Isu perbelanjaan untuk persediaan perkahwinan menjadi satu masalah besar kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga terutamanya nilai wang hantaran.
Niat nak kahwin dah ada cuma tunggu jodoh dan duit je. Jodoh dah ada, duit pula entah ke mana.

Kalau dah ada niat tu, terus istiqamah kumpul duit. Kena tahu dulu beza duit hantaran dan mas kahwin. Ramai juga yang keliru antara mas kahwin dan wang hantaran kahwin. Ada yang tidak tahu mana satu yang wajib dan mana satu yang tidak.

Ads
Ads
Ads
𝗠𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻 (𝗠𝗮𝗵𝗮𝗿) 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗷𝗶𝗯
– Mas kahwin ataupun disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya atas sebab pernikahan. Mas kahwin ini akan menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil oleh orang lain termasuklah keluarga si isteri atau suami kecuali dengan keizinannya.
Mahar perlulah diberi dengan sesuatu yang bernilai sama ada dalam bentuk material contohnya wang tunai atau gelang emas. Selain daripada itu, mahar juga boleh diberikan dalam bentuk maknawi contohnya seperti bacaan ayat Al Quran.

𝗪𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻

– Wang hantaran kahwin pula adalah hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak bakal suami kepada bakal isteri. Nilainya perlulah diterima dengan rela hati oleh kedua-dua belah pihak.
Ianya tidak wajib dan tidak menjadi hak mutlak sepenuhnya bakal isteri. Sebaliknya wang hantaran ini boleh digunakan oleh keluarga pihak perempuan dalam persediaan majlis perkahwinan.
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗔𝗱𝗮 𝗠𝗮𝘀 𝗞𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻?
– Ada yang tertanya-tanya kenapa perlu adanya mas kahwin ini? Mas kahwin atau mahar ini besar hikmahnya dalam penyatuan dua jiwa. Antara hikmahnya adalah:
1. Sebagai Cara Untuk Memuliakan Wanita
Mahar kahwin adalah satu cara untuk memuliakan kaum wanita. Ia menandakan kaum lelakilah yang mencari dan berusaha mengeluarkan hartanya demi mendapatkan wanita.
2. Menzahirkan Rasa Cinta
Mas kahwin adalah cara untuk menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Sesuai dengan sifat mas kahwin yang melambangkan pemberian, hadiah, atau hibah.
3. Lambang Kesungguhan
Mahar juga membuktikan kesungguhan seorang lelaki untuk membina perhubungan dan memperisterikan seorang wanita.
Islam meletakkan tanggungjawab yang besar dan berat dalam keluarga kepada suami. Jadi wajarlah suami yang perlu mengeluarkan hartanya bagi membina dan mempertahankan nilai sebuah keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI