Apakah perkara utama yang terlintas dalam kepala bakal pengantin bila dah ada calon pasangan? Selain hantaran, semestinya untuk kuruskan badan! Mestilah bakal mempelai ni nak nampak cantik bila sarungkan busana pengantin nanti. Walaupun nikah online, masih tetap nak bergambar untuk kenangan kan? Ok…ini tip untuk anda!

 

Bila sebut beras perang, ramai yang awal-awal lagi menolak. Beras kurang kanji tentu rasanya tidak sesedap beras putih biasa tetapi ia menjadi jaminan untuk kesihatan lebih baik lebih-lebih lagi pada musim penularan wabak Covid 19 ini.

 

Kebaikan beras perang bukan calang-calang kerana dalam hasil penyelidikan, beras perang amat sesuai untuk mereka yang ingin mengawal paras gula dalam darah, selain memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

 

Beras perang atau dikenali sebagai brown rice, unpolished rice dan hulled rice. Ia memerlukan air yang lebih banyak serta masa yang lebih panjang untuk memasaknya. Berbanding beras putih, butir nasinya lebih peroi, kenyal, sedikit keras dan mempunyai rasa yang lebih berkacang. Proses penghasilan beras perang dilakukan setelah kulit padi dikupas, kemudian jika dibuang saki-baki selaput perang (germa) yang terdapat padanya, akan terhasil pula beras putih seperti yang biasa dijual di pasaran.

Ads

 

Zat nutrien beras perang sememangnya lebih tinggi berbanding beras putih. Selaput perang yang menyaluti beras ini kaya dengan zat galian seperti zink, magnesium dan fosforus, beberapa jenis vitamin, sedikit protein dan minyak.

 

Minyak yang terkandung pada selaput tersebut pula dikenali sebagai rice bran oil, yang dikatakan membantu menurunkan paras kolesterol LDL dalam darah. Selain itu, metabolisme pengamal beras perang juga akan meningkat ketika proses penghadaman kerana banyak tenaga dipakai untuk mencernakan nasi yang masih keras dan berselaput itu.

 

Ads

APA MANFAATNYA?

  • Merendahkan risiko penyakit diabetes jenis ke-2.
  • Mengandungi mineral manganese sebagai bahan anti-pengaratan dalam tubuh badan.
  • Mempunyai selenium dan fiber sebagai anti-kanser.
  • Mengekalkan berat badan yang ideal.
  • Mengurangkan kolesterol dalam badan.
  • Sesuai dimakan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan.
  • Sesuai untuk wanita yang menopaus (menjaga jantung dan darah tinggi).
  • Mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi dan folat.
  • Kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.

 

Secawan beras perang memberikan anda 88% magnesium yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks. Kewujudan selaput perang ini juga (majoritinya serat) membuatkan kadar indeks glisemik untuk nasi beras perang adalah lebih rendah berbanding nasi putih, dan amat sesuai buat mereka yang ingin mengawal paras gula dalam darah agar tidak naik terlalu mendadak selepas makan.

 

Ads

Ada yang mengatakan kalori dan kanji untuk sehidangan nasi beras perang lebih rendah berbanding nasi putih. Namun sebenarnya kedua-dua jenis nasi ini adalah dua benda yang sama, hanya yang membezakannya adalah selaput germa nipis yang menyalut beras perang. Justeru, manfaat sebenar yang diperoleh tubuh adalah melalui selaput perang ini dan bukannya menerusi pengurangan kalori atau kanji seperti yang sering didakwa.

 

FAKTA

  • Alasan utama mengapa beras perang diproses ialah untuk memanjangkan jangka hayat simpanannya. Minyak semula jadi dalam selaput beras perang akan rosak dalam tempoh 6-8 bulan, manakala beras putih dapat bertahan sehingga 10 tahun.
  • Nasi putih dengan kadar serat yang rendah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah serta sedang pulih daripada sakit.

Selamat mencuba!

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI