Terujanya pasangan bakal pengantin yang nak masuk kursus kahwin. Walaupun secara online, tetapi feel nak berkahwin tu dah boleh mula dirasai. Baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang untuk mewujudkan kursus pasca perkahwinan kepada pasangan suami isteri untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, perkara ini sedang di dalam pertimbangan sama ada kursus pasca perkahwinan itu diwajibkan kepada semua pasangan suami isteri tanpa mengira latar belakang dan agama atau sebaliknya.
“Kebiasaanya untuk berkahwin, bakal pengantin khususnya pasangan Muslim perlu menghadiri kursus praperkahwinan, namun selepas melayari perkahwinan tiada sebarang kursus diwajibkan, justeru kementerian memandang berat isu (mengukuhkan) institusi kekeluargaan.
“Kursus (pasca perkahwinan) ini termasuk ‘parenting skill‘ (kemahiran keibubapaan).. ini bukan satu benda yang main-main kerana nyawa tiada tukar ganti,” katanya selepas merasmikan Program Pemerkasaan Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah di sini pada Sabtu.
Sementara itu, beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap dua anak wanita yang maut dipercayai ditembak suami, di Kota Tinggi awal bulan ini.
Tip rumahtangga bahagia dari perkongsian
Dato Ustazah Siti Nor Bahyah:
- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
- Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat
- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
- Isteri perlu menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
Kredit foto: Wawa Alias
Kredit berita: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI