mungkin lebih lagi,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di sini, hari ini.
Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan meneliti pelaksanaan Solat Jumaat dua sesi seperti yang dilaksanakan di Singapura.
“Setakat ini, kita telah benarkan Solat Jumaat diadakan satu pertiga daripada kapasiti masjid. Sama ada dua sesi dibolehkan, maknanya satu pertiga sesi pertama, satu pertiga lagi sesi kedua, perkara ini saya percaya akan diteliti. Kalau ada keputusan kita akan umumkan,” katanya.
Mengenai pemegang pas lawatan sosial jangka panjang, Ismail Sabri berkata kerajaan membenarkan pasangan dan anak kepada rakyat Malaysia yang bukan warganegara untuk pulang ke negara ini dengan syarat mendapat kelulusan terlebih dahulu.
“Kita meminta mereka memohon daripada Jabatan Imigresen terlebih dahulu, saya nasihatkan jangan terbang balik sebelum dapat kelulusan.
“Ini untuk elak ‘stranded’ di airport tak boleh keluar, atau mereka terpaksa balik ke negara tempat tinggal mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menasihatkan ibu bapa supaya memastikan keadaan kesihatan anak mereka sebelum menghantar ke sekolah yang akan dibuka semula Rabu ini.
“Hanya anak yang sihat dan tidak bergejala dihantar ke sekolah… anak mesti patuhi SOP yang ditetapkan dan mereka juga perlu jaga kebersihan diri terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap dan kalau boleh digalakkan untuk pakai penutup mulut dan hidung,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kawalan sempadan negara, seramai 977 pendatang asing tanpa izin dan 161 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama melalui lorong tikus.
“Turut ditahan, 36 individu yang disyaki penyeludup serta 26 buah kapal,” kata beliau yang turut memaklumkan 97 individu ditahan atas kesalahan melanggar arahan PKPP semalam.
Tambah beliau, jumlah kumulatif tapak pembinaan yang mematuhi SOP setakat ini ialah 2,186 manakala 421 tapak pembinaan tidak patuh SOP dan sudah diberi amaran. – BERNAMA
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!