Bagi mengekalkan kebahagiaan untuk tempoh yang lama, kedua-dua pasangan perlu mengelakkan daripada melakukan tabiat yang toksik dalam perhubungan atau ‘toxic relationship’ yang boleh menyebabkan suatu hubungan percintaan itu akhirnya pudar, rosak, binasa dan menuju kehancuran.

Kuat Perli Pasangan Antara Punca Ramai Bergaduh
1. Berlagak seperti masih bujang

Nama pun perhubungan, kenalah babitkan dua orang. Tapi, jika anda masih berlagak seperti hidup sendirian, tanpa ambil kira perasaan pasangan, bermakna anda tidak betul-betul komited pada si dia. Bila anda dalam perhubungan, anda kena beringat sama akan perasaan suami. Adakah anda buat rancangan tanpa memberitahu padanya?

Adakah anda suka berahsia daripada pengetahuan si dia? Tak bolehlah masih hidup seperti bujan tetapi masih mahukan manfaat berteman seranjang. Jika anda mahu hidup bujang, hiduplah bujang. Jika anda mahu komited dalam perkahwinan, kenalah komited pada setiap perbuatan anda, secara bersama-sama.

2. Hanya bertanggungjawab pada kewangan sendiri

Isu duit memang antara cabaran terbesar dalam perkahwinan. Jika anda atau suami berterusan berbelanja tanpa memikirkan ianya adalah sebahagian daripada keperluan keluarga, mulalah institusi perkahwinan akan mula retak dan berantakan. Ini sama kes seperti di atas, berlagak bujang..

3. Tiada minat atau hobi lain

Kesannya sama seperti berlagak bujang, apabila anda hanya melakukan apa yang pasangan anda minati. Anda masih perlukan hidup, teman, minat, hobi dan masa sendiri. Malah, pakar perhubungan turut berkata, dalam usaha untuk ‘bersatu’ dengan suami atau isteri, ramai yang lupa minat, hobi dan cita-cita sendiri – padahal impian anda yang itulah buat pasangan minat pada anda.

Anda perlu cuba untuk menghargai waktu untuk diri sendiri, sebab tiada peraturan mengatakan anda hanya perlu berkepit dengan pasangan 24/7. Jika anda sudah lama tidak berjumpa dengan kawan-kawan, minta izinnya dan keluarlah berjumpa mereka.

4. Sensitif sangat dan kurang keyakinan

Tiada yang lebih melukakan daripada terasa tidak bernilai dalam hubungan cinta dan perkahwinan. Rasa kurang yakin ini lama kelamaan boleh membibit cemburu. Sukar untuk mempercayai pasangan jika dia hanya buat anda rasa tidak berharga. Jika keadaan ini berterusan, anda kena tanya pada diri sendiri, adakah ianya berbaloi untuk diteruskan?

5. Bersikap sinikal dan kuat memerli pasangan

Bila ada rasa tidak puas hati, kamu tidak cuba untuk berterus-terang kepada pasangan. Sebaliknya, kamu menggunakan ayat-ayat ‘pedas’ untuk menyakitkan hati si dia. Mungkin dengan berbuat demikian, kamu akan berasa puas untuk seketika. Namun, jika pasangan kamu buat tak faham, kamu sendiri yang akan makan hati akhirnya. Kamu perlu faham bahawa sesetengah orang, terutamanya golongan lelaki adalah ‘kalis’ perli. Daripada kamu berkias-kias, lebih baik kamu berterus terang dan cari penyelesaian bersama.

Sekali-sekala sudah tentu tidak mengapa untuk bergurau nakal, tetapi bila asyik memerli dan memperlekeh, itu sudah jatuh status tidak menghormati. Perbuatan sebegini akan buat pasangan terluka dan defensif. Pastikan pasangan tahu jika ‘gurauannya’ melampaui batas.

Kuat Perli Pasangan Antara Punca Ramai Bergaduh6. Kurang kasih sayang

Asyik berkepit pun tak bagus, tapi kurang perhatian juga boleh merosak hubungan cinta. Sentuhan dalam perkahwinan amat perlu, jadikan tabiat bercumbu sebelum keluar rumah satu rutin harian. Jika anda mahu selamatkan keadaan, mulakan terlebih dulu. Berpegang tangan, berpeluk adalah antara cara untuk kembalikan cinta dalam perhubungan.

7. Semua perkara disampaikan menerusi teks

Teknologi dan media sosial sudah menjadi aset harian dalam masyarakat. Namun, ia juga adalah punca ‘kematian’ banyak perhubungan. Dua orang yang tinggal serumah langsung tidak bercakap, matinya komunikasi. Letak telefon ke tepi, tutup komputer dan duduk bersama bila makan malam atau bersiar di kawasan kejiranan. Luangkan masa untuk kongsikan aktiviti harian anda. Status sosial anda boleh buat kemudian, ia takkan ke mana-mana pun. Tapi pasangan anda boleh kosongkan rumah jika anda tidak beri perhatian kepadanya.

8. Kuat bebel

Ini adalah pemusnah keseronokan dalam hubungan cinta dan perkahwinan. Malah, satu laporan Wall Street Journal pernah mengatakan yang bebelan dalam interaksi di mana seorang asyik buat permintaan dan seorang lagi hanya ‘buat bodoh’ dan kedua-duanya jadi sakit hati adalah isu yang pasangan perlu lalui. Pakar berkenaan berkata, ia adalah sejenis toksik komunikasi yang boleh menenggelamkan perhubungan. Cara terbaik menamatkan bebelan adalah menyelesaikan isu berkenaan.

9. Perangai kompulsif

Ads

Bila anda tidak gembira, anda cuba salurkan pada sesuatu atau seseorang. Ini adalah bendera merah dalam perkahwinan. Jika anda suka habiskan masa membeli-belah, makan banyak atau sehingga sanggup membuka laman pornografi setiap hari, anda telah mencapai tahap mengetepikan pasangan. Anda perlu berterus-terang kepada pasangan supaya dia tahu apa dilema yang bermain dalam fikiran.

10. Tidak jujur

Ini adalah ‘punca kematian’ dalam perkahwinan. Jika anda tidak dapat percaya si dia, anda tidak lagi layak berada dalam perhubungan ini. Bila anda rasa tidak dihargai, tidak dipercayai, tidak dicintai, anda sebenarnya tidak lagi didahului dalam perhubungan ini. Jika anda rasa tidak lagi percayakan si dia, tanya diri: “Kenapa? Adakah si dia buat anda tertanya akan nilai diri? Adakah si dia sedang curang?” Atau, adakah anda yang tidak jujur dalam perhubungan ini. Adakah anda yang curang? Jika ya, cari cara untuk tamatkan kitaran ini. Lepaskannya pergi. Pilih untuk jadi jujur.
Kuat Perli Pasangan Antara Punca Ramai Bergaduh11. Asyik kira markah

Setiap kali kamu dan si dia bertengkar, mesti salah satu pihak akan mengungkit kesalahan lama. Kalau kesalahan tu baru berlaku semalam tak mengapa, tapi kalau perkara yang dah berlaku tiga tahun dulu pun masih nak diungkit itu menunjukkan tanda perhubungan yang tidak sihat. Kamu dan pasangan kamu juga saling mengumpul ‘markah’ untuk dijadikan modal pertengkaran akan datang.
Kamu harus sedar bahawa sikap ini akan meletihkan mental dan fizikal kamu dan pasangan.

Sebabnya, kamu terlalu fokus untuk mengingati kesalahan yang pernah dilakukan oleh si dia sehingga kamu tidak lagi menghargai momen-momen penting bersama. Kamu harus ingat bahawa menerima pasangan kamu bererti kamu juga menerima kisah silamnya. Oleh itu, jika ada perkara tentang dirinya yang membuat kamu berasa tidak senang, selesaikan dengan komunikasi yang efektif. Jangan pula simpan sebagai modal pertengkaran kamu tahun depan!

12. Beli penyelesaian

Setiap kali kamu berkonflik, satu-satunya penyelesaian ialah si dia membelikan kamu ganjaran atau sebaliknya. Penyelesaian ini bersifat sementara kerana isu yang perlu diselami tidak diselesaikan dan sekadar dikaburi. Seeloknya, jangan mulakan tabiat ini kerana ia akan menjadi satu kebiasaan dan menyebabkan hubungan kamu bergantung kepada materialism semata-mata.

Tidak salah bersifat romantik terhadap pasangan, namun jangan jadikan hadiah mahal atau ganjaran sebagai cara menyelesaikan masalah. Komunikasi tetap menjadi tunjang utama, maka kepilkan hadiah kamu itu bersama ruang untuk duduk bersama dan berbincang secara berhemah.

13. Cemburu buta

Mengawal tingkah laku dan pergaulan pasangan sehingga menyebabkan pasangan rasa tersepit merupakan tingkah laku yang tidak sihat. Kamu tidak mengizinkan si dia lepak bersama teman-temannya kerana tak mahu dia merokok, atau memarahinya berpakaian cantik kerana takut menarik perhatian lelaki lain bukanlah cara menunjukkan kasih sayang kamu kepadanya. Sebaliknya, sikap ‘control freak’ kamu itu akan mengundang si dia untuk menipu supaya dia dapat melakukan perkara yang dihajati tanpa membuat kamu marah.

Belajarlah untuk percaya kepada pasangan kamu. Perasaan cemburu itu adalah normal, namun cemburu buta tidak baik untuk kamu dan juga dia. Kamu juga perlu hidup dengan tenang dan fokus kepada komitmen-komitmen kamu yang lain.

14. Korbankan kegembiraan sendiri

Matlamat hidup kamu hanya mahu menggembirakan si dia. Kamu sanggup berbuat apa sahaja, termasuk mengorbankan masa dan wang ringgit supaya mood pasangan kamu sentiasa baik. Setiap kali si dia marah atau tidak gembira, kamu akan merasakan bahawa kamu telah membuat kesilapan besar.

NO!

Ads

Kamu tidak boleh menyandarkan kebahagiaan kamu pada kehidupan orang lain. Kamu berhak untuk berasa gembira dan digembirakan. Luaskan perspektif kamu dan berkawan seramai yang mungkin supaya kamu boleh melihat kebarangkalian yang kamu boleh gembira tanpa asyik berkorban. Sekiranya dia tidak gembira apabila kamu gembira, mungkin sudah tiba masanya kamu bebaskan diri daripanya.

15. Cuba mengubah diri pasangan

Anda pasti rasa tidak selesa apabila seseorang datang kepada anda untuk mengubah diri anda, jadi apakah anda rasa OK untuk mengubah diri pasangan anda kerana merasakan dia tidak sempurna sehingga anda perlu memperbaiki dia mengikut selera dan citarasa anda?

Tidak dinafikan pasangan anda pasti mempunyai suatu tabiat dan sikap yang anda tidak suka dan mahu lihat ia hilang, tetapi untuk membentuk personalitinya menjadi seorang yang lain boleh menjadi suatu yang merimaskan. Tidak mengapa jika anda menegur dan mengingatkan dia sekali sekala agar mengubah tabiat buruk seperti kuat merokok, tidak membasuh pinggan selepas makan dan sebagainya, namun kalau setiap hari anda berleter dan membebel perkara yang sama, siapa-siapa pun akan rasa rimas.

Ingat, tidak ada manusia yang sempurna. Jika ada ada terlalu banyak rungutan terhadap pasangan anda, maka mengapa anda bercinta dan mendirikan rumahtangga bersama dengan pasangan anda pada awalnya? Bukankah anda suka kepadanya dulu adalah kerana personaliti dirinya, kenapa anda mahu mengubahnya menjadi orang lain apabila sudah ada dalam perhubungan?

Dan jika anda kerap membebel akan keburukan dan kelemahannya, anda fikir berapa banyak pula keburukan dan kelemahan anda yang pasangan anda selama ini diamkan hanya kerana mahu menjaga hati anda?

16. Menyimpan dendam

Kita semua tidak lari dari membuat kesilapan, namun yang penting adalah menjadikan ia dendam. Jangan takut untuk berhadapan dengan kesilapan, beranikan diri untuk meminta maaf dan lapangkan dada untuk saling memaafkan antara satu sama lain. Apabila anda menyimpan dendam, anda sebenarnya membenarkan dendam itu mengisi ruang di antara anda berdua, dan ruang itu akan menolak dan menjarakkan lagi hubungan anda dan pasangan.

17. Memendam perasaan dan berdiam diri

Pasangan anda bukan psikik. Apabila anda berdua menghadapi masalah, anda tidak boleh hanya memendam perasaan, berdiam diri dan menyimpan sahaja masalah anda dalam hati. Belajar bagaimana untuk membuka hati dan saling menerima antara satu sama lain untuk melalui saat-saat sukar bersama-sama. Ingat, beban rumahtangga bukan untuk ditanggung seorang diri dan sebelah pihak sahaja. Lagipun, apa guna hidup berpasangan kalau anda mahu berahsia dan tidak mahu berkongsi dengannya.

18. Kuat mengintip

Amanah adalah asas bagi setiap hubungan yang kuat. Kuat mengintip membuktikan bahawa anda sebenarnya tidak menaruh kepercayaan dan tidak menghormati kerahsiaan pasangan anda, dan itu merupakan suatu masalah yang besar. Anda terlalu sibuk nak tahu apa dia buat, berkawan dengan siapa, mahu ikut dia ke mana sahaja dia pergi, baca semua mesej dan emelnya.

Adakah anda begitu tidak percaya kepada pasangan anda sendiri sehingga langsung tidak boleh mempercayainya? Kalau begitu amat malanglah kerana anda hidup bersama pasangan anda dalam keadaan penuh ketakutan. Selagi tiada berlaku apa-apa yang buruk atau pasangan anda melakukan sesuatu yang meragukan, usah terlalu berprasangka buruk.

Ads

19. Membandingkan hubungan masa lalu

Sebelum anda mula bercinta dan berumahtangga dengan pasangan anda, anda mungkin pernah bercinta atau berumahtangga dengan orang lain di masa lalu dan hubungan itu telah pun berakhir. Dengan berakhirnya hubungan lalu maka anda harus lepaskan segala beban masa lampau anda.

Ingat, setiap hubungan baru adalah permulaan yang baru. Jangan sekali-kali membandingkan hubungan anda pada masa sekarang dengan hubungan anda pada masa lalu, membandingkan pasangan terkini anda dengan pasangan lama anda, sama ada pada hal yang baik atau pun yang buruk. Yang lepas itu lepas, sekarang masa untuk terus pandang ke hadapan.
Kuat Perli Pasangan Antara Punca Ramai Bergaduh20. Mengambil mudah

Apabila anda terperangkap dalam rutin harian yang sama dan membosankan, anda akan terbiasa untuk mengambil mudah dan tidak mengambil serius terhadap perkara-perkara kecil namun dirasakan penting bagi pasangan anda. Lebih-lebih lagi apabila hubungan itu sudah agak lama, ia mudah untuk membuatkan anda rasa bosan dan tidak lagi bersungguh dan berusaha dalam perhubungan ini.

Jangan. Berikan kesungguhan dan usaha anda untuk menunjukkan betapa anda mencintai dan menghargai pasangan anda, seperti mana anda cuba untuk memenangi dan mendapatkan cintanya untuk pertama kali dahulu.

21. Mengadu masalah kepada orang lain

Tidak semua masalah dapat atau sesuai untuk dikongsikan kepada pasangan. Ada juga masalah yang mungkin hanya perlu dipendam, atau dikongsi kepada teman rapat atau ahli keluarga yang lain. Namun jangan semua masalah diadukan kepada orang lain tetapi tidak kepada pasangan sehingga menimbulkan persoalan, apa guna bercinta dan hidup dengannya kalau anda tidak mahu mengadu masalah anda kepadanya?

Paling utama jangan sering mengadu masalah dan meminta pertolongan kepada orang lain yang berlawanan jantina, silap haribulan anda terjatuh hati pula kepadanya lalu berlaku curang kepada pasangan anda.

22. Menyalahkan pasangan terhadap emosi sendiri

Katakan anda mempunyai hari yang buruk di tempat kerja dan pasangan anda belum tahu mengenainya kerana anda belum lagi memberitahunya, namun anda rasa geram dan marah kerana melihat pasangan anda ceria dan melakukan aktiviti hariannya seperti biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku, lalu anda melepaskan kemarahan dan menyalahkan pasangan anda atas segala masalah dan kecelaruan yang melanda emosi anda.

Jangan ingat pasangan anda mempunyai kuasa super yang boleh membaca isi hati untuk mengetahui masalah anda. Beritahu masalah anda, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, sekurang-kurangnya anda ada tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan.
Kuat Perli Pasangan Antara Punca Ramai Bergaduh
.

23. Terlalu mengongkong dan mengawal

Sebuah pasangan itu saling memerlukan, saling melengkapi dan mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain, namun tidak bermakna seorang perlu menjadi seperti tuan dan seorang lagi menjadi seperti hamba. Tidak dinafikan pasangan yang bercinta apatah lagi sudah berumahtangga, kebebasan masing-masing ada hadnya kerana mereka perlu lebih fokus pada pasangan dan keluarga, namun bukan bermakna anda boleh bersikap terlalu mengongkong dan mengawal pasangan anda, malahan ada yang sampai menghalang pasangan daripada berjumpa dengan keluarga dan kawannya sendiri.

Tahukah anda, anda cuma bercinta dan berkahwin dengan pasangan anda untuk berkongsi hidup anda dengan dia, bukan nak jadikan dia orang gaji atau hamba.

24. Kuat merungut dan mengungkit

Dua perkara yang paling harus dielakkan adalah kuat merungut akan kelemahan pasangan dan mengungkit-ungkit peristiwa lama. Malah jika berlaku perselisihan faham kecil pun, habis semua keburukan dan kesalahan lampau pasangan diungkit semula. Apa yang berlaku semua nak salahkan pasangan. Anak demam salah pasangan. Tayar kereta pancit salah pasangan. Cuaca panas salah pasangan.

Dan yang paling penting untuk dielakkan adalah merungut tentang keluarga pasangan terutama ibu bapanya. Ibu bapa pasangan mungkin bukan ibu bapa sebenar anda, tapi dia tetap ibu bapa pasangan anda yang menjaga dan membesarkan pasangan anda dari kecil. Kalau anda tak berapa gemar dengan ibu bapa mertua anda pun, jangan merungut di depan pasangan anda. Kalau anda tak hormat ibu bapa pasangan anda, bagaimana pasangan anda mahu hormat pada anda?

25. Tidak menghargai pasangan

Orang yang anda cinta dan mendirikan rumahtangga adalah orang yang penting dalam hidup anda. Matlamat rumahtangga bukan setahun dua, tapi sepanjang hayat. Maka jangan lupa untuk menghargai pasangan anda walau kerana sekecil-kecil perkara. Biar sudah berkahwin 5 atau 10 tahun, tapi pastikan ucapan terima kasih dan saya sayangkan awak tidak pernah lekang dari mulut anda.

Malah ada banyak cara untuk menghargai orang tersayang anda, antaranya bercakap dengan bahasa yang lembut dan baik, membantunya dalam menguruskan rumahtangga, membelikannya hadiah hari lahir, membawanya pergi bercuti dan sebagainya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI