Stail menarik pelamin rustic dari Munstara Event. Boleh tiru untuk anda yang nak kahwin dengan konsep yang sama.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suntikan Ukiran Dari Timur Tengah Mewarnai Majlis Perkahwinan
Dalam merealisasikan sebuah majlis perkahwinan bakal pengantin perlulah mempunyai perancangan yang sempurna agar majlis dikenang sampai bila-bila. Andai melantik perancang perkahwinan untuk menyiapkan majlis perkahwinan anda , berbincanglah dengan terbuka tentang bajet, tema dan sebagainya. Jangan pula berselindung tentang bajet kerana di akhirnya anda bakal menanggung hutang.
Bagi majlis perkahwinan Amir Syafiq Dato’ Hj Noordin dan Nur Amirah Dato Hj. Mazlan, mereka melantik pereka Adli Afandi untuk merealisasikan tema yang diinginikan. Konsep fairytale mewarnai majlis perkahwinan kedua pengantin. Menurut perekanya idea datang dari menonton cerita-cerita fairytale yang berlatar belakang elemen ala-ala istana dan sedikit suntikan ukiran dari timur tengah.
Ruang dewan tampil berseri dengan rona warna berasaskan warna krim dan diserikan dengan gabungan bunga-bunga dari warna merah jambu dan ungu. Penggunaan bunga mawar, hydrangea, orkid, white peacock dan casablanca menyerlahkan dekorasi majlis perkahwinan.
Nasihat Adli buat bakal pengantin pilih tema terlebih dahulu. Selepas itu pilih baju yang bersesuaian dengan tema. Semasa memilih baju perlu lihat juga pada potongan badan terlebih dahulu. Jika nak pilih design baju jangan terlalu yakin dengan menunjukkan gambar model yang sudah sedia cantik sedangkan potongan badan sendiri jauh berbeza dengan model di dalam gambar tersebut. Serahkan pada yang pakar untuk design mengikut kehendak dan perbincangan.
Wedding planner: Juz Zarith Innovation
Wedding Deco: Adli Afandi
Catering : TE Catering
OP/OV: KarmaX
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aura Winter Blue Menguasai Ruang Majlis
Tiada yang lebih indah andai majlis perkahwinan memilih sesuatu tema sebagai fokus utama dalam sebuah majlis. Segalanya nampak sempurna dengan dekorasi yang menarik. Contohnya seperti majlis ini yang bertemakan Winter Blue dan menggunakan warna segar seratus peratus.
Bunga segar diterbangkan dari Holland, China dan India.
Jenis bunga yang digunakan terdiri dari Delphiniums Powder Blue, Royal Blue Hydrangea, Mathiola, Babies Breath, Hydrangea Powder Blue, Rose, Tulip dan Spray Rose.
Lilin juga dipasang di setiap sudut dan meja untuk menaikkan mood dan memberi cita rasa mewah di dalam majlis.
Bunga segar menghiasi pelamin, walkway, pintu gerbang, meja tetamu, meja Vip, ruang legar dan bunga tangan diberi kelainan dengan menggunakan warna yang agak berani seperti tona merah.
“Effect smoke machine” juga digunakan untuk memberi kesan kabus supaya kelihatan sejuk dan menyerikan dewan makan untuk meraikan tetamu yang hadir.
Lampu-lampu LED seperti warna putih dan biru dinyalakan sepanjang majlis supaya kelihatan lebih menarik.
Kredit foto: Matbvnga
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keliru Nak Beli Perabot Siap Atau Custom Furniture?.Pengantin Baru Sila Semak Tip Hiasan Rumah Ini
Usai sudah upacara majlis pernikahan dan resepsi kedua belah pihak. Kini, tiba masanya pasangan pengantin baru memulakan kehidupan berumahtangga sebagai suami isteri.Berpindah ke kediaman sendiri? Ya , pelbagai keperluan perlu di ambil kira baik dari segi luaran mahupun dalaman kediaman.
Interior rumah bukan hanya bergantung kepada faktor keluasan mahupun gaya interior yang diterapkan namun kedudukan perabot juga penting. Perabot di dalam sesebuah rumah turut membantu dalam memperindahkan ruang kediaman. Jika memilih kediaman apartmen atau kondominium, mungkin ruang agak terhad dan pemilihan perabot yang tidak terlalu besar adalah pilihan yang terbaik. Namun jika memilih kediaman teres dan sebagainya, soal ruang tidaklah menjadi satu masalah besar.
Antara pilihan masa kini, adakah anda mahu menggunakan perabot siap (ready stock) atau yang ditempah (custom furniture)?
Sebelum memutuskan untuk memilih yang mana satu, kenali terlebih dahulu kebaikan dan keburukan membeli perabot siap mahupun custom furniture.
PERABOT SIAP
Anda membelinya secara terus di kedai-kedai perabot. Jika anda lebih suka membeli perabot siap maka tiada masalah kerana ia boleh digunakan terus. Harganya juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan custom furniture. Rupa dan reka bentuknya lebih rapi.
Namun begitu, menggunakan perabot siap turut mempunyai kelemahannya. Biarpun perabot siap ini kelihatan hebat namun faktor kelemahannya juga mesti anda perhatikan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Kelemahannya temasuklah:
1. Anda tidak mengetahui dengan lebih jelas tentang material apa yang digunakan.
2. Tidak tahu perabot tersebut akan bertahan berapa lama.
3. Ukuran perabot belum tentu sesuai dengan keluasan ruang rumah anda.
4. Walaupun reka bentuk perabot ada bermacam jenis, belum tentu sesuai dengan konsep atau gaya interior rumah anda.
CUSTOM FURNITURE
Nah, jika anda ingin menggunakan custom furniture atau dibuat khusus untuk dekorasi rumah anda terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi. Antaranya ialah:
Ukuran perabot sudah tentu sesuai dengan keluasan ruang rumah anda.
Bahan material yang akan digunakan juga boleh anda cari dan pilih sendiri bersama pereka hiasan dalaman demi mendapatkan kualiti perabot yang terbaik serta tahan lama.
Bermula rekaan sehinggalah kepada pemilihan warna perabot pun boleh anda ciptakan sesuai dengan konsep interior dan cita rasa anda.
Kelemahan custom furniture pula antaranya ialah;
1. Tempoh menghasilkannya agak panjang.
2. Harganya lebih mahal, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan bahan yang berkualiti tinggi.
3. Hasilnya tidak sekemas buatan fabrik.
Jadi, sebaiknya ambil tahu mengenai bahan atau material yang digunakan di dalam pembuatan sofa yang menjadi pilihan agar anda alah membeli, menang memakai. Sofa bukanlah perabot yang perlu diganti setiap tahun. Jika anda bijak memilih sofa berkualiti, ia mampu bertahan sehingga 5 atau 10 tahun. Tepuk dada, tanya selera!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI