Kulit wajah memang rutin aset yang paling dijaga oleh semua orang. Dengan adanya kulit wajah yang bersih dan cantik, ia sekali gus akan menaikkan keyakinan diri seseorang. Jadi, tidak hairanlah ada yang sanggup berhabis duit melabur untuk penjagaan wajah.
Ya betul, tak semua produk sesuai dengan kulit muka kita. Ada yang kena dan ada juga yang tidak. Bukan semua orang senang nak dapat kulit ‘flawless’ ni lagi-lagi yang suka bertukar-tukar skincare. Tak salah nak cuba produk baru. Ni ada beberapa tips untuk anda. Semoga bermanfaat!
1) Jangan terus bertukar produk
Jangan terus berhenti dan terus bertukar kepada skincare yg lain dalam masa sehari. Akak tahu mesti ramai yg dah tak sabar nak guna produk baru kan? Nak tukar skincare pun ade cara dia tau. Bukan main guna atau tukar je. Takut-takut kesan gabungan produk lama di wajah anda dgn produk baru boleh menjadi racun pulak, Ini dia cara penukaran skincare yang betul dan selamat.
2) Stop guna previous skincare dalam 7-14 hari
Boleh apply pelembap secara halus untuk elak kulit kering. Doktor suggest hanya basuh air suam selalu pada muka @ guna hampas tea yang dah guna buat air tu.
3) Membiarkan wajah neutral selama 7 hari sekurangya
Maksudnya, membiarkan wajah anda bebas dari sebarang produk. Penerimaan kulit kita berbeza-beza, takut juga kulit kita terkejut dengan kedatangan produk baru.
4) Cuci muka balik
Pastikan anda semua detox balik kulit tu. Anda boleh cuci muka dengan air biasa atau air suam.