KWSP Benarkan Pengeluaran Akaun 2 Untuk Kos Rawatan Kesuburan

Share

Salah satu cara menangani perkara ini termasuk menggalakkan pasangan untuk menambah kelahiran melalui bantuan perubatan,namun kos rawatan tersebut amat tinggi, dengan rawatan persenyawaan luar rahim atau ‘in-vitro fertilisation’ (IVF) bermula dari RM4,000 ke RM30,000 setiap kitaran.

KWSP kini membolehkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk rawatan subfertiliti. Pengeluaran Rawatan Kesuburan merupakan inisiatif perluasan di bawah Pengeluaran Kesihatan KWSP.

Pengeluaran ini diperkenalkan di dalam pembentangan Belanjawan 2020 bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan serta meringankan bebanan kewangan memandangkan kos rawatan yang tinggi.

SYARAT KELAYAKAN
Individu yang layak membuat pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan adalah mereka yang menepati semua syarat berikut:

Warganegara dan Bukan Warganegara
Bawah umur 55 tahun
Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
Pasangan yang sah berkahwin dari segi undang-undang
Mendapat rawatan di Institusi Perubatan di dalam Negara sahaja
Keperluan Tambahan

Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP *
Tidak mendapat rawatan alternatif
Rawatan Kesuburan yang dibenarkan: Intrauterine insemination (IUI), In-Vitro Fertilisation (IVF) dan Intracytoplasmic Sperm injection (ICSI)
*Semua peralatan perubatan dan/atau ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP

KATEGORI PENGELUARAN & JUMLAH YANG DIBENARKAN
Pengeluaran Individu – Jumlah kos rawatan sebenar* ATAU
Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)
Pengeluaran Bersama Pasangan – Jumlah yang dipohon ATAU Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing
ATAU Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu (mana yang lebih rendah)
CARA PERMOHONAN
Ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Rawatan Kesuburan di mana-mana Pejabat KWSP dengan melengkapkan Borang Permohonan Pengeluaran Kesihatan KWSP 9D (AHL) berserta dokumen sokongan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Borang KWSP 9D (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)
Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
Laporan Perubatan – Rawatan Kesuburan LPP-2

 

Untuk maklumat lanjut tentang Pengeluaran Kesihatan-Rawatan Kesuburan ini, layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/health

Published by
Kim