Korang Kena Tahu 5 Perkara Bila Pilih Make Up Artist Untuk Majlis Kahwin

Share

Yang menaikkan seri wajah korang untuk majlis kahwin tak lain tak bukan tentulah mak andam atau make up artist. Banyak kepentingan mengambil make up artist ni sebenarnya. Dan salah satu sebab nya ialah menyembunyikan cela yang ada pada wajah. Selain itu, ada juga sesetengah make up artist yang pandai mendandan rambut dan juga menggayakan tudung korang.Tapi sebelum mengambil make up artist, ini 5 perkara yang perlu korang tahu.

  • Tempahan awal – Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat Mak Andam atau Make-up Artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan budget anda.

 

  • Test make-up/pre-wedding makeup – Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan Mak Andam atau Make-up Artist yang dipilih.

 

  • Hanya anda seorang – Pastikan agar Mak Andam/ Make-up Artist anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan Mak Andam/ Make-up Artist anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.

 

  • Berbincanglah – Pastikan anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan Mak Andam/ Make-up Artist menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan Mak Andam/ Make-up Artist) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!

 

  • Cerewet biar kena tempatnya – Dalam menetukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik; anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda pasti akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!

Kredit : ikahwin

Published by
Bella