Korang Suami Idaman Bila Ada Semua Ni, Isteri Pasti Jadi Insan Paling Terbahagia

Share

Membina sebuah keluarga yang bahagia menjadi tujuan utama dalam sesebuah perkahwinan. Sebuah keluarga diibaratkan sebagai sebuah kapal yang sedang mengharungi lautan. Suami adalah nakhoda yang mengendalikan kapal tersebut, sedangkan isteri adalah anak kapal yang membantu suami sehingga kapal tetap sejahtera.

Semak tip berikut sama ada korang miliki seorang suami yang mithali menurut Islam. Jika belum miliki ciri ini, masih belum terlambat untuk korang membaiki diri menjadi suami yang terpuji.

Kredit foto: Pexels

MEMBINA IMAN DAN TAKWA

Seorang suami yang baik menurut Islam ialah mereka yang selalu taat pada Allah. Imannya yang kuat pada sang Pencipta membuatnya tidak pernah lalai menjalankan kewajipannya sebagai seorang Muslim. Bila suami selalu rajin beribadah, segala urusan peribadi mahupun urusan keluarganya akan dimudahkan oleh Allah.

MENJADI PEMIMPIN KELUARGA

Seperti yang sudah disebutkan sebelumnya bahawa suami adalah seorang nahkoda yang memimpin perjalanan mengharungi lautan agar sampai pada tujuan iaitu keluarga yang sakinah, mawadah, dan wa rahmah. Menurut Islam, kelak di akhirat nanti suami akan dimintai pertanggungjawabkan  sebagai seorang pemimpin keluarga. Ia seharusnya boleh membahagiakan isteri dan anak-anaknya. Suami juga perlu boleh membuat keputusan-keputusan yang memerhatikan hak dan kewajipan setiap anggota keluarga.

MEMBERIKAN NAFKAH YANG HALAL

Seorang suami yang baik wajib memberi nafkah kepada keluarganya dengan cara-cara yang halal termasuk memberikan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang layak. Pemberian nafkah perlu sesuai dengan keperluan, tidak berlebihan dan tidak kekurangan.

Kredit foto: Freepik

MEMULIAKAN ISTERI

Dengan memiliki akhlak mulia, suami akan selalu menjaga hubungan baik dengan orang lain mahupun dengan Allah. Memiliki akhlak mulia juga bererti menghindarkan diri dari perbuatan dan perkataan yang kotor. Suami yang berakhlak mulia akan selalu lembut dan baik kepada isterinya.

MENJAGA PENAMPILAN

Menjaga penampilan bererti tampil rapi, bersih dan wangi. Selain itu, seorang suami yang baik juga perlu berpakaian sesuai syariat Islam. Mengapa demikian? Ini kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Bila suami tampil bersih dan berpakaian kemas, tentu akan memberikan kesempurnaan dalam keluarga. Seperti halnya suami yang menginginkan isteri tampil cantik, begitu pula isteri pun ingin agar suami dapat menjaga penampilannya.

MENJAGA AIB KELUARGA

Dalam kehidupan sehari-hari, jarang seseorang terjebak oleh keinginan memperkata kekurangan pasangannya. Seorang suami yang baik menurut Islam tidak boleh mengaibkan keluarga. Keluh kesah mengenai hal-hal buruk isteri justeru menjadi petanda kurang baik bagi keharmonian keluarga. Bukankah sejak awal ketika  anda memintanya sebagai isteri, anda sudah siap menerimanya dengan segala kelebihan mahupun kekurangannya? Maka bila suatu kali anda tergoda untuk membicarakan kekurangan isteri, ingat lagi komitmen perkawinan anda.

Kredit foto: Pexels

SELALU MENEPATI JANJI

Karakter inilah yang perlu dimiliki oleh seorang suami Islam yang baik. Ia perlu sentiasa boleh memanfaatkan waktu dengan baik dan  menepati janjinya kepada siapa pun. Dalam Islam, waktu amatlah berharga sehingga manusia perlu memanfaatkan lima perkara sebelum lima perkara: muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, senggang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati.

MEMBANTU ISTERI MELAKUKAN KERJA RUMAH

Masih banyak yang faham bahawa pekerjaan rumah tangga biarlah menjadi urusan isteri semata-mata. Padahal untuk menjaga keharmonian keluarga perlukan kerjasama yang baik antara suami dan isteri. Sebagai bentuk kepedulian anda terhadap isteri, bantulah dia mengerjakan kerjaan rumah ketika anda memiliki kesempatan. Dengan begitu, anda telah menjadi seorang suami yang baik di mata isteri.

MENDIDIK ANAK-ANAK DENGAN BAIK

Suami juga berperanan dalam mendidik anak-anak. Suami yang baik ialah yang boleh membuat anak-anaknya mencintai ilmu serta mengamalkannya bagi bangsa, negara dan agamanya. Mendidik keluarga dengan ajaran Islam dan mengajak mereka menjalankan perintah Allah akan menjaga mereka dari api neraka.

MELUANGKAN WAKTU UNTUK ISTERINYA

Tersenyumlah dan peluklah isteri anda sekerap mungkin. Ungkapkan rasa cinta dan terima kasih anda  atas semua yang telah istri anda lakukan. Suami yang baik akan selalu meluangkan waktu untuk bersama dan mendengarkan apa yang menjadi permintaan isterinya.

Kredit foto (top image): Pexels 

 

Published by
Hasliza