Kalau sudah jodoh, meskipun sudah berpisah, kasih sayang itu akhirnya bertaut kembali. Berkahwin semula dengan pasangan yang pernah berpisah sebelumnya bukanlah satu perkara yang mudah.
Ini membuktikan betapa kuatnya cinta pasangan ‘istimewa’ ini. Pernah hidup bersama sebagai suami isteri, kemudian berpisah dan akhirnya bersatu kembali sebagai suami isteri.
Melalui satu perkongsian seorang pengguna media sosial, dia berkongsi momen bahagia berkahwin semula dengan bekas suami selepas 16 tahun berpisah.
Okey lah.. hari ni ibu tunaikan permintaan..
Ramai yg pm_dm_wasap tanya sape cinta ibu…
Dia adalah Ayah kepada anak ibu.. amni…
Kiranya My First Love ibu lah…
Semuanya takdir ALLAH dan
JODOH kami masih kuat…
Ibu harap semua doakan yang baik baik…
Dan ibu post sebab ibu tak nak timbulkan fitnah
Ibu harap semua dapat respect ibu sebagai
isteri orang dan jaga lisan bersama…
View this post on Instagram
Menurut Miznur888 dia dan suaminya pernah berkahwin pada tahun 2000. Jodoh mereka tidak panjang. Mereka telah dikurniakan seorang anak tunggal. Selepas 16 tahun jodoh mereka kembali bertaut dan mengambil keputusan untuk bernikah semula.
Anak tunggal kami.. hasil cinta kami
Nur Amni Binti Mohd Azami…
Kebahagiaan ALLAH ganti balik
dengan izinNYA…
View this post on Instagram
Miznur888 juga bercerita tentang adik beradiknya yang ketika dia bernikah kali pertama masing-masing masih bersekolah. Sekarang ketika dia kembali bergelar isteri, mereka sudah menjadi insan-insan yang berjaya.
Tahun 2000 masa kami suami isteri.. adik beradik ibu masih sekolah lagi… sekarang adik beradik ibu semua berjaya.. Abg sulung manager bank, adik ibu nina Engineer Petronas, Aiman Polis nakotik, Azim ada gudang frozen, Neem manager at tuty beauty house… ibu hanya insan biasa🤲 moga ALLAH sentiasa lindungi, rahmati dan berkati keluarga kami♥️
View this post on Instagram
Perkongsian yang dibuat telah mendapat perhatian ramai warga maya. Rata-rata tumpang gembira dengan pernikahan wanita itu.
Berikut antara komen-komen yang dititipkan oleh warga maya:
- Alhamdulillah. Tahniah ibu. Percaturan Allah siapa yang tahu. Semoga ibu lebih bahagia. Walaupun xpernah sekali pun sy komen di ig ibu, tp sy suka tgk story & gmbr² ibu.
- Semoga kebahagiaan milik ibu bersama yg tersayang selamanya . Ameen yra 🤲
- Semoga ibu berbahagia sampai syurga Allah.
- Alhamdulillah , selamat pengantin baru kaknor 🥰🥰🥰 semoga ikatan perkawinan kaknor kekal hingga ke jannah aamin.
Sumber: Instagram Miznur888
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI