Tema perkahwinan adalah konsep yang disukai oleh bakal pengantin untuk diinspirasikan pada hari bahagia mereka. Terdapat banyak tema yang boleh kita lihat sekarang di Malaysia.
Antara tema yang menjadi ‘trend’ pada masa ini adalah tema perkahwinan di pantai. Bukan sahaja pengantin boleh melihat keindahan air laut malah dapat merasa udara segar dan nyaman semasa majlis. Jom kita lihat antara dekorasi yang menarik untuk tema ini. Memang cantik habis!
Menarik bukan? walaupun simple tapi ia masih nampak begitu mewah sekali dengar dekorasi yang indah dihiasi bunga-bunga. Pasti akan memikat mata tetamu yang hadir.
Namun, adalah elok jika anda menyediakan khemah juga. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dekorasi Hiasan Di Pelaminan Dengan Konsep Tradisional Kontemporari
Dekorasi keseluruhan majlis membuatkan pandangan terpukau apabila ia diserikan dengan aura dekorasi yang berbeza. Sempurnakan gandingan dekorasi hiasan di pelaminan dengan konsep tradisional kontemporari. Penggunaan gendik inspirasi hiasan Bali menjadi latar belakang pelamin yang diilhamkan. Bagi memberi kelembutan pada singgahsana cinta, gugusan bunga rona krim menjadi warna dasar bergandingan dengan rona champagne, kuning dan hijau. Unsur tradisional terus disuntik menerusi hiasan kerawang yang bersatu indah di sudut pelaminan.
FOTO : PRETTYPEEKTURES DEKORASI : PETERANA CHENTA TERIMA KASIH : EMIRA TAIB
Lanjut di Pesona Pengantin minggu ini berkongsi info tentang pelamin klasik. Bakal pengantin jangan lupa tengok Ahad ini jam 7 malam, di Astro Prima dan Maya HD.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Idea Dulang Hantaran Berkonsepkan Bunga Segar, Simple Tapi Tetap Cantik!
Trend dulang hantaran perkahwinan sentiasa berubah-ubah saban tahun. Daripada hiasan klasik tepak sirih sehinggalah ke trend moden di mana dulangnya lebih santai dan terbuka, semuanya miliki ciri-ciri tarikan yang tersendiri. Walau bagaimanapun dulang hantaran menggunakan bunga segar tetap menjadi pilihan bakal mempelai kerana ia lebih menyerlah.
Perlu diingatkan bahawa hiasan bunga segar tidak boleh terlalu sarat sehingga menenggelamkan barang-barang hantaran. Memadai dengan beberapa kuntum bunga bagi memperindahkan gubahan hantaran. Kebiasaannya bunga-bungaan disusun kemas di sekeliling dulang. Walau bagaimanapun, terpulang kepada kreativiti anda untuk menggubah dulang hantaran asalkan ia tidak nampak terlalu padat.
Berbanding dahulu, kebanyakan dulang hantaran pada masa kini lebih berkonsepkan pada warna-warna pastel. Antara pilihan bunga-bunga segar yang sering menjadi pilihan ialah hydrangea, baby breath, ros, lili dan sebagainya.
Gabungan warna-warna pastel dan kesesuaian dengan penggunaan bunga untuk dulang hantaran sangat sesuai untuk majlis nikah mahupun majlis persandingan. Pilihan trend sebegini memudahkan proses memadankan dulang hantaran dengan tema majlis pertunangan atau perkahwinan secara keseluruhannya.
Ayuh kita cuci mata dengan pilihan dulang hantaran yang ‘bermain’ dengan gabungan warna-warna pastel bunga-bunga segar.
Kredit Gambar: Instagram mankajang29
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dengan Hanya Menggunakan Batang Paip, Tak Sangka Pelamin Tunang Ini Nampak Grand
Persediaan majlis pertunangan agak berbeza dengan majlis perkahwinan. Tempoh untuk persediaan majlis pertunangan kadang kala berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh yang terdekat. Ini menyebabkan pasangan sukar untuk mendapatkan perkhidmatan dekorasi pelamin kerana kebanyakan bridal tidak menerima tempahan last minute, tambahan pula jika tempahan untuk tarikh ‘panas’ iaitu pada cuti persekolahan. Begitulah situasi yang dialami oleh pasangan ini, Fakhruddin Ahmad dan Nurizzati Suhaimi sehingga membuat keputusan untuk menghias pelamin sendiri (DIY) dengan menggunakan beberapa barangan terpakai, dan salah satunya adalah batang paip.
Backdrop pelamin DIY batang paip
Menurut Fakhruddin, dia memilih untuk menghasilkan pelamin sendiri (DIY) dengan menggunakan kreativiti beliau dan rakan baiknya Hafiz Hassan. Setelah konsep telah dipilih dan lakaran telah dibuat, mereka menggunakan paip sebagai backdrope, pelamin ini juga dihiasi dengan bunga hiasan, dan beberapa barang terpakai sahaja.
Pelamin DIY ini sangat jimat dan indah mata memandang. Bajet yang diperlukan sekitar RM250 sahaja termasuk sewa pentas dan bunga. Bagi menghasilkan backdrop batang paip seperti ini anda hanya perlu membeli 5 batang paip dengan harga serendah RM5 setiap satu batang dan rod besi yang berharga RM7.
Pada asalnya kerusi pelamin ini berwarna kelabu, dan mereka telah membalutnya dengan kain velvet yang berharga RM12/semeter dan ianya hanya memerlukan 2 meter kain sahaja.
Selain itu, antara tip yang dikongsi olehnya jika anda hendak membeli barangan hiasan pelamin, anda perlu tetapkan konsep yang anda inginkan. Ini bagi mengelak daripada pembaziran kos perbelanjaan. Pemilihan kod warna amatlah penting, pastikan anda tidak memilih lebih daripada 3 warna. Seperti pelamin ini, Fakhruddin memilih kod warna white, gold, dan green. Warna putih menampakkan pelamin anda suci bersih manakala warna hijau ia akan membangkitkan kesegaran mata memandang dan gold pula menampilkan sedikit sentuhan kemewahan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI