Menjelang hari persandingan, pasti kerunsingan membelenggu fikiran dan perasaan. Sedar atau tidak, masalah yang ditanggung secara tidak langsung turut terkesan pada kulit wajah. Garisan halus akan menjelma sehingga wajah kelihatan lesu dan tidak bermaya. Jika ini berlaku pasti menjadi pengalaman ngeri buat bakal pengantin. Maka kunjungan ke spa perlu dilakukan oleh bakal pengantin agar kembalikan keyakinan diri. Berikut antara spa yang boleh bakal pengantin kunjungi.
TINI’s SPA BEAUTY AND SLIMMING
Usah bertangguh lagi. Segeralah dapatkan rawatan bagi memastikan wajah dan tubuh dirawat dengan sempurna. Namun di manakah tempatnya? Apa kata anda kunjungi Tini’s Spa Beauty And Slimming yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ataupun di Taman Dagang, Ampang.
Menurut pemiliknya, Hartini Halim, spa ini menyediakan rawatan wajah dan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Antara rawatan yang tersedia ialah rawatan wajah, tubuh, pelangsingan, waxing, manicure, pedicure dan lain-lain.
MBH MediSpa
MBH MediSpa menyediakan pelbagai perawatan bagi memenuhi kehendak mereka yang ingin membelai wajah sebelum hari perkahwinan. Di sini, pelanggan dilayan bagaikan puteri bagi memastikan semua pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.
Ads
MBH MediSpa lebih banyak menumpukan rawatan wajah diuruskan oleh Yaya Mohammad selaku Pengasas bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Shida Mohammad. Spa yang berpaksikan bidang rawatan kecantikan dan kesihatan ini mempunyai 13 buah cawangan antaranya di Shah Alam, Bangi, Senawang, Johor Bahru, Ipoh dan Sungai Petani.
ALAMMI SPA
Alammi Spa, namanya diambil sempena produk semua jadi yang menjadi teras bagi rawatan di sini. Sementara menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan, pengunjung akan dibuai dengan alunan muzik yang menenangkan jiwa sambil minum secawan air halia suam sebelum memulakan rawatan bagi memberi tenaga dan baik untuk penghadaman.
Pengarah Urusan, Maziana Yahya, berkata, spa ini mula beroperasi sejak tahun 2008 di bawah label Tanamera Spa dan kemudiannya diberi penjenamaan semula dengan nama Alammi Spa pada tahun 2014. Spa yang beroperasi di tingkat tiga, Hotel Concorde Shah Alam dibuka sejak tahun 2011. Istimewanya, spa ini menawarkan rawatan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki termasuklah rawatan untuk bakal pengantin.
Ads
Spa ini turut menawarkan pakej rawatan untuk bakal pengantin dari hujung rambut hingga hujung kaki antaranya skrub badan, bertangas, mandi bunga, pedicure, manicure dan rawatan rambut.
ESTETIKA MEDISPA
Jika anda mengimpikan kulit bersih dan sihat, apa kata buat temu janji di spa kecantikan Estetika Medispa di Seksyen 14, Shah Alam. Ternyata ia sesuai buat bakal pengantin menjelang majlis perkahwinan yang bakal berlangsung.
Ads
Paling menarik, di sini ada disediakan pelbagai rawatan wajah mengikut kesesuaian kulit dengan harga yang sangat berpatutan. Antara rawatan yang disediakan ialah Diamond Glow Therapy, Dermo Expert, Dermo Expert Plus, Vibrant, Lips Rejuvenation, Dermapen, Resurface, Double Layer Vitamin C Facial, Diamond Corbon, Acne Clear dan beberapa lagi terapi.
SPA TELAGA BUNGA BY TIRTA SPA
Menjengah ke Spa Telaga Bunga yang terletak di dalam Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur ini, diri terasa selesa dengan dekorasi keseluruhan spa yang begitu tenang dan mementingkan kebersihan. Pelanggan yang datang disambut dengan dekorasi bertema Bali yang menguasai ruang. Tambah mengasyikkan dendangan muzik sesungguhnya menghadirkan aura selesa di segenap ruang spa milik peribadi Gusti Ayu Made Mudiasih dan suami.
Rawatan skrub dan mandi susu antara rawatan yang wajar buat bakal pengantin. Saksikan rawatan ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fokus kepada bakal pengantin, kalau nak mekap cantik kemas tak cepat cair anda kena rajin pakai pelembap. Tak kira jenis kulit macam mana sekali pun, kena jadikan rutin pagi dan malam sebelum tidur.
Nak Mekap Cantik
Ini cara nak mengekalkan kelembapan wajah dan menangani masalah kulit seperti kusam dan jerawat.
Jadi kali ini anda boleh cedok beberapa ilmu tentang kecantikan daripada saudari Zaty Asri tentang pemilihan pelembap ikut jenis kulit.
Sebenarnya pelembap ada dua jenis tekstur iaitu krim dan gel. Mesti ramai tak tahuapa perbezaan ini, bukan? kan?
Tekstur Krim
Tekstur – Pekat (Campuran Minyak+Air)
• Tahan lama di kulit
•Jenis Kulit yang sesuai – Kulit Kering + Kulit Kusam
Boleh cuba Bio Essence Moisturizer. Dia dapat repair & replenish & renew skin.
Tekstur Gel
•Tekstur – Ringan
• Tidak melekit bila pakai
• Jenis Kulit yang sesuai – Kulit Berminyak, Kulit Kombinasi, Kulit berjerawat
Boleh cuba Hada Labo Moisturizer. Dapat glowing & hydrateskan kulit.
Harga agak keras tetapi berbaloi dengan hasilnya. Penting untuk anda pilih pelembap yang bersesuaian.
Sebagai contoh kulit berminyak, tapi pakai krim. Makanya shining teruk lah muka sampai boleh tersumbat liang pori dan menyebabkan jerawat.
Kulit kering pula kalau pakai gel memang tak cukup kelembapan pada kulit dan menyebabkan kusam.
Jadi sekarang semak, betul tak pilihan pelembap yang anda pakai itu? Kalau salah, jom betulkan supaya kulit kita lebih sihat dan glowing tanpa masalah jerawat dan jeragat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara amnya lelaki itu sangat mudah dan simple. Tidak kira dari segi personaliti, perangai, dan lain-lain. Mereka ini tidak mudah untuk merumitkan keadaan sekeliling. Jika anda sudah berkahwin sebenarnya mudah sahaja nak menjadi ‘best friend’ kepada suami.
Selepas berkahwin anda akan lihat perubahan yang ketara dalam diri anda dan juga pasangan. Namun, selain menjadi isteri yang taat dan baik, bagaimana mahu menjadi best friend pula? Mudah sahaja, cuba langkah ini
1. Gelak walaupun hambar
Untuk tidak mengecewakan hati suami, buatlah suami anda tersenyum dan tertawa bersamanya walaupun anda sudah mendengar jenaka itu berulang kali.
2. Isikan minyak kenderaan juga
Kebiasaannya kita sering melihat si isteri akan duduk dalam kereta sahaja dan menunggu suami mengisi minyak. Cuba ubah pula, anda yang mengisi minyak dan suami meneman anda. Sesekali ringankan tulang juga.
3. Lakukan hobi kegemaran suami
Sesekali luangkan waktu anda bersama suami melakukan aktiviti kegemarannya seperti menonton perlawanan bola bersama. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
4. Jangan malu untuk memberikan pelukan/ciuman kepada suami
Ada masanya si isteri malu untuk menjadi romantik, kerana menganggap suami yang akan memulakannya dahulu. Hubungan yang bahagia perlunya ada masa romantik antara satu sama lain. Bukan sebelah pihak sahaja.
5. Pendengar yang setia
Bila suami luahkan masalahnya kepada anda, dengarlah dan beri respon kepadanya. Tanyakan kepadanya apa yang berlaku dan cuba tenangkannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menikmati kebahagiaan dalam rumah tangga tentu sahaja menjadi impian setiap suami isteri. Bukan sahaja pengikat cinta dan kasih sayang yang utuh, kehidupan suami isteri juga akan mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT apabila sentiasa disertai dengan doa kepada-Nya.
Malah memohon doa kepada-Nya juga mampu mengikat kasih sayang dan hubungan suami isteri agar lebih bertahan lama. Melalui doa-doa yang senantiasa kita panjatkan kepada Allah SWT, sudah pasti maka keberkatannya akan sentiasa datang kepada kita.
Agar kehidupan yang kita dibina dirahmati dan dilindungi, di sini disenaraikan doa-doa yang suami isteri boleh amalkan untuk pengikat kasih sayang dan kebahagiaan rumah tangga.
DOA & ZIKIR PELEMBUT HATI
Sebelum membaca doa ini, mulakan dengan membaca Al-Fatihah satu kali.
1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir
Ertinya: “Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.” (Surah Al-Hasyr, ayat 21)
Ertinya: 1) “Taa. Haa 2) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 3) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah. 4) Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. 5) Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam di atas ‘Arasy.” (Surah Toha, ayat 1 hingga 5)
Kemudian berdoa: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sepertimana Engkau melembutkan bagi Daud akan besi.”
Isteri juga boleh membaca doa ini sewaktu suami tidur. Hembuskan di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah SWT melembutkan hati suami.
DOA ELAK BERGADUH
Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai ketenangan).” (Surah Asy-Syura, ayat 19)
DOA HILANG PERASAAN MARAH
Ertinya: “Ya Allah! Ampunilah dosaku dan hilangkan marah hatiku dan selamatkanlah aku daripada syaitan.”
DOA ISTERI UNTUK SUAMI
Ertinya: “(Katakanlah) kepada mereka hai Muhammad! (“Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mencintaimu) dengan erti bahawa Dia memberimu pahala (dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun) terhadap orang yang mengikutiku, mengenai dosa-dosanya yang telah terjadi sebelum itu (lagi Maha Penyayang”) kepadanya.”
Ertinya: “Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Penyayang. Jadikanlah suamiku sebagai pemimpin yang baik bagi diriku dan anak-anak kami. Jagalah suamiku di dalam mencari rezeki-Mu dan bawalah dia kembali dengan membawa reda-Mu. Hanya kepada-Mu kami berserah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Amin ya Rabbal ’alamin.”
DOA KEKALKAN KASIH SAYANG
Amalkan membacanya sebanyak 7 kali pagi dan 7 kali petang
Ertinya: “Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”
DOA PENDINDING SIHIR
Ertinya: “Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh) engkau tidak dibebani selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah perangsang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatan-Nya dan amatlah berat azab seksa-Nya.” (Surah An-Nisa’ Ayat 84)
DOA UNTUK CUKUPKAN REZEKI
Ertinya: “Ya Allah, cukupilah kami dengan rezeki-Mu yang halal (hingga kami terhindar) dari yang hara. Perkayalah kami dengan kurnia-Mu (hingga kami tidak minta) kepada selain-Mu.” (HR. Tirmidzi)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!