Bila kasih sudah diikat dengan perkahwinan, tentunya soal zuriat datang selepas itu. Ada yang dipermudahkan Allah untuk hamil hanya beberapa bulan selepas berkahwin tetapi ada juga yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun dan melalui pelbagai rawatan demi mendapatkan zuriat. Selain berdoa dan tawakal, pasangan juga boleh berusaha dengan segala jalan yang ada untuk menikmati saat memiliki zuriat sendiri.
Perkongsian daripada Ustaz Hanafiah, petua untuk mendapat zuriat dengan mengamalkan susu kambing dan kurma. Petua ini dikongsi oleh salah seorang sahabatnya iaitu seorang ulama’ di Yaman. Menurutnya, seorang wanita berusia 52 tahun telah melahirkan zuriat sungguhpun pasangan suami isteri ini kedua-duanya mandul!
Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk menjadi amalan pasangan suami isteri:
1 liter susu kambing
1 kg kurma jenis liat dan kering
Cara-caranya:
- Suami mengambil segenggam kurma
- Isteri juga mengambil segenggam kurma
- Buang bijinya dan kisar di dalam pengisar bersama 1 liter susu kambing
- Bahagi dua bahagian susu kurma kepada suami dan isteri
- Minum dan habiskan dalam masa sehari
Selesai hari pertama, pasangan suami isteri boleh amalkan 7 biji kurma sehari dan segelas susu kambing pada hari-hari berikutnya selama setahun.
“Amalkan juga membaca surah Maryam ayat 1 hinigga 12. Biasanya selepas tiga atau empat bulan pasangan akan mendapat khabar gembira, InsyaAllah.”
Surah Maryam ayat 1 hingga 12
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Inginkan Hubungan Sweet Amalkan 6 Perkara Ini
Jangan menipu pasangan anda
Siapa yang suka ditipu, dalam perhubunga bukan? Jangan sesekali memulakan penipuan di dalam perhubungan ini akan memberi kesan yang atidak baik di dalam perhubungan. Jika sudah mula menipu alamatnya perkara ini akan berulang kali. Seronok menipu ni sebenarnya, tetapi Allah maha kaya ia akan membalasnya dengan secara tidak langsung. Jangan menyesal kemudia hari ya.
Selalu bersama
Dalam mengejar hari- hari yang terlalu sibuk apa kata anda bahagikan masa yang sebaiknya. Jangan kata anda ada masa bersamanya tetapi tatkala duduk bersama, telefon pintar masih di tangan, itu tidak pintar ye. Sama seperti anda tidak ada bersama dia.maksud luangkan masa itu adalah serinng bercakap dan mendengar kisah peribadi pasangan anda ini akan membuatkan dia berasa dia wujud dalam hidup harian anda.
Jangan berpura-pura
Jadilah diri sendiri di depan pasangan anda, jika mempunyai perselisihan faham jangan kali menuding jari terhadap orang lain. Lihat diri sendiri dahalu dan kemudian berterus terang apa yang anda tidak suka dan apa yang anda tidak inginkan kerana setiap masalah ada jalan penyelesaian.
Minta maaf dengan ikhlas
Kalau anda ada melakukan kesilapan pada pasangan anda, amalkan dengan meminta maaf secara berdepan dan jangan sesekali berselindung dari kesalahan yang anda lakukan. Cuba sesekali tinggalkan nota mohon maaf dengan seikhlasnya, pasti hatinya tersentuh dengan permohonan maaf tersebut.
Selesaikan masalah dengan secepat mungkin
Bila bergaduh atau berselisih faham jangan sesekali membiarkan ia berlarutan. Cuba selesaikan dengan cepat dan bawa bincang dengan baik. Jika dibiarkan dengan lama ia akan menggundang stress pada anda dan pasangan anda. Inilah yang berlakunya punca mencari orang lain untuk bercerita.
Jangan sesekali keluarkan perkataan ingin putuskan hubungan
Walau marah sekali manapun jagan pernah lafazkan kata-kata ini. Perkataan ini adalah perkataan negetif. Ini akan membuatkan pasangan anda berasa terancam dengan perhubungan bersama anda dan mula berasa ragu-ragu untuk mempercayai anda dalam hubungan ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Nabi Yunus Untuk Anda Bebas Dari Kesulitan Hidup, Nak Kahwin Pasti Dipermudahkan
CARA KELUAR DARI KESULITAN HIDUP
Zikir atau doa Nabi Yunus
Amalkan zikir yang kita boleh lakukan setiap hari untuk menyelesaikan pelbagai masalah kita :
LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUMTUM MINADZOLIMIN …
Baca lah zikir ini selama 10 minit setiap hari dan insyaa Allah dipermudahkan segala urusan.
Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insya Allah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. Sesiapa yang susah hati, tekena buatan atau apa penyakit sekalipun, rajin-rajinlah baca ayat ni setiap masa.
Lepas baca ayat ni, Nabi Yunus pun akhirnya dapat keluar dari perut ikan paus setelah ia dimuntahkan ke daratan. Setelah beberapa saat, akhirnya ia kembali ke Ninawa dan mendapat kaum yang beriman. Ia pun disambut umatnya yang berjumlah mencapai 100 ribu orang, dan umatnya mendapatkan kenikmatan yang luar biasa di waktu yang telah ditentukan.
Doa ini afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik saja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohon lah doa daripada Allah SWT.
Insya Allah, makbul. Kan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
Zikir-zikir yang boleh diamalkan untuk keluar dari masalah atau kesulitan hidup
1. Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah sebanyak 21 kali.
2. Buat solat Dhuha bukan pasal untuk dapat rezeki tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi nyawa.
3. Sedekah sekerap mungkin, kalau boleh setiap hari contoh bagi binatang makan, masuk duit kat tabung masjid atau sedekah rumah anak yatim atau tahfiz.
4. Jangan kedekut nak belanja orang makan.
5. Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan kecemasan. Jangan belanja semua.
6. Rajin berdoa untuk kejayaan untuk orang lain supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita.
7. Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita sahaja dan selalu memikirkan diri kita sahaja.
8. Setiap malam lakukan solat hajat mohon sentiasa diberikan petunjuk dan bimbingan dan mohon kepada Allah rezeki yang diberkati.
9. Semoga perkongsian tentang amalan doa Nabi Yunus di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua terutamanya untuk keluar dari kesulitan hidup. Jangan berputus asa sehingga kita mencapai kecemerlangan dalam setiap perbuatan yang dilakukan.
Wallahualam …
Sumber : limaumanis
AL-KAFI # 581: ISTIGHFAR NABI YUNUS
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan istighfar Nabi Yunus dan yang mana lebih afdhal di antara Sayyid al-Istighfar atau istighfar Nabi Yunus?
Jawapan:
Melihat kepada soalan di atas, istighfar itu mempunyai banyak bentuk dan lafaz. Antaranya ialah istighfar atau doa Nabi Yunus AS ketika di dalam perut ikan Nun. Doa ini dirakam oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an:
- Firman Allah SWT:
لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. [al-Anbiya’:87]
Di dalam tafsir Ibn Kathir ada menceritakan kisah bagaimana Nabi Yunus AS ditelan oleh ikan paus. Nabi Yunus AS telah pergi dengan menaiki kapal bersama kaumnya. Kapal tersebut dipukul ombak besar lalu mereka merasa takut kapal itu akan karam. Lalu, mereka mengundi salah seorang di antara mereka yang harus dibuang ke laut untuk meringankan bebanan kapal tersebut. Maka undian pun terkena kepada Nabi Yunus AS. Akan tetapi, mereka enggan untuk membuangnya. Lalu mereka pun mengulanginya dan undian tersebut terkena lagi kepada Nabi Yunus AS. Akan tetapi, mereka juga enggan untuk membuangnya. Lalu mereka pun mengulanginya untuk kali yang ketiga dan undian tersebut terkena juga kepada Nabi Yunus AS. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 321/5]
Tambahan pula, di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al-Jami’:
- Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:
دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ
Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”. [Riwayat al-Tirmizi (3505)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh berpendapat sanad hadith ini sebagai hasan]
Untuk itu, istighfar atau doa tersebut juga mempunyai kelebihan yang tertentu sebagaimana istighfar-istighfar yang lain berdasarkan hadith di atas. Bagi menjawab persoalan istighfar yang lebih afdhal di antara istighfar-istighfar yang dinaskan oleh syara’, maka kami berpandangan bahawa Sayyid al-Istighfar adalah lebih utama kerana Nabi SAW menamakannya sebagai penghulu segala istighfar. [Rujuk kepada Irsyad al-Hadith No. 168]
Dengan itu juga, kami tidak menafikan berkenaan dengan doa Nabi Yunus AS ini. Tetapi ia sudah tentu mempunyai adab-adab yang memustajabkan doa tersebut.
Walaubagaimanapun, kita dibolehkan untuk mempelbagaikan bacaan istighfar dalam kehidupan kita dan tidak tertumpu hanya pada satu bacaan sahaja. Ini kerana, setiap bacaan itu mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Di sana terdapat beberapa syarat-syarat istighfar yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar, antaranya: [Lihat: Fath al-Bari, 100/11]
- Niat yang benar
- Tawajjuh (menghadapkan diri hanya kepada Allah SWT)
- Beradab (Menjaga adab-adab)
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa beristighfar dan memohon ampun kepada-Nya. Amin.
Wallahua’lam
Sumber : muftiwp
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Kenal Dengan Lelaki Berstatus Suami Orang, Nurhayati Tahir Jadi Serik
Mana nak tahu lelaki berstatu suami orang kalau dia tak cakap, jadi orang perempuan memang kena teliti dan semak betul-betul sebelum jalinkan hubungan lebih serius dengan seseorang.
Nurhayati Tahir Pernah Kenal Lelaki Status Suami Orang
Begitu juga dengan nasib personaliti media sosial, Nurhayati Tahir yang enggan menjalinkan hubungan cinta kerana masih trauma dengan kisah lalu.
Nurhayati atau Nurhayati Tahir, 33, berkata dia pernah ditipu oleh seorang lelaki yang sudah berstatus suami orang.
“Pengalaman mengenali orang yang salah membuatkan saya serik juga sebenarnya.
“Salah satu yang membuatkan saya ada trust issue berkaitan perhubungan ini sebab saya pernah kenal dengan seseorang yang berstatus suami orang dan saya tidak mengetahuinya,” katanya.
Tak Nak Dicop Perosak Rumah Tangga
Tidak mahu digelar sebagai perosak rumah tangga, Nurhayati mengambil langkah memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan.
“Sememangnya saya tidak suka, sebab saya sebagai perempuan saya tahu perasaan sakit itu bila dikhianati, ditipu, dan prinsip saya sendiri, saya tak akan sakitkan hati perempuan lain demi mengejar cinta seorang lelaki,” ujarnya.
Sebaiknya begitulah, elakkan daripada berkawan dengan lelaki berstatus suami orang sejak dari awal. Nak kata jodoh pun, benda boleh tolak. Jadi sebelum pergi lebih jauh, berfikirlah secara waras dan pandang masa depan yang bakal berlaku pada kehidupan kita.
Moga kita yang masih mencari jodoh dapat membuat pilihan terbaik untuk berkongsi hidup dengan seseorang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI