Kreatif Sungguh Pelamin Ala Yuna Ini. Hanya Berlatarkan Kebun Pisang Ayah.

Share

Siapa sangka pelamin Yuna yang sangat mewah rekaan The Calla menjadi insprasi oleh banyak pengantin-pengantin baru. Mungkin tidak memiliki bajet sebanyak yang dikeluarkan Yuna, namun kreativiti perancang perkahwinan nyata memberikan kelainan terhadap majlis resepsi yang diadakan. Seperti yang kita tahu baru-baru ini tular tentang ramai yang mahukan pelamin ala-ala Yuna namun dengan permintaan bajet yang tidak munasabah serendah RM200. Nak beli bunga pun tak lepas tu!

Namun kini tular ‘Pelamin Yuna Tak Yuna Sangat’ yang dihasilkan secara kreatif oleh Butik Pengantin Setia. dalam status laman facebook mereka perancang perkahwinan butik ini berkata, “Selesai pelamin petang ini. Kerja saya adalah untuk merealisasikan impian pengantin. Lagipun ini kerja mulia, dapatlah buat pelamin Yuna Tak Yuna Sangat sesuai dengan harga bayaran. Mungkin kalau bajet lebih lagi saya dapat buat 90% sama. Lagipun artis banyak duit, kita pula buat cara duit tak banyak. Kami cuba buat mengikut barang yang sudah sedia ada dengan garapan idea sendiri berlatarkan pokok pisang dan pokok serai yang segar. Pengantin suka dan kita pun suka bila pengantin nampak gembira.”

Dalam satu temubual bersama laman sesawang mstar, perancang perkahwinan butik ini ada menyatakan yang menelan kos antara RM1000 ke 1500 bergantung kepada penggunaan bunga, kerusi serta kos pemasangan dan penghantaran. Dan pelamin yang diadakan berlatar belakang pokok pisang ini merupakan pelamin kedua yang digunakan untuk tujuan bergambar kerana pelamin utama berada di dalam rumah.

Kredit foto: Butik Pengantin Setia

Published by
Fiezreen