Tolak ansur dalam rumahtangga, itulah perkara utama yang perlu setiap pasangan amalkan. Jangan pernah ada ras airi hati di antara pasangan, rasa tidak puas hati melihat suami asyik rehat selepas pulang bekerja. Sebagai pasangan saling memahami dan luahkan jika perlu bukan mengherdik. Ikuti perkongsian Abdul Rahman Fauzi yang boleh kita jadikan tauladan.

——————————————————————————–

Terasa tak puas hati kerana seolah-olah dia saja yang banyak buat kerja. Apabila di rumah, dia nak rehat sahaja…

Saya pula hanya mahu jadi SUAMI. Kerja gila-gila cari nafkah di luar. Balik rumah mahu berehat, tidur dan main handphone sahaja. Sampai rumah makanan dan minuman mesti tersedia semua. Pakaian semua harus kemas dan rapi terjaga. Biar ISTERI yang urus semua. Kan kerja rumah tu tanggungjawab isteri?

Apa yang saya dapat, hanyalah perasaan marh dan kecewa Sentiasa tidak puas hati dengan isteri. Saya mempersoalkan isteri, dia kata saya malas. Saling menuding jari. Semua jadi tak kena. Sibuk urusan kerja pun diungkit. Tiada harmoni. Tiada bahagia!

Lalu saya bertanya pada diri. Inikah matlamat perkahwinan yang aku cari? Bersenang-lenang menjadi seorang SUAMI, kerana semua urusan diambil alih oleh seorang isteri?

Teringat dulu saya pernah mengadu kepada senior saya. Saya rasa perlu nikah. Alasan saya, sebelah bahu terasa ringan. Mahu ada tanggungjawab lebihan. Rasa terlalu kosong hanya menguruskan diri. Kerana dulu merasakan, hidup akan lebih terisi dengan memberi.

Namun setelah Allah kurniakan perkahwinan, saya terlupa sekejap matlamat pernikahan saya. Baru sedar kenapa pada awal pernikahan seringkali datang ujian yang menduga. Hingga saya sering berdoa moga Allah kurniakan saya perkahwinan yang lebih bahagia seperti orang lain.

Kurangkanlah Rasa Tidak Puas Hatimu Pada Isteri, Walaupun Dia Sekadar Suri Rumah

Alhamdulillah apabila lahirnya puteri kedua, ia umpama pelengkap hidup saya. Kerana barulah saya tahu susahnya menjaga seorang anak dalam kesibukan bekerja.

Ingat senang ke jaga anak kecik ni?

Saat suami lena tidur malam, isteri pula berjaga sakit pinggang menyusukan anak.

Saat suami belum bangun, isteri sudah di dapur memasak makanan dan menyediakan bekal susu untuk anak.

Saat suami baru nak ke tandas, isteri sudah bersedia untuk pam stok susu untuk anak.

Ads

Saat suami enak menonton televisyen dan melayan fa ce bo ok, si isteri lah yang lenguh bercang kung dalam tandas memandikan anak.

DENGAN PENUH KASIH SAYANG TANPA RUNGUTAN.

Susah tau nak jaga anak kecik ni. Cuba test sehari. Langsung tanpa bantuan isteri. Uruskan semua makanan dan kerja rumah. Barulah anda tahu betapa penatnya buat kerja tanpa berehat. Tak perlu tunggu sampai seminggu! Sehari pun anda akan rindukan kelibat sentuhan insan bernama isteri. Alamak esok isteri saya ada kerja syif lagi. Terpaksa jadi Mr Mama lagi.

Kurangkanlah Rasa Tidak Puas Hatimu Pada Isteri, Walaupun Dia Sekadar Suri Rumah

Sebab itu saya akan berikan isteri ruang dan rehat yang secukupnya. Urusan kerja rumah, sebolehnya biar saya buat semuanya;

Basuh baju.

Sidai baju.

Kemas rumah.

Basuh tandas.

Ads

Memasak.

Uruskan anak pertama.

Dan apa sahaja yang boleh mudahkan urusan isteri saya hatta buka pagar dan masukkan beg dalam kereta sebelum isteri pergi kerja.

Isteri saya buat apa?

Saya hanya mahukan masa terindah bersamanya.

Senyumannya.

Berbual bersama.

Makan bersama.

Ads

Biar dia ada masa untuk diri dan ibadatnya.

Tiada rungutan darinya.

Saya selalu kata padanya. Kalau penat dan stres, jangan buat kerja. Tak perlu masak. Biar saya buat semuanya. Yang penting, anak saya beliau boleh uruskan. Tak perlu masak yang sedap kalau nak masak. Yang penting, dapat makan bersama. Itu lebih manis.

Dan kesudahannya?

Saya temui bahagia.

Tidak rasa penat walaupun semua kerja saya cuba buat.

Bahkan isteri juga memberikan reaksi yang sama.

Makin suka untuk memasak, mengemas rumah, melayan suaminya…

Kadang-kadang saya tertanya-tanya diri saya mengapa? Saya rasa jawapannya cuma satu. Hidup saya di dunia, takkan kekal lama. Biarlah pengorbanan sekecil ini, ada nilai disisiNya. Untuk Dia. Hanya Dia. Moga diri ini terus istiqamah. Sampai bertemu denganNya… Moga Allah himpunkan kami bersama di syurgaNya..selamanya..

Coretan suami yang pernah tak puas hati-

“Selamatkan keluarga, binalah negara.”

Sumber : Abdul Rahman Fauzi

Kredit :  Hikari Hidayah

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI