Yang menaikkan seri wajah korang untuk majlis kahwin tak lain tak bukan tentulah mak andam atau make up artist. Banyak kepentingan mengambil make up artist ni sebenarnya. Dan salah satu sebab nya ialah menyembunyikan cela yang ada pada wajah. Selain itu, ada juga sesetengah make up artist yang pandai mendandan rambut dan juga menggayakan tudung korang.Tapi sebelum mengambil make up artist, ini 5 perkara yang perlu korang tahu.
Tempahan awal – Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat Mak Andam atau Make-up Artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan budget anda.
Test make-up/pre-wedding makeup – Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan Mak Andam atau Make-up Artist yang dipilih.
Ads
Hanya anda seorang – Pastikan agar Mak Andam/ Make-up Artist anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan Mak Andam/ Make-up Artist anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.
Ads
Berbincanglah – Pastikan anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan Mak Andam/ Make-up Artist menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan Mak Andam/ Make-up Artist) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!
Ads
Cerewet biar kena tempatnya – Dalam menetukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik; anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda pasti akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!
Kredit : ikahwin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang Tabi’in yang mulia Iyas bin Mu’awiyah menangis penuh keharuan ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya,
Maka dikatakan pada beliau: “Mengapa anda menangis sedemikian rupa?”
Maka beliau menjawab: “Tidaklah aku menangis kerana kematian, kerana yang hidup pasti akan mati. Akan tetapi yang membuatku menangis kerana dahulu aku memiliki dua pintu ke syurga,
Maka tertutuplah satu pintu pada hari ini dan tidak akan di buka sampai hari kiamat, Aku memohon pada Allah Ta’ala agar aku dapat menjaga pintu yang kedua…”
Kedua orang tua adalah dua pintu menuju syurga, yang kita dapat menikmati bau harumnya setiap pagi dan petang, Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
الوالد أوسط أبواب الجنة فأضع ذلك الباب أو احففظه
“Orang tua (ibu bapa) adalah pintu syurga yang paling tengah, maka jangan sia-siakanlah pintu itu atau jagalah ia.” (HR. Tirmidzi).
Ya, pintu syurga yang paling tengah, yang paling indah, yang paling elok. Maka masihkah engkau sia-siakan pintu itu?
Bahkan engkau haramkan dirimu untuk memasukinya? Dengan mengangkat suaramu di hadapannya? Dengan membentaknya di kala tulang-tulangnya semakin lemah kerana di makan usia?
Sementara tubuhmu yang berotot mekar, dahulu telah di basuh kotoranmu dengan tangannya yang kini tak bertenaga?
Duhai sungguh ruginya…
Betapa ruginya!
Jika kau berani derhaka !
Rasulullah Shallahu ‘ alaihi wa Sallam bersabda : “Celaka,celaka,celaka!” Dikatakan pada baginda, “Siapa wahai Rasulullah?”
Maka baginda bersabda: “Siapa saja yang mendapati kedua orang tuanya, baik salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia,
Akan tetapi (keadaan tersebut) tidak memasukkannya ke syurga.” (HR. Muslim)
اللهم ارزقنا البر بوالدينا و اجمعنا بهم في جنات النعيم
Ya Allah, berilah kami rezeki untuk berbakti kepada kedua orang tua kami, dan kumpulkanlah kami bersama mereka di syurgaMu. Amin.
Kredit : Akhbarkini
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiru Diet Sihat Wanita Ini Turun 20 Kg Dalam Masa 7 Bulan. Jom ikut cara Aimi Syairah Nawiturunkan berat badan dengan santai dan dapat turun 20 kg dalam tempoh 7 bulan. Awesome, kan? Saya konon nak diet Atkins pun tak khatam lagi. Turun 5 kg kemudian berehat. Tiru crash diet pun sama.. hangat-hangat tahi ayam.
Bila saya baca tips diet Puan Aimi, ternyata kebanyakan menu yang dikongsikan sama macam menu pantang saya. Anda boleh semak di FB beliau. Dahulu beliau memang pernah jugak diet dengan macam-macam cara tapi sejak amalkan diet macam orang berpantang, beratnya turun dengan konsisten.
Jom baca pengalaman beliau di bawah. Dalam FB nya beliau menasihatkan mereka yang bercadang nak berdiet kena lah displin tinggi dan diet sebagai cara hidup bukan kerana nak kurus.
Tiru Diet Sihat Macam Berpantang Wanita Ini Turun 20 Kg Dalam Masa 7 Bulan
Turun 20 kg dalam 7 bulan. Diet cara saya..
Bermula dengan berat 74 kg dan sekarang berat 54 kg, ini cara saya diet.
1. Tinggalkan air manis termasuk milo. Milo ni tinggi hidden sugar. Lepas tu bancuh letak lagi susu. Sebulan diet dalam pantang berat turun ciput je.
Baru tahu milo punca susah turun berat walaupun jaga makan. Sejak stop milo dan minuman manis lain, berat mula turun.
2. Kurangkan makanan berminyak. Saya hadkan hanya sekali seminggu untuk lauk goreng @ deep fry. Selebihnya lauk bakar, rebus, stim, grill atau stir fry sahaja.
3. Kurangkan garam dan gula dalam masakan. Paling senang nak train adalah dengan ikut menu ibu berpantang atau masak tanpa garam gula. Buat selama 3-4 minggu sampai lidah adjust.
4. Hadkan makanan bersantan 1- 2 kali seminggu.
5. Makan 5 – 6 kali sehari pada masa makan yang sesuai. Sarapan antara 7 – 9 pagi, snack pagi dalam 10-11pg, lunch 12-2 ptg, snack petang 3-4 ptg, dinner 6-9 malam dan supper sebelum tidur.
6. Tidak makan di luar waktu makan. Maknanya selagi tak masuk waktu makan saya senaraikan di atas, saya tak akan makan. Kalau terasa lapar saya minum air kosong sebab kadang-kadang lapar tu tanda badan kekurangan air je. 7. Tinggalkan habit makan kuih-muih sebagai sarapan. Dulu konon tak suka sarapan heavy. So saya selalu makan kuih muih je untuk sarapan.
Tapi kuih muih ni sebenarnya sangat tinggi kalori tapi tak mengenyangkan dan buat kita cepat lapar balik.
Bayangkan 5 biji kuih boleh cecah 700kcal sedangkan sarapan sepatutnya lebih kurang 300kcal je. Lepas tu lapar balik. Makan lagi kan?
8. Meal utama iaitu sarapan, lunch dan dinner saya mesti ambil hidangan lengkap ada Karbohidrat, Protein, Lemak dan Fiber. Jadi setiap kali makan saya akan check adakah meal saya ada semua komponen tu.
9. Makan ikut keperluan kalori. Shortcut kalau tak reti kira kalori adalah follow rule #pinggansihat #sukusukuseparuh
Suku Karbohidrat, suku Protein, separuh SayurBuah.
10. Makan tanpa kuah banjir. Saya dulu makan kuah macam banjir dekat Pantai Timur. Sejak diet kuah limit kepada 2 sudu makan sahaja.
11. Minum air kosong 2-3 Liter sehari. Salah satu cara untuk hilangkan gemuk air adalah dengan minum air kosong secukupnya. Tanda minum cukup bila urin warna jernih.
12. Bawa bekal. Di awal-awal diet saya tahu belum cukup kuat nak control nafsu makan especially bila bawa anak keluar jalan-jalan time weekend.
Apa saya buat adalah bawak bekal saya sendiri. Selalunya bekal lunch dan snacking. So ini tolong elakkan saya dari cheat tanpa sedar☺️
13. Reward diri dengan cheat meal. Nak kata buat cheat day tu dah hari-hari diet saya macam cheat day je pun kan. Reward diri adalah salah satu cara saya beri semangat pada diri sendiri.
So everytime saya achieve target berat, saya reward diri dengan 1 cheat meal. And selalunya cheat meal tu pastri lah because i just love pastries ?
Itu cara saya diet. Menu-menu diet saya pun orang tengok akan rasa macam tak diet. Macam-macam saya makan.
Pada saya ramai orang fail diet bila dia tak boleh commit dengan diet yang dia buat. Sebabnya dia tak enjoy dengan diet dia.
So diet cara saya mesti kena have fun dengan diet kita. Jadikan ia lifestyle dan bukan diet nak kurus semata-mata.
Istilah ‘langkah bendul’ memang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu. Bila si adik berkahwin dahulu sebelum kakak, ada ‘mahar’ yang perlu dibayar bakal pengantin lelaki. Hmm…beruntunglah jadi kakak sebab boleh minta macam-macam!
Orang dulu-dulu memang pantang kalau adik berkahwin lebih awal dari kakak. Umpama sesuatu yang bertentangan dengan adat dan budaya masyarakat. Jangan terkejut jika sekarang pun masih ada yang berpegang pada adat ‘langkah bendul’.
Disebabkan jodoh si adik sudah tibalebih awal dari kakak, maka si adik tadi perlu memberi hadiah kepada kakak untuk menjaga hati. Dapat kakak yang tidak berkira untunglah. Tapi kalau dapat kakak yang nak minta hadiah mahal, maka pasangan yang bakal berkahwin ni pasti terbeban.
Daripada kita membebankan adik dan bakal adik ipar sendiri, adalah lebih baik kalau kakak memberi restu kepada adik-adiknya. Sematkan dalam hati, jodoh itu rahsia Allah. Ini empat perkara yang boleh anda minta untuk si adik yang bakal berkahwin:
Mendoakan kebahagiaan
Daripada minta macam-macam, lebih baik anda sendiri memberikan restu dan memohon doa agar jodoh adik-adik kekal bahagia ke akhir hayat. Doa seorang hamba biasanya akan berbalik kepada diri sendiri juga kerana Allah Maha Mendengar.
Sokonglah niat yang baik
Mendirikan rumahtangga adalah sesuatu yang dituntut agama. Sokonglah niat mereka untuk berkahwin dan membina kebahagiaan. Lebih baik mempunyai ikatan sah daripada melakukan perkara yang tidak baik dan seterusnya memberikan pandangan serong terhadap keluarga anda.
Mohon adik doakan anda bertemu jodoh
Kan lebih baik jika anda minta mereka mendoakan agar anda juga bakal bertemu jodoh yang boleh membawa kebahagiaan kepada anda sehingga ke akhir hayat. Keikhlasan anda memberi restu kepada adik mungkin dibalas dengan sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat untuk anda.
Berfikiran positif
Betulkan mindset dan berfikiran positif untuk ‘menyedut’ aura kebahagiaan. Saat anda mula berfikiran positif, anda akan terima takdir Allah dengan hati terbuka. “Jodoh belum sampai, mungkin ada rezeki lain yang Allah nak beri.” Kan lebih tenang macam tu!
Kredit foto utama: Tangkap Pictures dan Sharifah Adriana
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!