Kasih sayang seorang suami kepada isteri sebenarnya akan mempengaruhi kederasan rezeki itu sendiri? Hakitkatnya itu adalah benar. Rezeki akan melimpah ruah apabila rumah tangga itu bahagia dan saling melengkapi.
Ini antara 4 perkara seorang suami harus tahu dan ambil peduli agar lebih mencintai isterinya supaya rezeki mengalir macam air!
1) Melahirkan tanggungjawab untuk mencari rezeki
Bila kita jatuh cinta dengan seseorang, maka semakin besarlah rasa tanggungjawab seorang suami untuk memberikan yang terbaik buat isterinya. Suami yang mencintai dan menyayangi isteri sepenuh hatinya kerana bekerja keras akan membuatkan isterinya merasa bahagia.
2) Allah sayang
Sudah tentunya Allah lah yang memberikan rezeki apa yang kita ada pada hari ini. Tanpa redha Allah, kita tidak akan peroleh apa yang ada pada hari ini. Apabila suami mencintai isteri dan isteri mencinta suami sepenuhnya, itu akan mendatangkan rahmat Allah.
3) Mendapat ketenangan dalam rumahtangga
Bila si suami pergi bekerja mereka sebenarnya memerlukan daya fokus yang tinggi untuk menjadi produktif. Cuba bayangkan konsentrasi terganggu disebabkan pertengkaran, pergaduhan dan perkelahian dengan pasangan. Senang sahaja nak dapatkan ketenangan ini. Apabila suami benar-benar mencintai isteri, banyak perkara dan pertengkaran kecil yang remeh dapat dielakkan.
4) Merasa cukup
Ini adalah antara benda paling penting untuk merasakan derasnya aliran rezeki anda. Walaupun rezeki tidak terasa banyak apabila gaji bertambah, tetapi rezeki akan terasa banyak apabila kita merasa cukup. Bila seseorang suami benar-benar menyanyangi isterinya, maka dia akan mudah untuk merasa cukup dengan apa yang dimiliki olehnya.